Pages

Monday, February 28, 2011

ARDHUL MUQADDASAH AKAN DIGENGGAM SYIAH. Kegembiraan Buta Umat Islam Buat sementara.



Penulis tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan kebenaran ke atas setiap maklumat terbaru dan terkini di dalam blog ini kerana penulis hanya menggunakan khidmat perantaraan alam ghaib untuk mengesan dan menjejaki peristiwa yang berlaku ratusan bahkan ribuan tahun dahulu. Penulis juga menganggap dialog bersama para arwah ini tiada di perolehi sumber hukum sahih yang menganjurkan perkara ini wajib dipercaya. Ini adalah suatu dongengan dan rekaan dari penulis semata mata.


UMAT ISLAM MASIH TIDUR BERDENGKUR.
Sewaktu umat islam tidur berdengkur seperti hari ini, yang mana umat islam sendiri pun tidak sedar dirinya berdengkur waktu tidur itu, bermulalah gerakan gerakan nyata dan terselindung di sebalik slogan anti semit ini beroperasi secara sulit. Umat islam mengenali musuh musuhnya yang nyata seperti Israel, Amerika, Russia, British dan lain lain negara tetapi umat islam tidak menyedari musuh musuhnya yang berada di dalam selimutnya sendiri. Tidur adalah suatu tindakan merehatkan tubuh yang sangat baik untuk kesihatan, tetapi berdengkur adalah ciri ciri kelakuan individu yang sedikit tercela dan tidak disedari kesalahannya oleh diri kita sendiri yang melakukannya.

Dengan segala kekuatan dan kelengkapan perang psikologi dan logistik akan bermula suatu sandiwaramaha besar dan hebat dari asea timur memerangkap khayalan umat islam yang terlena di buaian jiran yang disangka jirannya itu islam yang beriman dan bertaqwa dengan sebenar benarnya. Tertidur berdengkur kami umat islam sehingga dikejutkan dengan berita bahawa jiran muslim itu menyimpan anjing dan khinzir lapar memakai haikal Daud dan Sulaiman kononnya. Ini merujuk kepada salah sebuah kitab hadis karangan Al Kulaini, sheikhul hadisnya yang menyebutkan di beberapa tempat bahawa Imam Mahdi mereka akan memerintah dengan mengguna pakai syariat nabi Daud dan Sulaiman, doanya adalah dalam bahasa hebrew ibrani dan adalah Mohamed itu akan menjadi anak murid pertama berbaiah dengan Imam Mahadi mereka. Pun begitu hanya satu persepuluh kami umat islam nanti yang mempercayainya setelah diperingatkan, akibat terlalu mengagung agungkan revolusi dan perjuangan islamik mereka.

REVOLUSI DI DUNIA ADALAH PELAN YAHUDI SEDUNIA.

Revolusi Islam Iran adalah hasil perancangan ketat , teliti dan amat rahsia, sehingga kini yang di ilhamkan oleh yahudi 'Jian' pekat dari negara revolusi Peranchis yang ditaja oleh Dajjal itu telah berjaya memukau hati dan pandangan manusia islam di sebelah timur bumi ini. Ditambah lagi dengan riuh rendah berdemo kerak nasi menambahkan zulmah kegelapan hati sanubari yang sebenarnya boleh memandang tembus melihat kejahilan dan kesesatan manusia yang disebut sebagai kaum yang memakai jubah bertayalisah itu. Jangan berpegang pada bukti nyata yang disebarkan penafiannya melalui akhbar atau kaca tv astro, gunakanlah solat hajat dan istikharah serta doa yang boleh menjadi benteng dajjal itu. Pandanglah kontroversi ini melalui pandangan mata hati. Mudah mudahan Allah menyingkapkan segala rahsia yang terselindung selama ini di sebalik pakaian jubah dan 'serban yang tidak berekor itu'.

