Pages

Monday, February 21, 2011

Libya berdepan perang awam, kata anak Gaddafi

Berita Harian Online


2011/02/21

KAHERAH: Saif al-Islam Gaddafi, anak kepada Presiden Muammar Gaddafi berkata Libya kini diambang perang awam dan menyifatkan protes besar-besaran terhadap pemerintahan ayahnya berpunca daripada perancangan pihak asing.

Dengan menyalahkan pegawai dagang dari Arab dan Afrika yang cuba mengeruhkan suasana di Libya, beliau berkata, keganasan dan tunjuk perasaaan yang tercetus di negara itu bertujuan mengkucar-kacirkan pemerintahan Islam.
“Ketika ini terdapat kereta kebal yang dibawa oleh orang awam di Benghazi,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, awal hari ini."


"Kami mempunyai senjata, tentera juga mempunyai senjata dan pasukan yang mahu memusnahkan Libya juga mempunyai senjata," katanya. 

Kadhafi, yang berucap dalam bahasa Arab juga merayu sokongan terhadap perlembagaan baru dan undang-undang baru yang lebih liberal. 

Dengan nada keras dan menunjuk-nunjukkan jarinya, Saif juga menyalahkan media asing kerana sengaja memperbesarkan jumlah kematian yang kini dilaporkan 80 orang sejak tunjuk perasaan antikerajaan melanda negara itu. 
“Libya bukannya Mesir dan juga Tunsia, Kita di Libya tidak mempunyai parti politik. 

"Kita sedia mengangkat senjata...kami akan berperang sehingga peluru terakhir. 
"Kami akan memusnahkan penfitnah. Semua pihak mempunyai senjata dan ia akan menjadi perang awam, kita akan berbunuh sesama sendiri," katanya. 

Saif berkata, ayahnya akan mengetuai penentangan terhadap penunjuk perasaan dan menambah" "Kami akan menang." - AFP 

No comments:

Post a Comment