Pages

Monday, November 15, 2010

Manfaat Berjilbab(BERTUDUNG SEPENUHNYA) jika ANDA masih belum MENGAMALKANNYA-kaitan ISLAM dan SAINS

Tahukah anda?Zaman sekarang lebih teruk berbanding zaman Jahiliyah dulu?Mengapa saya berkata sedemikian?Kerana zaman Jahiliyah dulu,semua wanita berpakaian Jilbab....Apa kaitannya zaman sekarang?zaman sekarang semua wanita tidak berpakaian jilbab DAN ada juga yang berpakaian jilbab tetapi tidak menutup sepenuhnya...
Tidakkah anda perasan,terlalu banyak penyakit kulit menimpa orang yang mendedahkan aurat terutama wanita di Amerika Syarikat yang sudah tidak menutup aurat sepenuhnya???Mereka sehingga mengamalkan krim-krim kononnya mampu menangani masalah mereka TETAPI MEREKA LUPA UNTUK MENUTUP AURAT SEPENUHNYA...MEREKA LUPA UNTUK MENGENAKAN PAKAIAN YANG TEBAL-TEBAL.....Kerana itulah mereka sentiasa mendapat pelbagai penyakit dan penyakit itu berleluasa kepada cucu cicit mereka..

Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia sejagat.Sudah tentu setiap yang benar-benar manfaat dan dilansanakan sepunuhnya dalam kehidupan seseorang, sudah tentu perlu mengikut apa yang disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Antara perintah Allah s.w.t itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut ini beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.


1. Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka)

 “Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).


Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya dan inginkan perhatian di khalayak ramai…
Saya ULANGI AYAT INI…
“Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya DAN menaikkan nafsu secara sulit kepada orang yang berada di sekelilingnya.

2. Terhindar dari masalah MAKSIAT

Banyaknya maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari)

Jikalau wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang??? Tentunya akan menjadi target masalah ini. Hal ini telah terbukti dengan tingginya masalah  di negara-negara Eropah (wanitanya tidak berjilbab).Sudahkah anda lupa,Amerika Syarikat misalnya,setiap hari,terlalu banyak kes-kes jenayah sehingga akhbar tempatan Negara tersebut sudah bosan menulis berita perkara yang sama,tetapi nama penjenayah yang berbeza setiap hari.

3. Memelihara kecemburuan lelaki
Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.
“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)
Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi masalah maksiat tidak ada yang akan membela wanita yang TIDAK BERJILBAB SEPENUHNYA.Perlukah saya buktikan???Buktinya,lihatlah pada artis-artis yang anda puja selama ini,mereka sering menghadapi konflik rumah tangga kan???kerana mereka suka mendedahkan diri di khalayak ramai dan suka menayangkan bentuk tubuh mereka.Seksilah kononnya...INGATLAH!!!Hari ini anda SEKSI(tidak menutup sepenuhnya bentuk tubuh anda),tetapi pada hari perhitungan anda bakal menerima SEKSANYA.....


4. Wanita BERJILBAB umpama biadadari syurga

Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56)

Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)

Mereka laksan telur yang tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)

Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga...Anda tidak mahu ini semua??kerana apa???


5. Mencegah penyakit kanser kulit

Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.
Penelitian kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.
Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh  itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.
Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV boleh menembus pakaian yang ketat apatah lagi pakaian yang jarang. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria jilbab iaitu pakaian yang tebal dan menutup seluruh bentuk tubuh anda.


6. Melambatkan gejala penuaan


Penuaan adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain.
Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.


Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah.Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.
Perhatikan ayat ini betul-betul….
Ternyata jilbab bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.

Diabetes oleh sebabkan penyakit jantung

LEBIH BERISIKO...wanita lebih mudah mendapat jangkitan penyakit apabila mempunyai diabetes.
LEBIH BERISIKO...wanita lebih mudah mendapat jangkitan penyakit apabila mempunyai diabetes.

