Pages

Thursday, January 27, 2011

Bayi ditinggalkan bersama Yasin kereta hospital



Seorang bayi perempuan berusia dua hari ditemui terbiar oleh seorang anggota tentera di tempat letak kereta di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, semalam.


SEREMBAN 26 Jan. - Baru dua hari bayi perempuan ini dilahirkan, namun ia dibiarkan menangis keseorangan dalam dingin malam akibat ditinggalkan berhampiran tempat letak kereta Hospital Tuanku Ja'afar di sini malam tadi.
Bayi malang berkenaan ditemui oleh seorang anggota tentera dengan keadaan masih bertali pusat namun lengkap berpakaian dan dibalut kain batik serta dibekalkan Surah Yassin kira-kira pukul 8.15 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, bayi seberat 2.3 kilogram itu kemudian dibawa ke Unit Kecemasan hospital berkenaan untuk dirawat.
"Kita percaya bahawa bayi berkenaan dilahirkan dalam tempoh masa 48 jam berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih belum dipotong.
"Berdasarkan siasatan polis, kita percaya bayi ini ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui oleh anggota tentera berkenaan," katanya ketika mengesahkan kejadian tersebut.
Hamdan berkata, siasatan lanjut terhadap bayi itu mendapati tiada kecederaan dikesan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Ketika ini, katanya, bayi berkenaan ditempatkan di Wad Rawatan Khas Bayi hospital itu.
"Polis sedang berusaha mengesan individu yang terlibat membuang bayi berkenaan," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment