BEIJING: Seorang wanita hamil di selatan China ditahan dan dibelasah sebelum dipaksa menggugurkan kandungannya sebulan sebelum tarikh bayinya dilahirkan kerana didakwa melanggar dasar satu keluarga seorang anak negara itu.
Buruh binaan, Luo Yanquan berkata, pada 10 Oktober lalu, lebih 12 kakitangan jabatan merancang keluarga membawa isterinya ke sebuah klinik sebelum ditahan selama tiga hari di sana. Kemudian isterinya dibawa ke hospital dan disuntik dengan dadah bagi membunuh bayinya. Menurut Luo, pegawai jabatan merancang keluarga memberitahu pasangan itu mereka tidak dibenarkan memiliki anak lagi kerana sudah mempunyai seorang anak perempuan berusia 9 tahun.
Sejak 30 tahun lalu, China membenarkan pasangan yang tinggal di bandar memiliki seorang anak saja dalam usaha mengawal peningkatan populasi dan menjimatkan sumber. China mempunyai populasi paling ramai di dunia dengan lebih 1.3 bilion penduduk. - AP
Pages
▼
Friday, October 22, 2010
Kucing berukuran 1.2m cipta rekod dunia NEVADA - Seekor kucing berukuran 1.2 meter dinobatkan secara rasmi sebagai kucing tempatan terpanjang di dunia oleh Guinness World of Records, minggu lalu. Pemilik kucing itu, Robin Hendrickson berkata, Stewie, 5, daripada baka Maine Coon mencipta rekod sebagai kucing tempatan terpanjang di dunia selepas ia diukur pada Ogos lalu. "Stewie suka berada di samping orang ramai terutama kanak-kanak dan saya berharap kami dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebajikan haiwan,” katanya. "Saya turut berharap Stewie mampu membuat orang ramai di seluruh dunia tersenyum melihatnya," katanya. |
Setengah juta rakyat Britain hilang kerja
LONDON - Britain mengumumkan pemotongan 490,000 pekerjaan di sektor awam dalam tempoh empat tahun, melalui satu tindakan drastik yang diambil bagi mengurangkan jumlah defisit tertinggi yang pernah dihadapi negara itu.
Menteri Kewangan Britain, George Osborne menegaskan, kehilangan pekerjaan dalam sektor awam 'tidak dapat dielakkan apabila negara tidak lagi mempunyai wang'.
"Ini adalah langkah yang sukar tetapi ia akan membawa negara kepada masa depan yang lebih baik," katanya semasa pembentangan semakan belanjawan di sidang Parlimen, kelmarin.
Menurutnya, perbelanjaan kerajaan akan dikurangkan sebanyak 81 bilion pound (RM400 bilion) dalam usaha mengurangkan defisit Britain daripada 11 peratus sekarang kepada dua peratus dalam tempoh lima tahun.
Langkah kontroversi itu turut memberi kesan kepada kebajikan rakyat Britain melalui pengurangan bayaran kebajikan anak dan peningkatan umur pencen kepada 66 tahun menjelang 2020.
Bagaimanapun, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan pembangunan antarabangsa dikecualikan daripada sebarang pemotongan sumber kewangan.
Semakan semula belanjawan negara itu dilakukan selepas kerajaan mendapati perbelanjaan sektor awam mencecah 16 bilion pound (RM78 bilion) pada September lalu, jumlah yang dianggap terlalu tinggi.
Pelajar perubatan di Bandung ditemui mati
2010/10/22
INANI ZALIKHA (dalam bulatan) bersama keluarga sempena Aidilfitri bulan lalu.
Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, pelajar tahun empat yang sedang menjalani latihan amali di Hospital Bandung ditemui di lantai rumah sewanya selepas selesai mengerjakan solat Subuh, kira-kira jam 5 pagi.Difahamkan, pelajar berperwatakan lembut itu mengadu mengalami kesakitan di perut dan belakang badan menerusi laman sosial, Facebook miliknya, pada sebelah malam sebelum dia ditemui terbaring, pagi semalam.Abang sulung Inani, Izzudin Zainal Abidin, 24, mendakwa beliau sempat bersembang dengan adik menerusi Facebook, pada jam 11 malam, kelmarin malah anak kedua daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang petanda akan meninggal.
“Kami bertanya khabar mengenai kesihatan masing-masing dan dia memberitahu dalam keadaan baik cuma mengalami kesakitan belakang mungkin kerana penat menyiapkan laporan tugasan selain melahirkan rasa rindu kepada keluarga.
“Saya dan ibu menerima berita kematiannya pada jam 7 pagi tadi (semalam) apabila dihubungi rakan serumahnya dan ia sememangnya mengejutkan kami berdua sebelum ibu bergegas ke Bandung bagi menguruskan urusan membawa pulang jenazah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini, semalam.
Izzudin berkata, bapanya bekerja di Papua New Guinea sejak dua tahun lalu sebagai Jurutera Telekomunikasi dalam perjalanan pulang ke tanah air sebaik dimaklumkan berhubung kematian anaknya itu.
Jenazah dijangka tiba hari ini dan majlis pengebumiannya akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, Ampang di sini.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Wisma Putra melalui kedutaannya di republik itu akan mengambil langkah sewajarnya selain meminta semua pihak tidak membuat spekulasi liar berhubung punca kematian pelajar itu.
Pelajar kolej gagal dikesan
2010/10/22
Balqis Azman
Ibunya, Noorlela Abd Rahman, 37, berkata anaknya dipercayai hilang selepas selesai menjalani latihan praktikal di Taiping.Katanya, dia hanya menyedari kehilangan anaknya selepas mahu menjemput Balqis di rumah sewanya di Kampung Boyan, Taiping 4 Oktober lalu.Beliau berkata, pengurusan kolej berkenaan di Kawasan Perindustrian IGB, di sini memaklumkan Balqis pulang sendirian dari Taiping pada hari berkenaan.
“Bagaimanapun, Balqis tidak pulang ke rumah kami di Kampung Kepayang, Fair Park di sini. Saya dan suami, Azman Sulaiman juga gagal menghubungi telefon bimbit Balqis,” katanya di sini, semalam.
Noorlela berkata, kali terakhir dia bertemu Balqis ketika menghantar anaknya di rumah sewa di Kampung Boyan pada 13 September lalu.
Katanya, anaknya dipercayai hanya mempunyai RM20 yang dikeluarkan daripada mesin juruwang automatik sehari sebelum dilaporkan hilang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Balqis diminta menghubungi Noorlela di 014-2527050 atau Azman 012-5894347.
Lagi bakal pengantin hilang
Oleh Rahmat Othman
bhnews@bharian.com.my
2010/10/22
SITI Sakinah hilang selepas ke tempat kerja
POKOK SENA: Seorang gadis berusia 25 tahun yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 November ini dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat kerja di Jalan Pegawai, Alor Setar, pagi Sabtu lalu.Siti Sakinah Ismail, kerani di sebuah syarikat kuari keluar dari rumahnya di Kampung Kolam, di sini, kira-kira jam 7 pagi untuk bekerja tetapi dia tidak datang ke pejabatnya.Ibunya, Zaiton Abdul Halim, 58, berkata Siti Sakinah yang memakai baju kurung biru dan tudung merah memandu kereta Perodua Viva miliknya dengan nombor pendaftaran KCB 7249.
Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu bertunang dengan seorang pemuda berusia 24 tahun dari Kuala Sanglang, Perlis seminggu sebelum Ramadan lalu hasil pilihan keluarga.
“Kedua-dua pihak sudah menyediakan pelbagai persiapan, termasuk bunga telur, pakaian pengantin dan kad jemputan.