BUAT PILIHAN...diabetes boleh dikawal jika individu mengamalkan cara hidup sihat termasuk memilih makanan seimbang dan berkhasiat.
BUAT PILIHAN...diabetes boleh dikawal jika individu mengamalkan cara hidup sihat termasuk memilih makanan seimbang dan berkhasiat.

JIKA anda menghadapi masalah berat badan berlebihan, kurang bersenam, mempunyai ibu bapa berpenyakit kencing manis, kerap membuang air dan sentiasa letih, anda sepatutnya melakukan sesuatu atau berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.
Ini kerana semua yang disebutkan di atas adalah petanda awal anda bakal menghidap penyakit kencing manis.
Menurut Pakar Perubatan dan Perunding Endokrin, Fakulti Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin, penyakit diabetes tidak boleh dipandang ringan kerana kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada 1996 menunjukkan pesakit diabetes berumur 18 tahun ke atas meningkat daripada 8.3 peratus kepada 11.5 peratus pada 2006.

Satu daripada tujuh orang dewasa berumur 30 tahun ke atas pula penghidap diabetes malah lebih memeranjatkan apabila kanak-kanak berusia enam tahun adalah pesakit diabetes termuda di Malaysia


"Daripada statistik ini sepatutnya seluruh rakyat Malaysia mempunyai tahap kesedaran tinggi mengenai bahaya penyakit ini dan mula mendapatkan rawatan apabila mempunyai tanda seperti kerap buang air, mudah letih serta demam," katanya.

Menurut Dr Nor Azmi, diabetes berlaku apabila badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan menyebabkan komplikasi yang serius.

"Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam pankreas. Ia berfungsi mengekalkan gula dalam darah pada paras normal dan membantu mengeluarkan glukosa memasuki sel badan. Akibat kandungan insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan dalam kalangan pesakit diabetes, gula tidak dapat memasuki sel badan dan ia kekal dalam darah menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

"Sebab itu penghidap penyakit kerap kencing dan mengalami rasa letih serta mudah mendapat jangkitan kuman pada buah pinggang, kulit serta paru-paru," katanya.

Terdapat dua jenis diabetes iaitu bergantung pada insulin dan tidak bergantung pada insulin. Diabetes yang bergantung pada insulin sering berlaku kepada kanak-kanak atau remaja.

Rawatan hanya boleh dikawal menerusi suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Biasanya pesakit mempunyai ahli keluarga penghidap diabetes.

Jenis kedua atau tidak bergantung pada insulin selalunya berlaku dalam kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai berat badan berlebihan. Rawatan dilakukan menerusi kawalan makanan, senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat. Biasanya berlaku kepada individu yang mempunyai ahli keluarga menghidap diabetes.

Sama ada pesakit menghidap diabetes atau sebaliknya, menurut Dr Nor Azmi, setiap individu perlu membuat pemeriksaan awal ini kerana menerusi ubat-ubatan, diabetes boleh dikawal. Ramai tidak tahu diabetes boleh membawa kepada penyakit jantung yang menyebabkan kematian awal malah kebanyakan penghidap sakit jantung yang meninggal pada usia muda selalunya mempunyai diabetes.

"Hampir 70 peratus kematian disebabkan sakit jantung dan berpunca daripada diabetes. Ini kerana penyakit jantung hanya berlaku apabila usia meningkat 50 tahun ke atas.

"Namun, jika seseorang itu mempunyai diabetes dan sakit jantung dia mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk meninggal dunia pada usia muda. Begitu juga dengan kematian disebabkan penyakit buah pinggang semakin meningkat disebabkan diabetes," katanya.

Katanya, kajian yang dijalankan pada 2008 oleh lima universiti di Malaysia mengenai Sindrom Metabolik di Malaysia dalam kalangan masyarakat Melayu menunjukkan 50 peratus pesakit diabetes berpendapatan bulanan RM500 saja.