Rentetan kuasa yahudi tersebar dengan meluas bermula dari Revolusi Inggeris, Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis yang kesemuanya adalah tajaan pemodal yahudi besar. Berakhir dengan Revolusi Iran yang menjadi pelengkap rancangan dendam kesumat bangsa yahudi yang ke lapan. Pemimpin yahudi Revolusi Peranchis bersahabat baik dan memang bersaudara dengan Ayatoullah Imam Khomeini yang hidup berpeleseran di Perancis dulu yang ternyata sama sama berasal dari Yahudi. Persis seperti Ahmadinejad melalui bukti rakaman gambar kad pengenalannya tempohari. Berbilion bilion dollar wang pembiayaan ejen CIA , FBI dan ejen perisikan rahsia MOSSAD dari Israel masuk melimpah ruah sewaktu Khomeini merancang dan lantas menumbangkan kerajaan Shah Pahlevi Iran yang masih berfahaman sunni. Akibat kecuaian dirinya dan penindasan yang dilakukan terhadap rakyatnya akhirnya menimbulkan kebencian yang amat sangat di kalangan pelajar dan para intelek serta rakyat keseluruhan.

Apabila kedengaran seorang pemimpin berserban berjubah dan bertayalisah ingin kembali ke negara asalnya maka berita ini disambut dengan gendang perang merobohkan sistem monarki yang amat merimaskan yahudi di mana saja sistem itu berada di dunia ini. Yahudi tidak berminat langsung sistem beraja kerana menghalang penguasaan dari kalangan mereka yang ingin memerintah dunia melalui Talmud yang direka oleh moyang mereka itu sendiri. Lahirlah pemikiran demokrasi jahat dengan berbagai sistem mengikut amalan hidup setempat yang tumbuh bagaikan cendawan di seluruh dunia, sehingga negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi adalah negara yang berfahaman komunis. Serba salah Malaysia ini akhirnya, termasuk saya sendiri tidak sedar sehinggalah berita ini dituliskan di sini. Demokrasi adalah senjata sulit dan propaganda yahudi di seluruh dunia. Amerika sebagai negara kuasa terbesar dunia yang telah dirasuk  oleh yahudi hampir 100% menjajakan SISTEM DEMOKRASI ini kesetiap negara di dunia termasuk negara kita tercinta melalui kemasukan inggeris suatu masa dahulu. Inggeris yang baru DIREVOLUSIKAN oleh yahudi mula menyebarkan fahaman demokrasi yahudi ke setiap negara jajahannya. Hanya dengan SISTEM DEMOKRASI mereka boleh memerintah dunia, menyempurnakan perkara 3 dan 4 di dalam TALMUD. Nanti kita akan sama sama bentangkan kegagalan sistem ini berfungsi dan menyebabkan jampi yahudi jadi rasi menjadi jadi. SISTEM DEMOKRASI ADALAH ASET YAHUDI MENAKLUK DUNIA.

BERWASPADALAH DENGAN SYIAH DI SELURUH DUNIA.
Apabila kita sama sama bentangkan masalah syiah ini, dengan tidak mengambil kira syiah apa pun yang ada pada hari ini kerana ternyata semua itu adalah jenis jenis syiah yang ditaqiyyahkan, mereka ini umat islam  berpandangan , itu semua adalah propaganda yahudi israel yang tidak mahu melihat kejayaan dan kekuatan islam Iran dan sekitarnya menyerlah jika menuduh syiah adalah bangsa yahudi asli ortodoks yang berpura pura islam, siapa lagi yang akan membela kita umat yang lemah buat masa ini untuk melaungkan kata kata anti semit. Arab mana lagi yang berani berkokok seperti negara islam Iran yang berani dan lantang bersuara itu , terutama Ahmadinejad yang akan melenyapkan Israel dari peta dunia. Kata katanya itu telah menyebabkan kaum yahudi kelas bawahan naik angin dan mengadakan tunjuk perasaan. Mereka para pendeta dan para pembiaya meraikan malamnya dengan tarian dan bermabukan bertemankan pelacur apabila mendengar pula para kaum dan rakyat jelata yang tidak sedar dan masih dalam trauma kekalahan perang dengan salib dan Amerika melabelkan Ahmadinejad sebagai singa pemberani Allah yang dikirimkan untuk umat ini. Walhal itu adalah permainan kata kata Ahmadinejad bersama para rabbi karta itu. Mereka semua mengangkat ibu jari tanda sandiwara mereka berjaya dilakonkan dan mendapat tindak balas segera yang amat memberangsangkan. Sangat besar tipu daya yahudi , amat licik dan profesional dalam menjalankan tugas membina empayar dunia yahudi raya. Sebenarnya mereka telah pun berjaya dalam rangka menawan dunia islam, yang ternyata tidak ada satu pun negara yang tertinggal kecuali Mesir yang mendapat pertunjuk Allah akan memberontak dan menggila setelah raja yang ada padanya keindahan si Husni Mubarak tinggal nama. Akan muncul seorang panglima Allah dari bumi Mesir yang akan bersekutu dengan kumpulan sebelum al Mahdi tiba, memporak perandakan dakyah jahat si pelacur Israel.Kata kata ini dipinjam dari salah satu tulisan Muhammad Isa Dawud.

