Pages

Wednesday, February 23, 2011

Libya umumkan 300 orang maut, termasuk 111 askar

Berita Harian Online


2011/02/23

TRIPOLI: Buat pertama kali pihak berkuasa Libya hari ini mengeluarkan angka kematian sejak rusuhan yang berlaku di negara itu seminggu lalu dengan 300 terkorban iaitu 189 orang awam dan 111 lagi askar.

Jumlah kematian yang tertinggi ialah di Bandar Benghazi, yang terletak di timur negara itu yang membabitkan tercetusnya penentangan terbesar, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Libya.
Di Benghazi, 104 orang awam terbunuh manakala 10 lagi askar.

Awalnya, sewaktu sidang akhbar bagi mengumumkan angka korban, jumlah itu dilaporkan diperbetulkan oleh anak Presiden Muammar Gaddafi, Seif al-Islam, iaitu 300 terbunuh dengan jumlah askar yang terkorban hanya 58 orang. - AFP"

No comments:

Post a Comment