Pages

Monday, February 21, 2011

200 dibunuh di Libya




MAHU PERUBAHAN...penyokong rakyat Libya membawa poster Gaddafi dan mengecam pemerintah itu dalam tunjuk perasaan di Lafayatte Park di depan Rumah Putih, Washington, semalam.
MAHU PERUBAHAN...penyokong rakyat Libya membawa poster Gaddafi dan mengecam pemerintah itu dalam tunjuk perasaan di Lafayatte Park di depan Rumah Putih, Washington, semalam.


KAHERAH: Seorang doktor di Benghazi memberitahu, sekurang-kurangnya 200 mayat mangsa anggota keselamatan Libya dihantar ke hospital tempatnya bekerja sejak beberapa hari lalu.
Doktor yang dirahsiakan identiti itu berkata, bekalan perubatan kini habis dan tidak mampu mengendalikan pesakit lebih daripada 70 orang.

Katanya, keadaan itu sangat kritikal dan perlu diberi perhatian.

“Saya menangis. Mengapa dunia tidak mendengar rintihan kami?” katanya.

Saksi pula berkata, keganasan ke atas penunjuk perasaan antikerajaan itu dilakukan secara bersama oleh komando khas Libya, ejen negara asing dan kumpulan penyokong tegar Muammar Gaddafi.


Katanya, penunjuk perasaan diserang menggunakan pisau, raifal dan senjata berat.

Benghazi menjadi pusat gerakan protes ke atas kerajaan pimpinan Gaddafi sejak enam hari lalu selepas rakyat mendapat inspirasi daripada kejadian di Mesir dan Tunisia.

Gaddafi memerintah Libya sejak lebih 40 tahun lalu.

Mendapatkan laporan sahih mengenai insiden di Libya memang sukar kerana wartawan tidak boleh bebas bertugas di negara itu.

Perkembangan mengenai protes berkenaan hanya diperoleh melalui hubungan telefon, selain rakaman video dan mesej yang dihantar melalui Internet.


Firma berpangkalan di Amerika Syarikat, Arbor Networks, melaporkan liputan Internet di Libya terganggu sejurus sebelum tengah malam kelmarin.


Trafik dalam talian dimatikan kira-kira jam 2 pagi sebelum pulih secara berperingkat, tetapi terputus lagi tidak lama kemudian.


Sementara itu, saksi mendakwa, pada peringkat awal, polis Benghazi mengikuti arahan kerajaan supaya bertindak ke atas penunjuk perasaan, tetapi kemudian menyertai mereka membuat bantahan.


“Tapi polis berubah hati apabila melihat ada ejen asing terbabit membunuh rakyat Libya,” katanya. - AP
myMetro | 200 dibunuh di Libya

No comments:

Post a Comment