'' ASHBAHAN ATAU ISFAHAN ADALAH KOTA SARANG DAJJAL ''

Tidak lain dan tidak bukan kota yang telah disebutkan oleh baginda Rasulullah saw yang akan muncul daripadanya nanti Al Masikhud Dajjal serta pendokongnya dari kalangan anak anak luar nikah, para ahli zina mut'ah yang terlarang, ahli liwath yang memang bercambah di sana, ahli peminum arak bertaqiyyah dan sejumlah besar yahudi 'jian' yang taat beragama sebagai pengikut setianya yang memakai tayalisah seperti sami buddha itu, adalah kota nulear dari negara Revolusi Islam Iran laknatullah.


PAKAIAN RASMI PENDETA YAHUDI ORTODOKS IALAH TAYALISAH. 
Di dalam dunia sebesar ini dengan bilangan penghuninya melebihi tiga bilion manusia , umat yang mana satukah masih mengekalkan pakaian tradisi yang mirip keyahudian ortodoks asli seasli aslinya. Carilah dari kalangan yahudi Samarian pun pasti tidak akan dapat diketemukan pakaian rasmi silam tayalisah di negara Israel itu. Mereka sendiri sudah meninggalkan tayalisah berkurun kurun lalu lamanya. Tetapi hairan , tiba tiba muncul pada tahun 1979M , di salah sebuah negara yang mengaku ngaku dan beriya riya mempamerkan cara hidup dan kepercayaan MIRIP beragama islam mengagungkan Mohammed SAW sebagai nabi dan rasul dengan niat bertaqiyyah. Di dalam masa yang sama mereka cuba cuba mengakui bahawa diri mereka itu sebagai ahlul bait dengan mempamirkan imam dua belasnya sebagai salasilah mereka walhal kami lebih berhak ke atasnya. Terkocoh kocoh memuliakan Ali k.w sebagai nabi dan rasul yang sebenar dan Saiyidina Hussein r.a sebagai orang yang akan dituntut pembalasan atas kematiannya. Mereka mempopularkan Saiyidina Hussein Bin Ali k.w. sebagai mengenang jasa kebaktian dan salah seorang yang teraniaya kononnya, walhal entah entah nenek moyang mereka yang membunuhnya dahulu. ( Gambar di atas kami peroleh dari salah seorang blogger )

MEREKA PERNAH DISERU TETAPI TIDAK MAHU MENJAWAB SALAM.. !! MENDENGUS DENGUS MEMBENCI KAMI !!
Pada suatu ketika kami pernah menyeru kedua dua pemimpin itu yang pertama dan yang terkini, kami hairan mereka berdua tidak mahu mengucapkan salam dan tidak mahu menjawab salam sebagai tanda jiwa rohaniah muslim sejati. Mudah pengenalannya bagi kami bahawa mereka adalah rohaniah malang yang amat malang semalang malangnya yahudi yang amat malang papakerma. Wallahu a'alam, kami tidak menuduh sesat, tetapi malang. Alangkah malangnya si papakerma.

Kedua dua rohaniah tokoh ini langsung tidak mahu memandang kami dan memalingkan muka ke arah kanan atau kekiri. dengan kerut muka yang mudah kami kenali sebagai seorang yang sedang marah kerana memaksa diri untuk hadir setelah dipanggil dengan paksaan.
Wallahu a'alam atas apa yang berlaku, mungkin saja kami tertipu. Atau mungkin saja ini adalah kebenaran yang berlaku. Saksikan sahaja dan waspadailah mereka. Oleh itu guru kami menganjurkan supaya kita seluruh umat islam mengamalkan membacakan awal surah al kahfi sehingga ayat ke sepuluh supaya dapat terbuka hati melihat kebenaran dan tertutup hati menerima kejahatan yang tersembunyi. Amalkanlah mudah mudahan mendapat hikmahnya yang sangat besar ini.


Mereka ini tidak akan dapat ditewaskan melainkan dengan orang orang yang telah dijanjikan tuhan.

MALAIKAT JIBRAIL TERSALAH HANTAR WAHYU. ( Posmen Allah SWT diperbodohkan )

Di dalam masa yang sama mereka menuduh malaikat Jibrail tersilap menghantar atau mengirimkan wahyu yang dipesankan kepadanya oleh Allah SWT yang kurang bijak memilih wakil penyampai wahyuNya. Akibat kesilapan yang berpunca dari kedunguan malaikat Jibrail yang begitu bodoh dan lemah ingatannya itu maka malaikat Jibrail telah tersalah membuat pengecaman ke atas dua manusia, terlupa yang mana satu Ali dan yang mana satu Mohammed. Malaikat Jibrail telah tersilap menghantar wahyu yang sepatutnya disampaikan kepada Saiyidina Ali k.w bukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Kami ingin sahaja membukakan rahsia mengenai peristiwa dan kaedah sebenar wahyu dibawa turun oleh Jibrail kepada Muhammad SAW dari hari pertama Iqra' sehingga al yauma akmaltu lakum diinakum ilakh..Tetapi kami merasakan bukan waktunya untuk kami sampaikan di sini biar ia tersimpan menjadi rahsia terkunci di dalam peti besi hati sehingga para syiah melayu di nusantara ini kembali rujuk kepada agama sejatinya dengan pertunjuk dari Allah swt. Itu adalah terlebih beradab dari menghujjahkannya sehingga tersentuh dan terhina hati hati mereka sehingga langsung mereka menjauhkan diri. Mereka bukan apa apa, mereka terkhilaf sebahagiannya lalu tertekan dengan rasa akibat terhina dengan caci maki dari mereka yang kononnya islam tetapi gagal membawa yang tersasar kembali ke pangkuan keluarga islam sunni semula.

Bacaan ini saya tujukan khas kepada para ahli syiah melayu nusantara yang mungkin baru terlena tidur dari kepenatan ikhtiar kasbi terlajak sedikit kerana menerima jalan mutaah pilihan jiwa nafsu . Pada hal mereka juga berkeinginan untuk kembali ke pangkuan ahli keluarga kerana mereka bukan cerai talak tiga , cerai talak satu, masih ada peluang untuk rujuk semula apabila tiba masanya. Bacaan ini saya tujukan kepada yang ahli dalam merenung kata kata Jibrail dengan kata kataNya " Muhammad, bacalah apa yang telah tersedia di mulut kamu itu...Muhammad, cuba bacakan apa yang hanya tinggal dibacakan sahaja itu...Muhammad cubalah anta baca firmanNya yang hanya perlu gerakkan lidah dan bibirmu sahaja..nescaya akan keluar daripadanya kalam yang Qadim. bacalah, mulakan dengan nama tuhanmu." Jadi , lenyap sama sekali tanggapan berlaku kesilapan menghantar wahyu kerana wahyu sebenarnya bukan dihantar mengikut angan angan syiah sehingga berani mengecap Jibrail sebagai punca utama postman yang tersalah hantar surat. Kenapa pula di dalam kitab hadis karangan Al Kulaini berulang kali menyebut bahawa malaikat Jibrail akan membantu mereka dengan memberikan jalan keluar jika terdapat perselisihan pendapat hukum syarak Daud dan Sulaiman yang akan dijadikan sumber hukum meninggalkan hukum syarak Nabi Muhammad SAW apabila Imam MAhdi mereka muncul nanti.. Pada suatu masa mereka memperbodohkan Jibrail tetapi terlupa menjaga mulut, memuliakan Jibrail pula di dalam kitab hadis teragung mereka yang dikotori dengan tinta dusta tahyul dan yang paling sahih mereka mengatasi Bukhari Muslim menurut mereka.

AS SUFYANI TELAH MENGUASAI NEGARA ARAB.

