Pages

Sunday, February 6, 2011

KRONOLOGI YANG WAJIB DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM KINI


Kronologi 1: ANDA BERADA DI ZAMAN MANA?
Mengikut Rasulullah SAW melalui hadis-hadis sahih, kronologi umat ini akan berlangsung seperti berikut:

Fasa 1: Kenabian
Iaitu mereka yang hidup pada masa Rasulullah SAW masih hidup. Mereka ini ‘Taat dan Patuh’ pada setiap yang Allah dan RasulNya khabarkan.

Fasa 2: Khalifah Ar Rasyidin An Nabiyin
Iaitu berada di bawah pemerintahan khalifah-khalifah yang menjalankan system dan kaedah seperti mana yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu di bawah 4 Khalifah terkemuka Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.
Kaedah pemilihan kekhalifahan pada fasa ini adalah dengan cara pemilihan dalam musyawarah, dan bai’ah

Fasa 3: Raja-Raja Yang Menggigit
Disebut raja-raja adalah kerana kekhalifahan Islam semasa itu mengamalkan kaedah atau system beraja di mana Bapa akan menurunkan tahtanya kepada anaknya.
Masa ini walaupun Islam di bawah satu payung, tetapi ada kalanya pemerintahannya tidak menjalankan agama, kerana bukan semua anak-anak akan menjalankan syiar Islam.
Tetapi waktu sebegini, umat Islam masih dibawah satu pemerintahan

Fasa 4: Zaman Gelap
Iaitu suatu zaman di mana umat Islam berpecah menjadi lebih dari 73 golongan dan hanya mementingkan lingkaran masing-masing tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan golongan yang lain.

Dalam setiap golongan ini, pemerintah mereka akan mengamalkan kaedah ‘Raja-Raja yang memegang cambuk/cemeti’ iaitu mereka akan menggunakan ‘kekuasaan ketenteraan’ untuk mengekang ‘kebenaran’ bagi mengekalkan kekuasaan mereka sebagaimana Firaun.


Dalam zaman kegelapan inilah ‘penyakit ‘wahhan’ disebarkan dan Umat Islam akan mengikuti ‘Yahudi dan Nashara’ walaupun mereka itu memasuki lubang biawak sekalipun.
Waktu inilah juga Islam itu kembali ‘Dagang’ seperti semasa kedatangan Islam di fasa kenabian kerana waktu ini manusia yang mengajak kepada ‘kebenaran’ akan dianggap menyalahi kehendak dan kemahuan seluruh umat kerana ‘kami hanya mengikuti apa yang Ibu Bapa kami nyatakan’ bukannya seperti apa yang Rasulullah nyatakan.

Pada zaman inilah akan berkembangnya ‘fitnah’ seumpama keping-keping malam yang jatuh, Wanita ‘berpakaian’ tetapi ‘telanjang’, ‘Musik’ berleluasa sehingga memasuki masjid-masjid, ,’Arak’ dan ‘Judi’ di jual ditepi-tepi jalan, ‘Maksiat dan Zina’ berleluasa, ‘anak-anak zina’ bertambah dalam bilangan yang besar, Masjid-masjid dibina untuk bermegah-megah dan bukannya untuk ‘ibadah’ dan akan terbiar kosong tanpa ‘di imarahkan’.
Pada zaman inilah umat Islam hanya memberi ‘salam’ hanya kepada orang yang mereka kenali sahaja, ‘Ulama’ dimatikan tetapi tiada lagi pengganti yang seumpama mereka dan lebih dahsyat lagi ialah pada zaman inilah mereka yang bergelar Para Ulama menjadi punca terbitnya ‘Fitnah’ kerana dari merekalah akan tersebarnya kekalutan dalam ‘beragama’ dan akan tersebarnya ‘perpecahan’ umat kerana ‘ceteknya’ ilmu mereka walaupun pada mata kasarnya mereka itu seperti ‘berilmu tinggi’.

Pada penghujung zaman inilah akan lahirnya ALMAHDI, AL MASIH DAJJAL akan menampakkan dirinya, akan turunnya AL MASIH ISA PUTRA MARYAM dan akhirnya ‘YAKJUJ DAN MAKJUJ’ akan menampakkan dirinya yang sebenar.

Sudahkah anda dapat melihat dengan jelas sejelas-jelasnya dimanakah Fasa yang sedang kita berada sekarang ini? Jika anda belum dapat melihatnya, wasiat saya untuk kalian seluruhnya, janganlah melihat dengan ‘satu mata’ kerana Allah menganugerahkan untuk kita ‘dua mata’, janganlah hanya melihat dengan ‘mata zahir’ sahaja, tetapi lihatlah juga dengan ‘mata hati’ yang Allah berikan kepada kita.

Sesungguhnya, manusia yang melihat dengan satu mata sahaja yang akan menjadi ‘pengikut’ Al Masih Dajjal kerana Al Masih Dajjal itu hanya mempunyai satu mata. Ingatlah Allah menyuruh kita menggunakan kedua-dua mata yang Allah anugerahkan untuk kita.

