Pages

Thursday, February 3, 2011

Lelaki cipta hotel untuk burung

Kosmo! Online - Dunia: "

SEORANG pembantu John Looser berdiri dekat sebuah hotel untuk burung di Toronto, Kanada baru-baru ini.

TORONTO, Kanada - Seorang lelaki, John Looser (gambar kecil) mencipta beberapa hotel kecil untuk pelbagai jenis burung seperti perling di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Salah satu hotel itu mengandungi 103 bilik dan sebuah kolam renang manakala sebuah lagi mempunyai terowong yang membolehkan haiwan tersebut terbang.

Harga hotel itu boleh mencecah sehingga AS$24,000 (RM73,008) dan dijual kepada peminat burung.

'Saya menyanyangi burung dan apabila saya bersara awal, saya merasakan saya perlu melakukan sesuatu.

'Justeru, saya mendapat idea untuk membina kediaman untuk burung,' kata Looser berusia 46 tahun.

Dia membuat kediaman burung itu supaya haiwan berkenaan hidup dengan selesa di bandar ini. - Agensi"

No comments:

Post a Comment