Pages

Thursday, January 20, 2011

Kelebihan solat sunat dhuha




Solat dhuha amat digalakkan bagi umat Islam mengerjakannya. Waktunya sekira-kira setengah jam selepas terbitnya matahari, dan akhir waktunya ialah lebih kurang setengah jam sebelum waktu zohor. 
Imam Muslim meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda 

“Adalah (diperlukan) pada tiap-tiap sendi daripada kamu itu sedekah (ada riwayat menyebut bahawa bilangannya adalah 360). Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah, dan tiap-tiap takbir adalah sedekah, dan menyuruh pada kebaikan adalah sedekah, dan mencegah kepada kemungkaran adalah sedekah, dan mencukupi semua ini dengan melakukan dua rakaat Solat Dhuha!
Difahamkan drpd hadis ini bahawa Rasulullah menggalakkan kpd umatnya utk bersedekah tiap-tiap hari sebanyak 360 sedekah, sbg tanda kesyukuran kita kpd Allah krn nikmat sendi-sendi ini yg sebanyak 360 sendi.

Daripada hadis lain menerangkan bahaea sesiapa yang ke masjid untuk menunaikan Solat Dhuha, maka pahalanya seperti pahala Satu Umrah! Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal, Abu Daud dan Tabrani.

Ya, Subhananllah! Begitu amat luas sekali Rahmat Allah kepada umat Nabi Muhammad!

Rasulullah S.A.W menamakan Solat Dhuha sbg Solat ‘Awwabin’ iaitu solat orang-orang yang taat dan sering mengingati Allah.

Macam mana solat dhuha ni???

Dikerjakan 2 rakaat macam solat sunat biasa. lebih baik lagi 4 rakaat atau lebih hingga 12 rakaat.

Niat “aku berniat mengerjakan Solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Lepas fatihah rakaat pertama baca Ad-Dhuha atau As-Syams. Kalau tak hafal boleh la baca surah Al-Kafirun.

Lepas fatihah rakaat kedua baca Ad-Dhuha atau Al-Ikhlas.
Doa selepas solat dhuha.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu,
Keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu”

“Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu Dhuha, serta keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”

Tak payah rungsing, mudah je nak ingat doa ni. Dua rakaat dalam beberapa minit sahaja tapi ganjarannya Subhanallah! Insyallah,murah rezeki.Ameen. Semoga ia bermanfaat untuk semua.

No comments:

Post a Comment