"Bayangkan bagaimana pesakit diabetes yang berpendapatan rendah ini menjalani rawatan sedangkan kos untuk rawatan bernilai ribuan ringgit. Ini juga memberi implikasi kepada ekonomi negara kerana rawatan membabitkan penyakit jantung, buah pinggang dan kencing manis memerlukan kos yang besar. Justeru secara tidak langsung, ia akan memberi bebanan kepada ekonomi negara," katanya.

Menurut Dr Nor Azmi, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah menukar minda serta persepsi masyarakat supaya penghidap penyakit ini mendapatkan rawatan awal. Jangan tunggu sehingga sudah sampai ke peringkat serius atau apabila kaki sudah perlu dipotong baru berjumpa doktor.

Apabila berada pada tahap ini sukar untuk pakar perubatan merawat atau mengurangkan masalah yang berlaku.

Katanya, berbanding lelaki yang kuat ketahanan badan, wanita lebih mudah mendapat jangkitan penyakit apabila menghidap diabetes. Justeru kebanyakan wanita mudah diserang sakit buah pinggang, jantung dan masalah lain apabila menghidap diabetes.

Bagi wanita yang mendapat diabetes ketika mengandung, menurut Dr Nor Azmi, ini berlaku disebabkan perubahan hormon dan faktor pemakanan. Bagaimanapun, wanita mengandung tidak boleh mengambil mudah perkara ini kerana ia petanda awal kemunculan diabetes apabila mereka berusia 40-an.

"Wanita mengandung yang menghidap diabetes apabila tidak dikawal akan menyebabkan keguguran, terencat pembesaran dan berkemungkinan mengalami masalah jantung berlubang. Malah bayi akan membesar secara tidak normal di dalam kandungan yang akan menyebabkan kesukaran ibu melahirkan anak secara normal," katanya.

Menurut kajian, satu daripada tiga bayi akan mendapat diabetes sekiranya mempunyai ibu penghidap penyakit itu, satu daripada empat bayi akan mendapat kencing manis jika bapanya mempunyai penyakit itu dan sekiranya kedua-duanya mempunyai penyakit berkenaan enam daripada tujuh bayi berkemungkinan mendapatnya.

Cara mencegah dan mengawal diabetes adalah dengan mengawal pemakanan kepada makanan sihat dan berkhasiat. Ambil makanan seimbang mengikut piramid makanan yang disyorkan Kementerian Kesihatan.

"Pada masa sekarang rakyat Malaysia lebih memberi penekanan kepada makan malam dengan mengabaikan sarapan dan mengurangkan makan tengah hari. Corak pemakanan ini salah, sepatutnya individu melebihkan sarapan, mengambil makan tengah hari serta mengurangkan makan malam. Ini kerana makanan yang dimakan pada waktu malam akan bertukar menjadi lemak disebabkan tiada aktiviti fizikal dilakukan. Kebanyakan mereka akan tidur dan menonton televisyen selepas makan malam," katanya.

Diabetes boleh dikawal jika individu mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam setiap hari. Namun, sering kali alasan tidak sempat, banyak kerja atau tiada masa diberikan kebanyakan warga kota. Sekiranya terikat dengan tugasan pejabat sehingga tiada dapat bersenam, sepatutnya individu mengambil peluang membuat pergerakan fizikal dalam tugasan harian. Misalnya menukar amalan dengan menaiki tangga setiap hari, banyak berjalan atau bagi wanita lakukan kerja rumah yang boleh mengeluarkan peluh walaupun kerja itu boleh dilakukan pembantu rumah.

Penjagaan kesihatan awal kepada kanak-kanak sangat membantu mengurangkan obesiti yang menjadi punca kepada masalah ini. Ibu bapa perlu membuang tanggapan anak terlalu kurus tidak cantik dan comel justeru ibu bapa memberi makan secara berlebihan sehingga mengalami masalah berat badan.

