Pages

Sunday, February 6, 2011

Askar AS pakai seluar dalam sutera





2011/02/06

ASKAR Marin Amerika membawa rakan mereka yang cedera selepas terkena bom militan ketika  mengusir pejuang Taliban di Afghanistan.
ASKAR Marin Amerika membawa rakan mereka yang cedera selepas terkena bom militan ketika mengusir pejuang Taliban di Afghanistan.
Langkah elak letupan bom buatan sendiri militan Afghanistan terkena alat sulit 

VIRGINIA: Tentera Amerika Syarikat kini menjalankan penyelidikan menggunakan seluar dalam sutera tebal sebagai jalan penyelesaian melindungi kemaluan dan perut askar daripada terkena letupan bom buatan sendiri atau IED yang ditanam militan Afghanistan, apabila mereka terpijak bahan api itu.
Melindungi bahagian bawah badan tentera menjadi keutamaan sejak beberapa tahun lalu berikutan pihak tentera kini berjalan kaki bagi mengusir pejuang Taliban dan melindungi perkampungan, kata Pentagon.
“Perlindungan yang sesuai boleh menjadi jurang yang besar kerana anggota tentera mampu berjuang di medan perang dengan lebih yakin,” kata penganalisis pertahanan Institut Lexington, Loren Thompson. 

Kecederaan akibat bahan api di Afghanistan semakin meningkat lebih dua kali ganda tahun lalu. Letupan IED mencederakan 3,366 anggota tentera Amerika pada 2010 berbanding 1,211 pada tahun sebelumnya. 

Jika terpijak bom yang ditanam, ia boleh dihidupkan dengan berat badan tentera dan membawa kepada letupan serta kecederaan parah. 

Bom seperti itu boleh mencederakan kaki dan menghancurkan bahagian perut, kata Brigadier Jeneral Peter Fuller yang mengetuai program perlindungan anggota tentera. 
Anggota tentera sudah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai pertahanan bahan api semasa berada dalam kenderaan kalis bom, bagaimana cabaran menanti sebaik mereka melangkah keluar kenderaan itu, kata Fuller. 

Pusat Sistem Tentera Natick kini menjalankan kajian terhadap pakaian bahagian bawah anggota tentera, kata pengurus program untuk perlindungan tentera dan kelengkapan individu, Kolonel William Cole. 

Antaranya ialah seluar dalam sutera tebal yang mampu mengurangkan kecederaan. Thompson berkata, sutera sesuai untuk dijadikan perlindungan. Ia kuat dan mampu melindungi daripada letupan. 

Persoalannya, adakah anggota tentera mahu memakainya kerana mereka sudah sedia memakai pakaian besi, senjata badan dan peluru, kata Cole. 

Kecederaan yang dialami tentera akibat terpijak bom mencetuskan trauma kepada tentera, kata pakar bedah Pentagon, Kolonel Richard Todd Dombroski. 

Anggota tentera boleh kehilangan kaki dan alat kelamin serta menderita akibat kecederaan di perut, katanya. 

“Kecederaan yang paling teruk adalah di bahagian alat kelamin. Kawasan kemaluan dan pelvik adalah setempat dan tidak sampai ke salur darah. Jika terkena di bahagian terbabit, darah akan keluar dan mangsa menemui ajal,” katanya. – Agensi
-bharian

No comments:

Post a Comment