Pages

Wednesday, January 26, 2011

SEMANGAT MUHAJIRIN DAN ANSAR


Di sebuah negeri yang subur nan indah
Di sana terjadinya satu perpaduan ummah
Beriman membenarkan firman Allah dan sabda junjungan
Mereka itulah Muhajirin dan Ansar pencetus perkembangan islam

Muhajirin dan Ansar
Satu bangsa berlainan suku
Satu agama satu iman dan taqwa
Itulah yang terjadi terjalin ukhwah setelah dipersaudarakan
Muhajirin dan Ansar
Peha yang dicubit sebelah kanan
Sebelah kiri juga terasa sakitnya
Itulah kuatnya persaudaraan mereka

Muhajirin dan Ansar
Mereka beriman dan beramal soleh
Hidup aman sentosa harmoni sentiasa
Keamanan dan kesejagatan dipelihara bersama
Muhajirin dan Ansar
Kalian telah memeriahkan bumi Madinah Al-Munawwarah
Pembela utama dan menyayangi rasul nabi Akhir zaman
Sahabat sejati disayangi rasul junjungan mulia

Muhajirin dan Ansar
Hati-hati mereka laksana kepingan besi
Tidaklah ia akan tercalar tetapi mampan dari musuh
Mereka penyayang pada teman tapi garang terhadap lawan
Muhajirin dan Ansar
Berbahagialah kalian bersama rasul nabi akhir zaman
Pengajaran keimanan ketaqwaanmu sudah terserlah
Kamu ibarat bintang-bintang dilangit mewarnai bumi gelita
 
Muhajirin dan Ansar
Kalian sudah membuktikan kepada dunia
Bahawa persaudaraan itu lebih dijamin dan diberkati
Daripada perpecahan bersendirian itu  tiada membawa rahmat
Muhajirin dan Ansar
Beruntunglah mereka yang mengambil suri tauladan
Rugilah mereka yang tidak mahu mencontohinya
Ukhwah asas kekuatan beragama perlu ditegakkan diseragamkan

Muhajirin dan Ansar
Mengajarkan kita betapa pentingnya bersatu padu
Mengajarkan betapa indahnya iman dan taqwa bila memenuhi hati
Mengajarkan juga betapa manisnya iman dan islam bila diamalakan sepenuhnya
Muhajirin dan ansar
Hati yang melihat ini sebak kerana kagum keatas keimananmu teserlah
Mata yang melihat menangis kerana keimananmu mengatasi segala-galanya
Sahabat sejati rasul teragung ini telah membuktikan persaudaraan indah kepada dunia

Muhajirin dan Ansar
Betapa rindunya hati seorang perindu ukhwah
Betapa rindunya sekalian perindu islam kepada zaman dunia baru islam
Kerana dalamnya ada semangat Muhajirin dan Ansar yang lama menghilang
Muhajirin dan Ansar
Di Akhir zaman ini akan sampai masa sejarahnya berulang
Semangat muhajirin dan ansar pasti akan kembali nanti
Memeriahkan dunia yang ketandusan ukhwah selama ini

No comments:

Post a Comment