"Apa yang penting ibu bapa perlu mengawal pemakanan anak-anak. Biarlah anak itu kurus asalkan dia sihat dan aktif. Jangan kerana mahukan anak yang comel dan besar sehingga membiarkan anak makan apa saja. Pemakanan yang sihat bermula dari rumah. Oleh itu ibu bapa perlu menetapkan apa yang perlu dimakan anak.

"Misalnya menyediakan makanan berkhasiat dengan melebihkan makanan bervitamin dan berprotein seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Memberi air kosong dan mengurangkan air bergula dan berkarbonat. Memberi makanan yang dimasak sendiri untuk mengelak makanan segera, bercoklat, berlemak dan bergula secara berlebihan.

"Sekiranya ibu bapa tidak menjaga pemakanan anak sejak kecil, berkemungkinan mereka akan mendapat obesiti apabila dewasa," katanya.

>Fakta angka

  • Kaum India paling ramai mendapat diabetes iaitu 19 peratus diikuti Melayu 12 peratus dan Cina 11 peratus (Kajian pada 2006 oleh Kementerian Kesihatan). 




  • Kira-kira 70 peratus daripada pesakit jantung yang meninggal adalah penghidap diabetes, ini bermakna enam daripada 10 pesakit jantung adalah penghidap diabetes. 




  • Kira-kira 40 peratus penghidap diabetes tidak mengalami masalah berat badan, tetapi disebabkan keturunan dan kurang bersenam. 




  • Kira-kira lima peratus daripada wanita mengandung akan mendapat diabetes. 




  • Kanak-kanak yang tidak menjaga pemakanan 50 peratus daripadanya akan mengalami masalah berat badan dan satu daripada tiga kanak-kanak akan mendapat diabetes pada usia muda. 




  • Negeri Sembilan mencatatkan penghidap diabetes tertinggi iaitu 15 peratus manakala terendah Sabah dan Sarawak sebanyak enam peratus. 




  • Sekiranya masyarakat Malaysia menukar corak pemakanan, diabetes hanya dapat dikurangkan dalam jangka masa 20 tahun lagi. 




  • Kira-kira 22 peratus pesakit diabetes bukan kakitangan kerajaan, 50 peratus hanya berpendapatan RM500 sebulan saja.


  • Kuda jadi pembantu wanita buta

     

    MICHIGAN - Seorang pelajar buta beragama Islam, Mona Ramouni membeli seekor kuda yang berfungsi sebagai pemandu arah bagi membantunya dalam kehidupan seharian. 

    Mona, 28, pelajar bidang psikologi menggunakan hasil pendapatannya sepanjang bekerja di sebuah syarikat penerbitan tulisan Braille selama tiga tahun untuk membeli kuda itu. 

    Menurut Mona, kuda kecil berusia tiga tahun yang diberi nama Cali itu mempunyai ketinggian 76 sentimeter dan telah dilatih untuk membantunya keluar dari kenderaan dan berjalan di kawasan sesak. 

    "Kuda ini adalah seekor haiwan yang sangat istimewa. Saya berharap dapat membawanya ke tempat-tempat yang tidak mungkin kami dapat pergi tanpa satu sama lain," katanya.

    8 Golongan yang Allah SWT laknat di dalam Al-Quran



    http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs830.snc4/68996_157954100904332_100000692300536_330968_5709223_n.jpg
    1-Surah Al-Baqarah , ayat : 200. kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan Dengan sebutan Yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
    2-Surah Luqman, ayat : 20. tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada Kami nikmat-nimatNya Yang zahir dan Yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang Yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran.
    3-Surah Al-Baqarah, ayat : 8. dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
    4-Surah Al-Baqarah , ayat : 165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
    5-Surah Al-Baqarah m ayat : 204&205. dan di antara manusia ada orang Yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah Dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya, padahal ia adalah orang Yang amat keras permusuhannya (kepadamu).
    205. kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.
    6-Surah Al-Haj, ayat : 11. dan ada di antara manusia Yang menyembah Allah Dengan sikap dan pendirian Yang tidak tetap, Iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya Dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian Yang terang nyata.
    7-Surah Al-Ankabut, ayat : 10. dan ada sebahagian dari manusia Yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadaMu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa Yang terpendam Dalam hati sekalian makhluk?
    8-Surah Luqman, ayat : 6. dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.

