Pages

Friday, February 11, 2011

Hiasan unik di stesen tren bawah tanah

Kosmo! Online - Dunia: "


SALAH satu hiasan yang terdapat di sebuah stesen tren bawah tanah di Stockholm,Sweden.
SALAH satu hiasan yang terdapat di sebuah stesen tren bawah tanah di Stockholm,Sweden.

STOCKHOLM, Sweden - Dinding dan bumbung beberapa buah stesen tren bawah tanah di sini dihiasi pelbagai lukisan yang menampilkan dekorasi seni terpanjang di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Syarikat pengendali pengangkutan tempatan, SL berkata, lukisan di stesen tren merupakan sebahagian daripada hasil seni orang awam di Sweden.

Menurutnya, 90 daripada 100 stesen tren bawah tanah di sini dilukis oleh 140 pelukis tempatan selain perhentian bas awam.

Sebuah stesen tren bawah tanah di sini memiliki bumbung merah seperti api manakala stesen yang lain dihiasi patung-patung yang diukir timbul pada dinding.

Menurut pihak pengurusan SL, hasil seni itu bukan untuk tujuan hiasan semata-mata tetapi ia berperanan untuk mengelakkan orang ramai daripada sesat selain membantu mengurangkan perbuatan vandalisme.

- Agensi"

No comments:

Post a Comment