Pages

Sunday, January 2, 2011

Setahun pantang beli-belah


PONTYPOOL - Seorang ibu berusia 34 tahun di Britain, Bethan Brunell (gambar) berjaya menamatkan cabaran tidak membeli-belah selama setahun, kelmarin.
Selama tempoh itu, Brunell tidak membeli pakaian, menjalani rawatan kecantikan atau membeli barangan harga runtuh.
Dia, sebaliknya, meminjam pakaian daripada rakan-rakan di samping membuat sendiri dekorasi dan hadiah Krismas untuk suaminya, Steve, 42, serta anak perempuan mereka, Megan.
Wanita itu yang merupakan seorang bekas perunding pekerjaan di sini, Welsh, berkata, dia dapat menjimatkan lebih £1,000 (RM4,817) sepanjang tempoh tersebut selain berat badannya turun sebanyak 19 kilogram.
"Saya melakukan cabaran ini semata-mata kerana ingin bereksperimen. Walaupun tidak gembira melakukannya, ia dapat mendidik saya supaya kurang bersifat materialistik," katanya.
Menurutnya, dalam tempoh itu, dia cuma membeli beberapa keperluan asas iaitu makanan, petrol, barangan kelengkapan dandanan diri dan tidak terkecuali, seluar dalam tetapi bukan jenama mewah. - Agensi

No comments:

Post a Comment