    NABI NUH hidup selama 950 tahun.......

    Kelmarin saya ada menceritakan secara ringkas kepada anda semua mengenaiNabi Ishak hidup selama 180 tahun, tetapi hari ini saya ingin membawa anda berginjak meneroka sedikit kisah mengenai Nabi Nuh yang hidup selama 950 tahun. Antara manusia yang mendapat umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-Quran mengatakan bahawa dia pernah hidup bersama kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah s.w.t, namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama Allah s.w.t, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah s.w.t agar menimpakan bencana kepada mereka. Allah s.w.t mengabulkan permohonannya itu.Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup. ALLAH AKAN MENURUNKAN HUJAN YANG SANGAT LEBAT DAN MENGALIRKAN BANJIR YANG SANGAT BESAR SEHINGGA TIDAK ADA SATU PUN DI KALANGAN MEREKA YANG KAFIR AKAN TERTINGGAL.

    Setelah tiba waktu yang ditentukan oleh Allah s.w.t, kesemua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain pada zaman Nabi Nuh naik ke atas kapal tersebut. Hujan mulai turun membasahi bumi. Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal. Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalnya.

    “Siapa anda?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.

    “Aku Iblis,” jawabnya.

    “Dasar Iblis, dia tahu sahaja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana saja dia mahu. Bukan kerana dia makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.Mengapa engkau mahu ikut kami?” tanya Nabi Nuh lagi.

    “Aku bukan mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku,” jawab Iblis terus terang.

    Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia. Sejak zaman Nabi Adam sehinggalah Hari Kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana hanya manusia yang berakal fikiran baik pasti tidak akan mengikuti hasutan Iblis laknatullah itu.

    “Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!” kata Nabi Nuh kepada Iblis.

    Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana. Sebelum Nabi Nuh mengusir iblis keluar dari kapal, Allah s.w.t juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia masih saja membangkang perintah Allah s.w.t dan terus berusaha menggoda Adam sehingga berhasil.

    Dia hanya berkata,“Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya aku akan boleh mencelakakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga sahaja tetapi akan menyembunyikan darimu dua yang lainnya itu.” Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh agar tidak mendengarkan yang tiga itu, sebaliknya mendengar dua yang lainnya itu.

    “Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu, tetapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku,” jawab Nuh.

    Iblis berkata,“Wahai Nuh, aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka; dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah s.w.t dan dijadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua(Adam, Hawa dan Iblis ketika itu) dikeluarkan dari syurga”.

    Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya, tiba-tiba si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia berkata pada Nuh,“Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada di bumi ini.”

    “Terima kasih dari apa?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.

    “Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah meringankan bebanku,” kata Iblis.

    “Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau mendengki kerana ia telah menghantarku pada keadaan seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau serakah kerana ia telah menghantar Adam seperti yang dialaminya.”tambah bicara Iblis lagi.

    Kisah Nabi Nuh Dalam Al-Quran
    Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehingga 28, juga dalam surah "Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa di atas mereka.
    
    Inilah ilustrasi gambaran kapal Nabi Nuh berkaitan panjang, lebar dan tinggi. Bahtera Nabi Nuh lebih besar berbanding kapal terbang yang ada pada masa kini dan jauh lebih besar daripada haiwan kerana Umat pada zaman Nabi Nuh lebih tinggi pada zaman dahulu.

