Pages

Tuesday, February 15, 2011

Habibie masih ingat Ainun




2011/02/15


  • Foto
    MUKA depan buku nukilan BJ Habibie.
  • Foto
    HABIBIE setia di sisi Ainun yang terlantar sakit di hospital sebelum meninggal dunia.
Bekas Presiden Indonesia cerita rahsia perkahwinan dalam buku

MAKASSAR: Bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie melancarkan buku kisah riwayat hidupnya bersama isteri, Ainun Hasri, kelmarin dengan berkongsi pandangan dan rahsia perkahwinan serta perasaan cintanya yang mendalam terhadap isterinya dalam satu perbincangan terbuka di sini.
Foto
HABIBIE setia di sisi Ainun yang terlantar sakit di hospital sebelum meninggal dunia.
Ketika perbincangan buku bertajuk Habibie dan Ainun itu, bekas pemimpin berkenaan menasihatkan: “Perkara utama ialah prihatin kepada pasangan. Apabila isteri menyuruh suaminya makan, sambutlah dengan baik. Itu pengalaman saya bersama Ainun membina rumah tangga.”
Selain itu, katanya, perkara paling penting diamalkan beliau suami isteri selama 48 tahun 10 hari hidup bersama ialah selalu berdoa ketika bertentangan mata, yang berbunyi: “Terima kasih Ya Allah, Engkau lahirkan aku untuk Ainun, dan Ainun untukku. Terima kasih Engkau mempertemukan kami dan menyemai benih cinta yang Engkau tanam pada diri kami. Terima kasih Engkau memberikan kekuatan dan kemampuan menyiram benih cinta itu dengan kasih sayang kami.

“Terima kasih Engkau perkenankan kami bernaung di bawah titipan cinta. Terima kasih Engkau memberikan kami kesempatan merasa, menikmati dan melihat benih cinta itu tumbuh. Ya Allah, Engkau yang memberikan semua itu kepadaku dan Ainun, dan kepada Engkaulah semuanya akan kembali.”

Habibie berkata, beliau sentiasa menyebut doa itu tidak kira di mana saja termasuk ketika bertugas.

Dalam satu laporan laman web, bekas Menteri Penyelidikan dan Teknologi itu juga bersemangat menceritakan kisah rumah tangganya bersama Ainun.
Habibie berkata, kehidupan rumah tangganya berteraskan lima perkara itu cinta murni, suci, sejati, sempurna, dan abadi.

Katanya, wanita lain tidak menarik minatnya selepas Ainun bertanya kepadanya mengenai jelingan wanita di Eropah kepadanya.

Perbincangan dengan Habibie itu berlangsung dua jam. Habibie menulis 37 bab dalam buku mengulas perjalanannya bersama Ainun yang meninggal tahun lalu.
“Saya selalu merasakan Ainun ada bersama saya. Dengan adanya buku ini, saya akan terus ada perasaan itu pada kehidupan ini,” ujarnya. – Agensi
+Berita Harian Online | Habibie masih ingat Ainun

No comments:

Post a Comment