Pages

Monday, January 3, 2011

Rombongan merisik Sabtu ini

Kosmo! Online - Negara



AHMAD dipimpin oleh anaknya, Salmah Samsudin (kanan) ketika ditemui di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar semalam.


KUALA LUMPUR - Biasanya keluarga lelaki menghantar rombongan untuk merisik anak gadis yang menjadi pilihan sebe- lum menetapkan urusan perkahwinan.

Bagaimanapun dalam kes warga tua, Ahmad Md. Isa, 110, dia tidak perlu ber- buat demikian kerana rombongan kelu- arga pihak perempuan sendiri akan bertandang ke rumahnya di Alor Mengkudu dekat Alor Setar pada Sabtu ini untuk sesi berkenalan dan berbincang tentang masa depan mereka berdua.

Rombongan bagi pihak Sanah Ahmad, 82, itu akan bertolak dari Kuala Lumpur dengan disertai beberapa orang ahli keluarga termasuk wanita itu sendiri.

Anak lelaki Sanah, Baha Ahmad berkata, tujuan rombongan itu ialah menge- nali lebih lanjut diri Ahmad.

"Kami akan berbincang dengan keluarga beliau (Ahmad) dan jika emak ber- setuju, kami tiada halangan untuk perkahwinan itu dilangsungkan," kata Baha ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sanah pula bersyukur kerana sudah dimaklumkan keluarga Ahmad sudi menerima kunjungan mereka.

"Mak cik memang gembira tetapi elok tunggu hasil pertemuan itu nanti," katanya.

Semalam, Kosmo! Ahad menyiarkan mengenai hasrat Sanah untuk mengahwini Ahmad jika keluarga kedua-dua belah pihak tidak menghalang.

Sanah yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu bersedia untuk bersuamikan Ahmad selepas membaca kisahnya dalam Kosmo! pada Rabu lalu.

Ahmad mengejutkan orang ramai kerana dia bukan sahaja mahu berkahwin tetapi juga menghadiahkan kereta kepada bakal isteri.

Sanah berkata: "Saya sanggup jaga dia jika kesihatan dia semakin teruk."

Sementara itu, anak Ahmad, Fatimah, 64, ketika dihubungi semalam menjelas- kan, walaupun dia keberatan membenarkan bapanya berkahwin atas faktor kesihatan, pihaknya tetap bersetuju menerima kedatangan keluarga Sanah untuk berbincang secara bersemuka.

"Bagus juga kalau mereka datang kerana boleh lihat sendiri tahap kesihatan ayah saya yang batuk dan lelah sejak beberapa hari lalu," katanya.

Menurut Fatimah, tahap kesihatan bapanya juga semakin merosot sejak empat hari lalu dan memerlukan penjagaan rapi ahli keluarga.

"Setiap hari saya perlu urut dia dan saya bimbang wanita itu tidak mampu jaga ayah jika kesihatannya semakin teruk.

"Ayah memang bersungguh-sungguh nak kahwin dan selalu ingatkan saya agar jangan lupa cari jodoh," tambahnya.

No comments:

Post a Comment