Biar apa pun taqiyyah tipu muslihat dan dolak dalihnya saya membawa saudara pembaca yang sudi melapangkan jiwa dan perasaan berbalik ke Baitul Maqdis yang sudah hampir di dalam genggaman yahudi Iran. Kononnya akan jatuh ke tangan islam walhal lepas mulut buaya masuk mulut naga sakti . Iran melalui tentera tentera jihad Hizbullahnya yang amat bencikan al qaeda dan Taliban itu akan memainkan peranan serang menyerangnya ke atas negara Israel yang tetap akan memakan korban. Cara yang akan mereka lakukan ini sama seperti mereka meruntuhkan dua buah bangunan pusat dagangan dunia di Amerika dahulu. Mereka sanggup membunuh asalkan mereka dapat menguasai Iraq dan Afghanistan. Syiah Hizbullah akan menguasai Baitul Maqdis dengan lagak kononya islam menang di sana berjaya mengusir askar israel keluar dari bumi Palestin. Walhalnya askar Israel kembali bercuti bersama keluarga setelah bertahun tahun menjadi 'Pak Guide' di pintu Masjidil Aqsha. Ini adalah bahan tertawanya si yahudi yang amat sialan menipu dunia. Kita adalah mangsa penipuan siri drama lakonan perang yang akan berakhir tersungkur di hadapan mata pedang Imam Mahdi Al Muntazar yang sebenarnya.


NEGARA 'PROMISED LAND' TANAH YANG DIJANJIKAN TUHAN.
Negara negara di sekitar Israel sekarang termasuklah Syria, Lebanon, Mesir, Jordan, Iraq, Iran, Afghanistan dan Kuwait juga Palestine dan yang lain lain itu adalah termasuk di dalam negara lingkaran ular yahudi yang disebut sebagai 'tanah yang dijanjikan tuhan'. Mereka telah mengusahakan sedikit demi sedikit kehendak kitab Talmud yang diolah menggunakan akal fikiran dan kepentingan peribadi mereka beribu tahun dahulu. Di antara mereka tetap dengan label yahudi yang nyata dan ada di antara mereka bertukar agama memeluk islam syiah yang mereka kenal sebagai abang adik kepada mereka. Akhirnya yahudi syiah berkembang dicelah ketiak muslimin dan menguasai negara negara tertentu secara demokrasi. Tidakan mereka ini sama seperti mengumpulkan daging merah tanah jajahan segar di dalam mulut singa singa Al Mahdiy yang sedang tertidur. Apabila singa singa itu terjaga dari lena yang panjang akibat sukar untuk bernafas dan menguap kerana telah penuh muatannya lalu terkunyah daging merah segar kepunyaan yahudi syiah oleh singa singa Allah dengan mudahnya nanti. Allah akan membukakan jalan kepada Imam Mahdi Al Muntazar merampas semula seluruh tanah jajahan arab yang di kuasai melalui sistem demokrasi berparlimen termasuklah negara Iran itu sendiri nanti. Tetapi sebelum itu negara negara sekitar Israel akan dimilik oleh yahudi Syiah yang tidak akan mendapat tentangan dari umat islam yang telah terkhilaf mengagung agungkan mereka. Cuma mungkin mendapat tentangan dari orang orang yang kononnya mengamalkan sistem demokrasi hak bersuara yang akan lenyap ditelan propaganda yang akan disebarkan dengan segera oleh media massa zionist membantu kemunculan yahudi syiah dan dajjal mereka yang ditunggu tunggu. Ada juga syiah dan yahudi dungu dalam hal ini kerana perancangan besar ini bukannya tersebar meluas di kalangan mereka tetapi hanya beredar di kalangan para pendeta mereka. Tidak ramai dari kalangan mereka yang tahu kecuali para bangsawan, ahli politik dan ahli koperat serta ahli para nujum khas mereka yang bilangannya tidak seramai mana. Maka tertawa tawalah Ehud Barak dan Netanyahu setelah kini mereka memiliki Afghanistan, Iraq dan beberapa bahagian tanah yang lain sebagai tambahannya.

IMAM AL MAHDIY AL MUNTAZAR ADALAH PENYUDAH KONSPIRASI SYIAH YAHUDI.