    KHAS UNTUK PENDAKWAH

    by Akhy Fezy 

    UNTUK PENDAKWAH (bermanfaat )


    FIRMAN ALLAH:

    Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya), Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya, Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya, Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
    Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia), Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar – derhaka; -(QS 77:Ar-Mursalat ayat 1-6) http://www.alquran-melayu.com/77-al-mursalat/

    Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(QS 3:Ali- Imran ayat 110)http://www.alquran-melayu.com/3-al-i-imran/


    PERHATIAN:

    Penulisan pada kali ini ditujukan kepada sesiapa yang ingin menyeru manusia kepada Allah.(orang lain juga boleh membacanya)

    FIRMAN ALLAH:

    Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman(QS 51: Az-Zariyat ayat 55). http://www.alquran-melayu.com/51-az-zariyat/

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (QS 49:Al-Hujurat ayat 11)http://www.alquran-melayu.com/49-al-hujurat/

    PERINGATAN PENULIS:(sila baca semua keterangan dibawah)

    Saya ingin menegur segelintir pendakwah yang masih menyempitkan usaha dakwah:
    Sebelum itu mari kita mengetahui kepentingan dakwah:

    APAKAH KEPENTINGAN DAKWAH:(saya buat perumpamaan supaya anda mudah faham)

    Dakwah ibarat CAHAYA PADA LILIN. Lilin tersebut mampu menerangi kawasan sekitarnya kerana mempunyai cahaya(insyaAllah)….oleh itu jika lilin itu tidak digunakan untuk memberi cahaya kepada lilin-lilin lain yang masih BELUM lagi bercahaya, maka akhir sekali lilin tersebut akan terpadam..
    Apabila lilin yang bercahaya tersebut sudah padam, maka kawasan akan menjadi gelap-gelita kerana ketiadaan cahaya..SEBALIKNYA, jika lilin tersebut digunakan untuk menyalakan lilin-lilin yang lain, maka kawasan tersebut pasti akan bercahaya..

    BUKAN begitu sahaja,

    SEBALIKNYA, lilin-lilin yang masih BELUM BERCAHAYA juga perlu mendekati LILIN YANG BERCAHAYA supaya dia juga dapat MANFAAT daripadanya, seterusnya lilin yang pada mulanya TIDAK bercahaya pasti akan BERCAHAYA(InsyaAllah.).

    KETERANGAN:

    LILIN YANG BERCAHAYA(adalah menusia yang SUDAH mendapat petunjuk dari Allah)
    LILIN YANG TIDAK BERCAHAYA(manusia yang BELUM mendapat petunjuk dari Allah)

    Oleh itu kedua-dua lilin perlu saling bekerjasama supaya CAHAYA(petunjuk) akan diperolehi dan tersebar seterusnya menerangi seluruh kawasan…


    PERHATIAN:(baca hingga tamat)

    Teguran yang saya ingin buat adalah kebiasaannya pendakwah hanya menggunakan satu cara dalam melakukan usaha dakwah..walaupon usaha dakwah adalah untuk dirinya sendiri, pendakwah perlu pelbagaikan cara berdakwah dan cara menuntut ilmu..

    Jika ingin menuntut ilmu perlu dari pelbagai usaha dan cara.
    jika ingin berdakwah juga perlu pelbagaikan usaha dan cara.

    KENAPA PERLU PELBAGAI-BAGAI CARA???

    PENJELASAN PENULIS (saya beri perumpamaan supaya mudah faham kenapa perlu pelbagai-bagai cara)
    PADA MASA LALU, telur ayam boleh dimasak dengan hanya SATU CARA yakni dengan merebus telur ke dalam air.(minyak masak belum ada pada masa ini)

    OLEH ITU, telur ayam tidak boleh dimasak dengan cara lain, MELAINKAN dengan cara di atas sahaja.
    Oleh itu, untuk mendapatkan manfaat telur ayam, maka ia hanya perlu digunakan dengan cara tersebut sahaja, SEBALIKNYA, cara lain TIDAK dapat digunakan.

    PADA MASA SEKARANG, telah berlaku pelbagai perubahan sehingga telur boleh dimakan dengan menggunakan pelbagai cara. Yakni telur dapat dimasak dengan pelbagai cara.