“Keluarga kami juga sudah menerima wang hantaran daripada pihak lelaki sebanyak RM8,284 tetapi ketika tarikh berkenaan semakin hampir dia pula menghilangkan diri tanpa khabar berita,” katanya.
Zaiton berkata, dia menyedari kehilangan anaknya apabila pengurus tempat anaknya bekerja menelefon pada jam 9.30 pagi Sabtu lalu bertanyakan mengapa dia tidak hadir ke pejabat.
Katanya, dia ada menghubungi telefon bimbit anaknya tetapi tidak berjawab dan pada sebelah petang hari yang sama mereka cuba menghubunginya sekali lagi tetapi gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.
“Tiada perselisihan antara kami sekeluarga dengannya, malah kami gembira kerana dia bakal berkahwin.
“Dia juga tidak membantah calon pilihan keluarga itu. Kami bimbang keadaannya kerana dia memakai barangan kemas,” katanya.
Zaiton berkata, Siti Sakinah seorang anak yang baik kerana tidak suka berpeleseran dan tidak pernah meninggalkan solat.
Katanya, dia mengesyaki anaknya itu dilarikan pihak tertentu dan sudah membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena selepas kehilangannya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Sakinah diminta menghubungi talian 019-4649104 atau 019-4783421 atau balai polis terdekat.
Lelaki mahu buat tatu di mata
2010/10/22
PORTLAND: Seorang lelaki yang dikenali di Portland, Oregon kerana mengenakan tatu pada hampir keseluruhan badannya termasuk lidah, kini mengambil langkah seterusnya untuk menyuntik dakwat ke dalam matanya pula. Matt Gone memberitahu KPTV beliau sudah hampir 20 tahun mengenakan tatu di badannya untuk menutup kecacatan akibat kelahiran pada anggota badannya.“Mengenakan tatu di mata adalah yang paling jauh boleh saya buat,” katanya. – Agensi
31 juta rakyat Indonesia kebulur
LOMBOK TENGAH 21 Okt. - Kira-kira 31 juta rakyat Indonesia masih lagi dihimpit kemiskinan dan kebuluran serta hidup di bawah garis kemiskinan, kata Ketua Menteri Agung Laksono yang dipetik agensi berita Antara.
"Masalah kemiskinan dan kelaparan adalah rumit dan sering menjadi cabaran politik. Tiada pendekatan mudah untuk menghadapi cabaran ini namun beberapa perkara boleh diatasi dengan mengenal pasti tindakan berkesan," kata beliau.
Agung berkata demikian semasa merasmikan upacara peringatan Hari Makanan Sedunia di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat bersempena ulang tahun ke-30 sambutan tersebut.
Tambah beliau, tiada rakyat Indonesia yang mahu berada dalam keadaan kelaparan dan semua 236 juta rakyat negara ini perlu bersatu untuk membantu kerajaan mengatasi kelaparan.
Kata Agung, peranan lebih proaktif perlu dimainkan pihak berkuasa tempatan peringkat wilayah dan daerah bagi menggalakkan komuniti setempat membangunkan pertanian dan mengekalkan potensi makanan termasuk memelihara hutan.
"Makanan yang cukup adalah lebih penting daripada pemulihan makanan. Jadi kerajaan perlu mengutamakan sektor makanan domestik serta sumber tempatan.
"Jika kita mengabaikan makanan tempatan, sebenarnya kita mengurangkan bekalan makanan negara," jelas beliau.
Agung berkata, kerajaan sedang berusaha memperkenalkan program pergantungan sendiri yang dapat dikekalkan dengan meningkatkan hasil dan produktiviti peladang dan nelayan. - BERNAMA
Wanita muda jadi ketua polis di wilayah penyeludup dadah
PRAXEDIS G. GUERRERO, Mexico 21 Okt. - Seorang wanita yang belum menghabiskan pengajiannya dalam bidang jenayah dilantik sebagai ketua polis baru di wilayah di sempadan Amerika Syarikat (AS), kawasan tumpuan penyeludup dadah yang telah membunuh beberapa pegawai awam dan mengancam keselamatan penduduk setempat.
