Pages

Wednesday, January 5, 2011

Ular, buaya dalam banjir


ANGGOTA polis menggunakan bot meronda jalan bagi menghindari pencuri-pencuri selepas tebing Sungai Fitzroy pecah dan memaksa penduduk Rockhampton dipindahkan di Queensland, Australia, semalam. - AFP


ROCKHAMPTON 4 Jan. - Penduduk Rockhampton di negeri Queensland, Australia meninggalkan rumah dan premis yang dikubui guni pasir apabila banjir buruk yang melanda bandar ini membawa satu lagi ancaman baru iaitu ular dan buaya yang berkeliaran.
Berpuluh-puluh ribu penduduk Rockhampton terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas banjir menenggelamkan kawasan lebih luas dari Jerman dan Perancis selain memaksa penutupan lapangan terbang serta perkhidmatan kereta api.
Khabar angin mengatakan buaya dilihat, mula tersebar di sekitar pusat penternakan lembu di Brisbane yang dihuni 75,000 penduduk, sementara ular sepanjang dua meter juga dilihat berkeliaran di pusat bandar.
Penduduk berkata, mereka ternampak ular berbisa seperti spesies taipan, ular perut merah dan ular coklat melingkari pokok-pokok dan bersembunyi di rumah penduduk bagi mencari tempat kering.
"Ular adalah masalah utama kami. Saya menutup semua pintu bagi menghalang ia masuk ke premis saya.
"Ibu saya juga hampir dipatuk ular coklat," kata pemilik pub Pioneer Hotel, Suzanne Miller.
Pegawai kecemasan memberi amaran, ular-ular spesies itu boleh bertindak agresif, sementara buaya yang dilihat di sungai-sungai mungkin sebenarnya sampah atau serpihan yang dihanyutkan banjir.
"Tempoh ini adalah musim mengawan bagi ular dan ia 'dihalau' keluar daripada habitatnya disebabkan banjir. Jadi ia mungkin bersikap agresif.
"Sampah atau serpihan yang banyak di sungai mungkin disalah anggap sebagai buaya," kata Pengarah Operasi Perkhidmatan Kecemasan Negeri, Scott Mahaffey.
Beribu-ribu katak tebu berbisa turut dilihat di sekitar Rockhampton dan pihak berkuasa berkata, bandar itu juga mungkin diancam agas dan nyamuk pembawa penyakit. - AFP

No comments:

Post a Comment