Pages

Saturday, February 5, 2011

Alamat Internet sudah habis



MIAMI 4 Feb. - Gudang alamat Internet dunia sudah kehabisan bagi kegunaan penyedia Internet (IP) baru dan sedia ada, selepas format yang digunakan ketika ini dikenali sebagai IPv4 sudah mencapai hadnya.
Syarikat Internet Pemberi Hak Nama dan Nombor (ICANN) telah mengeluarkan lima kumpulan terakhir nombor alamat penyedia Internet (IP) yang mengenal pasti destinasi aliran digital.
''Lebih empat bilion alamat Internet sudah dikeluarkan sehingga pagi ini. Ia sudah habis, Tidak ada lagi,'' kata Ketua ICANN, Rod Beckstrom.
Bagaimanapun, katanya, masalah itu tidak akan menimbulkan masalah besar kerana Pendaftar Internet Wilayah (RIR) di seluruh dunia akan mengeluarkan alamat-alamat untuk menyokong penukaran kepada format baru yang dikenali sebagai IPv6.
Penukaran terebut akan membenarkan penggunaan melebihi angka trilion alamat Internet baru, sedangkan format standard ketika ini, IPv4 hanya membenarkan sehingga empat bilion alamat Internet.
Kebanyakan usaha dan kos penukaran tersebut akan ditanggung oleh penyedia perkhidmatan Intenet, laman web, operator jaringan yang harus memastikan sistem mereka mampu mengendalikan alamat-alamat baru itu dan menjaga aliran digital.
Beckstrom menjangka penukaran sepenuhnya kepada IPv6 akan memakan masa bertahun-tahun dan menelan kos sehingga mencecah berbiilion dolar.
Bagaimanapun, masalah penukaran berkenaan tidak akan memberi kesan kepada pengguna kerana nombor IP yang kompleks masih akan kelihatan seperti perkataan dan domain seperti icaan.org.
Alamat IPv4 dijangka habis terlebih dahulu di Asia di mana permintaan di rantau itu paling tinggi ketika orang ramai dan perniagaan menerima pasaran baru iaitu secara talian.
''(Jika tidak ditukar format) Internet tidak akan berhenti berfungsi, tetapi grednya akan menurun perlahan-lahan, Ia akan menjadi perlahan,'' kata jurutera Google, Lorenzo Colitti. - AFP

No comments:

Post a Comment