Pages

Friday, January 21, 2011

Bursa Saham Dhaka cipta kejatuhan terpantas




BEBERAPA anggota polis menyuraikan penunjuk perasaan di depan bangunan Bursa Saham Dhaka di Bangladesh semalam.


DHAKA – Pihak berkuasa perdagangan saham di Bangladesh menghentikan dagangan di Bursa Saham Dhaka semalam selepas indeksnya jatuh 8.6 peratus dalam tempoh enam minit.
Penurunan itu merupakan yang terpantas dalam sejarah bursa tersebut.
Indeks bursa itu jatuh kepada 6,313.62 mata selepas dagangan bermula di Bursa Saham Dhaka pada pukul 1 petang waktu tempatan.
Ia merupakan penangguhan kali keempat dalam tempoh 10 hari.
Ekoran penangguhan itu, sejumlah pelabur kecil mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan bursa saham tersebut.
Pihak polis terpaksa bertindak dengan menyuraikan para penunjuk perasaan itu.
“Para penunjuk perasaan berkumpul di depan pejabat bursa saham itu tetapi kami berusaha untuk menyuraikan mereka,” kata seorang pegawai polis, Abdul Momin.
Kelmarin, dagangan turut dihentikan apabila indeks jatuh 225 mata atau 3.2 peratus sekali gus mencetuskan pertempuran di antara polis dan ribuan penunjuk perasaan.
Kebanyakan pelabur kecil membuat pinjaman untuk membeli saham di bursa tersebut. – AFP

No comments:

Post a Comment