Hanya menanti masa dan ketikanya apabila muncul salah seorang pemimpin yang bukan dari kalangan pemimpin politik demokrasi dajjal pada hari ini. Imam Mahdi akan muncul dengan paksaan dan gesaan orang orang yang mengenalinya secara dekat dan agak agak pada mulanya. Dialah pemimpin agung islam di akhir zaman ini yang akan muncul dengan perkhabaran lengkap dan mendapat isyarat yang cukup teguh sehingga tidak mampu lagi untuk dinafikan kebenarannya. Sehinggalah akhirnya mereka terpaksa menafikan kebenaran Imam Mahdi dengan pukulan senjata mesin gun dan bom atom. Pun begitu askar mereka akan ditenggelamkan di padang pasir baidha'. Askar anak anak haram mereka yang sangat dikenal dari sebelum zaman Imam Mahdi sebagai keturunan keluarga Rasulullah saw akan terbuka tembelangnya bahawa mereka adalah berasal dari keluarga yahudi yang taat beragama dan islam hanyalah kemunafikannya. Datuk, nenek dan moyang mereka dahulu merasakan perasaan munafik mereka, tetapi anak cucu cicitnya pada hari ini sudah tidak dapat membezakan ciri ciri kemunafikan dan kejahatan yang telah diasaskan oleh datuk mereka.


SIAPAKAH SEBENARNYA AS SUFYANI LAKNATULLAH ALAIHI.
AS SUFYANI ADALAH SALAH SEORANG KETUA SUKU KAUM BERBANGSA YAHUDI YANG MENOLAK TAURAT DAN INJIL AKIBAT GILA KUASA PANGKAT DAN DERAJAT . 

DARI KETURUNANNYA MELAHIRKAN SEORANG CUCU TERKENAL DAN DIPERCAYAI OLEH KAUMNYA YANG MUNCUL DI ZAMAN RASULULLAH SAW DAN MULA MEMPORAK PERANDAKAN ISLAM DI ZAMAN SAIYIDINA ALI. 

DIA ADALAH MERUPAKAN KETUA PUAK YAHUDI ORTODOX PENYAMAR ISLAM YANG TIDAK DISEDARI UMAT ISLAM KERANA AJARANNYA TURUT MENINGGALKAN KESAN KHAS KEROHANIAN DI DALAM DIRI PENGANUTNYA, PEMERHATI DAN PENYANJUNGNYA. 

AJARAN SYIAH MENANAMKAN RASA KECINTAAN YANG MENDALAM KEPADA ALLAH, ALI, PARA IMAMIAH DAN AL MAHDI HASSAN ASKARI. Ini adalah perkhabaran ghaib yang kami terima.

As Sufyani adalah datuk nenek moyang asli berbangsa yahudi bernama Abu Sufian yang melahirkan cucu ketujuhnya bernama Abdullah Ibnu Saba' sebagai pengasas agama syiah pertama yang memang amat rahsia perancangannya dari dahulu. 

Mereka memilih keluarga Ali kerana di sanalah terbelahnya dua kelompok besar kumpulan penyokong dan penentang Saiyidina Ali k.w. yang boleh meruntuh dan mengelirukan umat islam yang terperangkap dalam buaian jiran mereka yang disangka tidak perlu diwaspadai, walhal itulah dia yahudi asli yang taat beragama dan sememangnya lahir dari tanah tumpah darah bani Ishak dan Yaakob di sekitar Iraq membawa ke Palestine.

Yahudi islam tiru tiruan ini kami kenalkan sebagai umat islam syiah yahudi yang berpengkalan di negara Iran keseluruhannya kecuali beberapa kerat dari mereka yang akan bertaubat dan menyedari penipuan yang dilakukan oleh para pemimpin mereka nanti.

Ini adalah perkhabaran ghaib yang diterima.



RASULULLAH SAW SUKA 'BERQIAS' DALAM BERSABDA.

