Pages

Wednesday, January 19, 2011

Serangan bom di Iraq, 50 maut


ANGGOTA polis Iraq memeriksa tempat kejadian seorang lelaki meletupkan dirinya di tengah-tengah kumpulan pelatih polis di pusat latihan polis di Tikrit, semalam. - AFP


TIKRIT, Iraq 18 Jan. - Seorang pengebom berani mati bertindak nekad meletupkan dirinya di sebuah pusat latihan polis yang dipenuhi orang ramai di sini hari ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan mencederakan 150 yang lain.
Seorang pegawai polis dan pegawai di Salaheddin Operations Command berkata, serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 10.15 pagi (3 petang waktu Malaysia) di tengah bandar raya ini, 160 kilometer dari utara Baghdad.
Jumlah kematian itu adalah yang tertinggi dalam serangan seumpamanya sejak militan al-Qaeda menyerang sebuah gereja di Baghdad yang mengorbankan 44 penganut Kristian, dua paderi dan tujuh anggota pasukan keselamatan pada November lalu.
Pada 17 Ogos lalu, seorang pengebom meletupkan dirinya di pusat latihan rekrut tentera yang dipenuhi orang ramai di Baghdad mengorbankan 59 orang dan mencederakan 100 yang lain. - AFP

No comments:

Post a Comment