    MANFAATNYA:

    Apabila menggunakan pelbagai cara untuk memasak telur, maka manfaatnya juga adalah berbeza. Yakni rasa telur tersebut ,ketahanan daripada rosak ,kecepatan memasak, dan lain-lain lagi manfaat yang berbeza..(manfaat telur berbeza apabila memasaknya dengan cara yang pelbagai)
    Sedangkan pada masa lalu telur tidak dapat manfaat seperti manfaat di atas, yakni BANYAK MANFAAT DIPEROLEH apabila menggunakan PELBAGAI CARA MEMASAK TELUR.

    PERHATIAN (perlu diingatkan usaha dakwah tidak sama seperti kita memasak telur,keterangan di atas hanya perumpamaan supaya mudah faham,tentang betapa pentingnya kita pelbagaikan usaha dakwah)
    Jelaslah bahawa,usaha dakwah yang pelbagai juga menghasilkan manfaat yang pelbagai. Oleh itu,sesiapa yang ingin mendapatkan petunjuk dari Allah juga perlu pelbagaikan usahanya.

    Jika dia menggunakan satu cara,,dia hanya dapat satu manfaat sahaja.
    Jika dia menggunakan banyak cara,,dia akan dapat banyak manfaatnya..(InsyaAllah)

    Jika usaha dakwah dipelbagaikan cara InsyaAllah,ia akan lebih bermanfaat. Ini kerana pada masa ini,usaha dakwah boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara..

    Dakwah di televisyen akan menghasilkan cahaya(ilmu) kepada orang yang menonton televisyen sahaja.
    Dakwah dengan radio hanya menghasilkan cahaya(ilmu) kepada orang yang mendengar radio sahaja.
    Oleh itu,kita perlu pelbagaikan cara dalam berdakwah supaya setiap orang mampu mengetahui ilmu yang disampaikan oleh kita..(jangan menyempitkan dakwah kepada satu cara sahaja).

    Melalui pengalaman sendiri,setiap bentuk usaha dakwah akan mendapatkan ilmu yang berbeza.
    Jika menonton televisyen akan hasilkan ilmu yang berbeza,berbanding jika membaca buku. Jika SEMUA SUMBER ILMU KITA GUNAKAN InsyaAllah,kita juga akan dapat maklumat yang pelbagai-bagai. Selain itu, Minat dan kesediaan manusia adalah berbeza,oleh itu kita perlu tahu :

    Apakah cara yang diminati oleh seseorang.
    Apakah cara yang manusia sedia untuk mengetahui ilmu.
    Apakah cara untuk mendekati seseorang itu.

    Dan internet merupakan cara yang dapat menyampaikan ilmu pada setiap lapisan manusia sama ada tua,kaya,miskin, dan lain-lain. Oleh itu,jangan biarkan internet digunakan oleh orang yang mengajak manusia kearah kelalaian sahaja. Perlu adanya segelintir orang yang berusaha melalui internet.


    PENTING:

    Perlu mulakan dakwah dengan bercakap tentang iman. Iman bukan boleh diwarisi, apabila seseorang yakin dengan janji-janji Allah, baru dia akan mengamalkan sesuatu suruhan Allah secara sendirinya,tanpa disuruh. Apabila seseorang takut dengan azab Allah pasti dia akan meninggalkan larangan Allah tanpa dilarang oleh kita.

    Hanya ada ilmu,belum mampu seseorang akan membuat sesuatu amalan..perlu dakwah tentang iman.

    FIRMAN ALLAH:

    Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.

    Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

    Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

    Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    (Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

    Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

    Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

    Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

    Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.

    Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.(QS 31:Luqman ayat 24 hingga 33) http://www.alquran-melayu.com/31-luqman/

    Mati ditikam kekasih isteri

    PETALING JAYA: Akibat cinta tiga segi, seorang lelaki yang baru tiba empat hari lalu dari Indonesia untuk bersama isterinya ditikam berkali-kali oleh sekumpulan enam lelaki termasuk kekasih isterinya, malam kelmarin.
    Mangsa yang hanya dikenali sebagai Haryadi, 24, warga Indonesia ditikam ketika berada bersama isterinya yang berusia 22 tahun di rumahnya di tingkat lima, Taman Desaria, Taman Medan, dekat sini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa sedang berehat bersama isterinya tiba-tiba didatangi enam lelaki sebelum mereka bertengkar dipercayai ada kaitan dengan hubungan cinta isteri mangsa dengan salah seorang suspek.