Sesungguhnya jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT, tentunya kita akan dapat melihat dengan mata kita sendiri akan kelahiran AL MAHDI, turunnya AL MASIH DAJJAL, turunnya AL MASIH ISA PUTRA MARYAM dan akhirnya berleluasanya YAKJUJ DAN MAKJUJ.

Ketahuilah bahawa kebanyakan manusia sudah mulai merasai keperitan zaman kegelapan ini, keluh kesah telah mulai kedengaran dan suara-suara yang mengajak kepada ‘kebenaran’ sudah mulai dialunkan. Inilah petandanya bahawa sesungguhnya zaman kegelapan ini sudah hampir sampai kepada penghujungnya.

Aku berwasiat kepada diri ku, kepada anak cucu dan seluruh keturunanku juga kepada kalian saudara-saudaraku semua untuk mempersiapkan diri. Sesungguhnya kesengsaraan yang dahsyat akan melanda bumi, peperangan yang besar akan meletus dan ‘Ujian’ keimanan kita akan diperhebatkan.

Ketahuilah bahawa pada hari pertama Al Masih Dajjal itu membukakan dirinya, ‘sehari’ yang kita lalui akan dirasakan seperti setahun, sebulan dan seminggu. Tahukah kalian kenapakah hal itu berlaku? Demikianlah keperitan hidup yang akan dilalui oleh mereka yang ingin mengekalkan ‘iman’ mereka, kerana hari itu, keperitan yang dahsyat akan berlaku sehingga kita akan menghitung setiap detik yang berlalu dan kita akan merasakan bahawa hari yang kita lalui itu sedemikian panjang.

Ketahuilah bahawa dia akan memerintah dunia selama 40 hari, walaupun pendek waktunya, tetapi besar kesengsaraan yang akan kita lalui kecuali bagi mereka yang akan menjadi pengikut-pengikutnya kerana dia membawa syurga dan neraka bersama dengannya.

Aku berwasiat kepada kalian, bahawa ‘Syurga’ yang di bawanya itu adalah merupakan ‘Neraka’ di Akhirat, dan ‘Neraka’ yang dibawanya adalah merupakan ‘Syurga’ di Akhirat.

Aku juga berwasiat kepada kita semua, bahawa sesudah kematian ‘Dajjal’, maka timbullah Yakjuj dan Makjuj yang akan berperang sesama mereka, banyak kerosakan yang akan berlaku, benyak kesengsaraan yang akan dialami. Kerana itu, berhati-hatilah.


FASA 5: Zaman Kenabian Al Masih Isa a.s
Sesudah turunnya Al Masih Isa Putra Maryam a.s, dia akan membunuh Dajjal, mematahkan salib dan membunuh babi. Dia juga akan membawa umat ini kepada jalan keselamatan dari ‘Yakjuj dan Makjuj’ sehingga hancurlah mereka itu. Kehidupan selepas itu akan kembali tenang dan damai dan manusia akan dapat melaksanakan tuntutan Imannya.

Misi Al Masih Isa Putra Maryam akan terlaksana dalam masa 40 tahun dan sesudah terlaksananya misi yang Allah berikan kepadanya, dia akan kembali kepada Allah SWT dengan cara wafat seperti wafatnya manusia.


FASA 6: Kembalinya zaman Khulafa Ar Rasyidin An Nabiyin
Seperti mana zaman Khulafa Ar Rasyidin selepas Zaman Kenabian Rasulullah SAW, sedemikian itu jugalah akan berlangsungnya zaman Khulafa Ar Rasyidin selepas Zaman Kenabian Al Masih Isa.

Tidaklah kita mengetahui tempoh waktu tertegaknya zaman itu. Tetapi sesuatu yang pasti ialah bahawa zaman itu akan bermula sebagai zaman kegemilangan, di mana diwaktu itu, tidak akan ada lagi manusia yang akan menjadi miskin.


FAZA 7: Zaman Kegelapan yang Pekat:
Sesungguhnya, ini adalah merupakan fasa yang terakhir dalam umur dunia ini. Ketika datangnya zaman kegelapan yang pekat ini, manusia akan kembali ke zaman jahiliah. Perebutan harta akan berlaku dengan dahsyat, Nabi Isa a.s akan kembali dituhankan dan tiada lagi orang yang akan mengucapkan ‘Kalimah Syahadah’.

Madinah akan ditinggalkan dan tidak akan ada yang akan menziarahi makam Rasulullah SAW lagi walaupun oleh orang-orang arab quraish sendiri, Amalan Haji akan terhenti Kaabah akan diruntuhkan dan Makkah tidak akan dikunjungi lagi sehingga yang tinggal hanyalah kesan-kesan sejarah.

Pada zaman inilah bumi akan digoncangkan dengan kegoncangan yang dahsyat, bumi, bulan dan matahari akan di hancurkan menjadi debu-debu yang berterbangan dan seluruh ruang angkasa akan kembali kosong, yang ada hanyalah debu-debu yang berselerakkan. Itulah hari KIAMAT iaitu hari yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan hari itu pasti terjadi.

Wallah hu aqlam.

No comments:

Post a Comment