Oleh sebab itulah Nabi kita junjungan besar Muhammad Rasulullah SAW mengecap dengan cop mohor yang tidak akan ditarik balik oleh baginda saw bahawa Iran adalah tempat kemunculan Dajjal akhir zaman yang akan diikuti oleh tentera dan syaitan ahli sihir mereka berjumlah lebih dari 70,000 orang yang memakai tayalisah seperti sami . Kenapa Dajjal memilih Iran bukan di Israel ? Iran dipilih kerana memang itulah tempat munculnya yang paling sesuai dengan keadaan Dajjal itu sendiri yang berpakaian dan berjanggut dan berkelakuan  seperti seorang nabi dan rasul mewakili agama yahudi menyorok di celah kangkang islam tanpa disedari rupanya yang dicelah kangkang kita orang islam itulah yang banyak menyebabkan muslimin tersesat jalan. Dajjal mengaku sebagai nabi dan rasul serta akhirnya mengaku tuhan tetapi akuannya sebenarnya dusta tidak seperti akuan Mansur Al Hallaj, Hamzah fansuri, Sheik Siti Jenar. Para arif billah yang tersyutuh atau terlatah menyebut wahdatul wujud tidak akan sekali kali bermain dengan karamah kemuliaan besar yang dimiliki oleh mereka. Mereka sekali kali tidak akan menunjukkan kemegahan itu kepada orang lain dengan sengaja. Berbeza dengan Sheikh Dajjal ini walaupun keistimewaannya itu juga anugerah istidraj dari Allah untuk kekuasaannya, si Dajjal sengaja dengan rasa bangga menggunakannya untk di pamirkan kepada orang lain supaya ramai pengikutnya.. Sebenarnya sewaktu itu seluruh negara arab dikuasai oleh islam diketuai oleh syiah Iran yang digeruni pada masa itu. Jadi kemunculannya memang dinanti nantikan orang untuk menyelesaikan kemelut kehidupan yang menghimpit akibat kemelesetan ekonomi dan kejatuhan pasaran komoditi dan kewangan antarabangsa. Cuaca telah menyumbang ke arah kejatuhan dan kemelesetan ekonomi negara negara islam dan sekitarnya seperti yang telah dikhabarkan di dalam hadis bahawa sebelum kemunculan Sheikh Mursyid ( pendusta ) Al Masikhud Dajjal itu nanti yang akan diterima oleh semua orang kecuali beberapa kerat sahaja, akan berlaku kemarau panjang sehingga hidup kebanyakan manusia tertekan.

Kemunculan Imam Mahdi yang sebenar akan mengembalikan kekuasaan islam kepada ahli sunnah waljamaah setelah as Sufyani memerintah dengan kejam . Yahudi Syiah as Sufyani akan membunuh hampir keseluruhan orang arab bermazhab wahabi sebagai janji tuhan ke atas orang orang yang menghinakan agama mereka sendiri. Pengasas Fahaman Wahabi itu benar, tetapi pengikutnya yang berbaki terlalu ta'asub sehingga akhirnya merusakkan sillaturrahmi dan pegangan mereka sendiri yang bertujuan untuk membersihkan islam dari unsur unsur bid'ah dhalalah. Maka datang lah istilah bid'ah hasanah untuk menengahi perselisihan , tetapi pengikut pengikut taasub ini memang sering menimbulkan kekusutan fikiran dan adu domba. Tidak kurang juga keceluparan ahli sunnah waljamaah yang muda belia berdarah panas ini yang baru sahaja menamatkan pengajian islam di mana mana itu ingin menjadi pembela agama Allah tetapi tersalah langkah. Memenggal kepala dan leher saudara sendiri sehingga perkara sebesar bukit menjadi sebesar gunung. Budak budak wahabi yang turut terbakar dengan insiden memalukan ini malah mereka rekakan sesuatu yang saya sendiri terfikir tidak masuk akal sihat, hanya semata mata mahu mempertahankan fahamannya. Pada saya kedua duanya sudah mendapat kemurkaan Allah kerana ternyata salah langkah telah menggunakan lidah ini untuk menyinggung dan menyakiti umat islam yang lain. Allah sendiri akan melenyapkan fahaman itu melalui syiah yang sememangnya sangat membenci kaum arab wahabi. Mudah mudahan mereka tersedar dari lamunan sia sia ini sehingga terhindar dari fitnah Dajjal yang ternyata melalui anak anaknya syiah rafidhah, atau zaidiah, atau apa sahaja panggilan taqiyyah untuk mengelirukan islam sunni yang merupakan sasaran utama dan yang paling sasaran paling dikehendakki seperti yang terkandung di dalam kitab kitab hadis muktabar  mereka.