    Keenam-enam suspek kemudian bertindak mengeluarkan parang dan pisau lalu menetak dan menikam mangsa berkali-kali. Mangsa cuba menyelamatkan diri, tetapi rebah di tingkat dua pangsapuri berkenaan.

    Melihat keadaan mangsa yang sudah tidak bernyawa, semua suspek melarikan diri.

    Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya sudah menahan isteri mangsa yang juga warga Indonesia bagi membantu siasatan kerana dipercayai menjadi punca pergaduhan.

    “Kita percaya motif pergaduhan berpunca daripada hubungan percintaan dan siasatan polis kini menjurus ke arah itu.

    “Dengan penahanan isteri mangsa, kita percaya dapat mengesan semua suspek yang dipercayai masih bersembunyi di sekitar Lembah Klang,” katanya, semalam. Arjunaidi berkata, mangsa mati akibat cedera parah di kepala dan dada kerana ditikam dan ditetak berkali-kali dengan senjata tajam dan pihaknya menemui beberapa bilah parang dan pisau yang dipercayai senjata pembunuhan di tempat kejadian.

    Menurutnya, berdasarkan rekod imigresen, mangsa baru saja tiba ke negara ini empat hari lalu manakala isterinya pula sudah lama berada di sini.

    Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

    Berbasikal tunai haji


    IMTIYAZ (kiri) dan Nathim bergambar bersama basikal yang mereka naiki dari Cape Town semasa tiba Mekah. - Agensi


    JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Februari lalu dan tiba di Mekah untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama sembilan bulan.
    Kedua-dua mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada penghujung bulan lalu, tiga minggu lebih awal sebelum ibadat haji bermula.
    Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, merancang pengembaraan haji mereka ini sejak Disember tahun lalu tidak lama selepas mendapat inspirasi daripada cerita perjalanan jemaah-jemaah haji sebelum mereka.
    "Jika saya bekerja keras untuk mencapai sesuatu, di penghujungnya ia adalah lebih manis dan lebih dihargai. Selepas sembilan bulan berbasikal merentasi Afrika dan Asia Barat, saya sangat menghargai pengalaman ini," kata Nathim kepada wartawan Al-Jazeera.
    Perjalanan mereka bermula pada pagi 7 Februari sewaktu hari hujan dari sebuah masjid Cape Town, di mana hampir 500 orang berkumpul untuk mengadakan majlis doa selamat buat mereka.
    Katanya, mereka bukan pengayuh basikal profesional, namun menjalani latihan fizikal dengan meningkatkan senaman iaitu mendaki gunung, berlari di pantai dan berenang kira-kira dua bulan sebelum bertolak.
    Imtiyaz berkata, rakan-rakan mereka yang lain membantu merancang perjalanan mereka dan khidmat jabatan lalu lintas Afrika Selatan, menyelidik keperluan visa.
    Doktor mendiagnosnya dan Nathim sebagai 'gila', katanya.
    ''Seolah-olah satu rahmat apabila menjejakkan kaki di Mekah dan tawaf mengelilingi Kaabah dengan ihram yang basah akibat hujan.'' tambahnya. - AGENSI

    "Ubat Penyakit Takabur"

    Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:


    1) Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

    2) Apabila kita bersuara dengan orang tua pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

    3) Apabila kita bersuara dengan orang alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

    4) Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

    5) Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

    ..Dan yang sebenarnya sedarlah telah banyak manakah dosa dan pahala yang tidak mampu kita pastikan..? renung2kanlah semua sahabatku..~Insan yang Dhaif lagi Hina..