Imam Mahdi akan melenyapkan dan menghancurkan serta merosakkan segala perancangan yang tersusun dengan rapi, yang telah mereka aturkan selama ini. Terbongkar rahsia syiah Iran SEBAGAI SYIAH YAHUDI melalui sesuatu bukti yang amat di rahsiakan , hanya akan di ketahui apabila sampai saatnya nanti. Terbongkar pembohongan Israel dan Amerika bahawa mereka selama ini meniduri syiah Iran di kelambu masing masing melalui pengakuan pemimpin besar mereka yang akan melarikan diri dari syiah Rafidhah. Tunggulah saatnya nanti.


AGAMA TRINITI AKAN HANCUR LULUH. 
Akan terbongkar rahsia penyelewengan tuhan triniti yang mengakui bahawa Isa anak Allah. Maryam bini Allah. Bapa tuhan Allah..Akan ditemui bukti sebesar besar bukti melalui paintu dari timur, di tengah tengah kemegahan berdirinya bangunan katedral , Vatican City. Akan di temui beberapa naskhah asli kitab injil asli yang akan membuka seluruh mata penganut kristian dari seluruh dunia. Penipuan yang dijalankan oleh Dajjal yang bersembunyi tetap akan dibongkar dan di obrak abrik oleh Imam Mahdi Al Muntazar.

Termasuklah penemuan beberapa kitab taurat asli yang masih segar dan basah di tingkat bawah katedral itu. Rasulullah SAW bersabda melalui hadisnya berkenaan rahsia yang tersimpan di dalam sebuah bangunan yang lengkap dengan sistem pertahanan kesan khas letupan bom nuklear tercanggih di abad ini. Apa yang pasti Rasulullah SAW telah melihat bahawa akan ada manusia kuat dari kalangan umatnya di akhir zaman yang akan menawan katedral itu dan membawa keluar segala khazanah orang orang islam yang telah banyak dicuri dan dilarikan oleh yahudi dan nasrani selama ini. Itu semua akan membuktikan kebenaran islam di akhir zaman dengan sekalian bukti bukti konkrit. Itu sebab akan berduyun duyunlah manusia dari segenap penjuru dunia akan masuk islam beramai ramai di zaman Imam Mahadi.


ISLAM MENGAKHIRI ZAMAN SEBAGAI EMPAYAR GERGASI - TIDAK AKAN TERKALAHKAN OLEH MANA MANA KERAJAAN DI DUNIA INI SEKALIPUN.

Sejarah dunia akan ditutup dengan keagungan empayar islam sedunia yang akan kekal sehinggalah timbul huru hara dan kemunafikan setelah pemimpin pemimpin besarnya berpergian selepas itu satu persatu. Tiada lagi negara yahudi syiah as Sufyani, tiada lagi Israel dan keangkuhannya yang berakhir, tiada lagi Amerika dan yang lain lain itu. Apa yang ada hanyalah panji panji yang berkibar setinggi awan dengan kalimat Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Kalimat ini akan memasukki setiap jalan, lorong dan rumah sekalian manusia di seluruh muka bumi ini. Sehingga tiada azan yang dilaungkan lagi di muka bumi, lahir yakjuuja wamakjuuj dan dabbatul ardh. Datanglah saah..yang amat menggerunkan.Wallahu a'alam bissawab, wallahul muafiq.

PESANAN DARI PENULIS'

Diriku memohon ribuan ampun dan maaf jika seandainya setiap patah perkataan ini telah menembusi rasa hormat dan kasih sayang yang sewajarnya dikekalkan. Bukanlah diri ini ingin berbalah tetapi hanyalah sekadar memberitahu barang yang baik dan sesuatu yang terpaksa dikatakan walaupun pahit. Terlebih atau terkurang daku memohon ampun ke hadzrat Allah Tuhan Sekalian Alam jika ada kata kata dusta yang disengajakan atau tidak disengajakan. Hendaklah difikirkan terlebih dahulu sebelum diambil teladannya wahai para pembaca semuga dapat dipisahkan kebenaran dan kesalahannya. Jika layaknya ia disebarkan daku ini bermohon agar segeralah disebarkan kepada seluruh umat islam yang kebanyakkannya sedang bermimpi nyenyak terlena. Amin.  

No comments:

Post a Comment