Marison Valles Garcia, 20, mengangkat sumpah jawatan semalam bagi menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman awam di bandar yang mempunyai penduduk kira-kira 8,500 orang yang telah bertukar daripada kawasan pertanian yang tenang kepada negeri tanpa undang-undang dan tidak bertuan.
Penyandang jawatan tersebut sebelum ini telah ditembak mati pada Julai 2009 dan jawatan tersebut sukar diisi dan tiada pengganti yang kekal lebih dari setahun.
Dua kumpulan penyeludup dadah yang bersaing, Juarez dan Sinaloa telah bertempur untuk mengawal sebatang lebuh raya utama di wilayah ini, sebuah laluan perdagangan dadah yang menguntungkan di sempadan Texas.
Valles Garcia yang bertubuh kecil itu hanya mempunyai pengalaman dalam bidang polis ketika bertugas sebagai setiausaha jabatan.
Beliau mahu 13 orang pegawainya dilatih sebagai polis khas.
Valles Garcia turut merancang untuk mengupah lebih ramai wanita dan menghantar mereka ke kawasan penduduk untuk bercakap dengan penduduk, menyemai nilai-nilai sivik dan mengesan jenayah sebelum ia berlaku.
"Orang saya akan pergi dari rumah ke rumah bagi mengesan penjenayah dan jika tidak ada, pihak kami cuba mengajar nilai-nilai murni di kalangan keluarga terlibat.
"Projek ini ... mudah, berdasarkan nilai-nilai, prinsip-prinsip dan pencegahan jenayah dari rumah ke rumah," katanya ketika mula menjalankan tugas secara rasmi semalam. - AP
Saudi beli senjata AS$60 bilion
WASHINGTON 21 Okt. - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perjanjian jualan senjata bernilai AS$60 bilion (RM186.9 bilion) dengan Arab Saudi, rekod penjualan terbesar sebagai sebahagian usaha untuk menyaingi Iran.
Pembantu Setiausaha untuk Hal Ehwal Politik-Tentera, Andrew Shapiro berkata, rancangan tersebut membabitkan penjualan 84 buah pesawat pejuang F-15, 70 helikopter tempur Apache, 72 helikopter taktikal Black Hawk dan 36 helikopter ringan.
Penjualan yang turut dilengkapi dengan naik taraf 70 buah pesawat F-15 terpakai, 'tidak akan melebihi jumlah AS$60 bilion', tambahnya ketika pentadbiran Presiden Barack Obama memaklumkan kepada Kongres berhubung rancangan tersebut.
Kongres mempunyai kuasa untuk melulus atau menangguh perjanjian itu dan menurut Saphiro, Israel dijangka tidak menentang penjualan senjata tersebut.
Penghantaran senjata ke Arab Saudi akan dibuat dalam tempoh antara 15 hingga 20 tahun.
"Ia akan memberi mesej tegas kepada negara-negara di rantau itu bahawa kami komited untuk membantu keselamatan rakan penting dan sekutu kami di Teluk Arab dan seluruh Asia Barat," ujar Saphiro.
Walaupun beliau menyatakan penjualan berkenaan 'tidak sepenuhnya berkaitan dengan Iran', Saphiro mengakui sebahagiannya adalah bertujuan membantu Arab Saudi mengatasi ancaman daripada republik Islam bukan Arab itu di Teluk.
Pegawai pertahanan AS berkata, perjanjian itu telah diusahakan sejak beberapa bulan lalu berikutan Arab Saudi, yang semakin bimbang dengan peluru-peluru berpandu milik Iran.
Seorang pegawai kanan pertahanan memberitahu pemberita bulan lalu, 'jika kamu melihat kepada kerajaan (Arab Saudi), ancaman besar yang dihadapi mereka di rantau itu datang dari Iran'.
Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, pakej persenjataan tersebut 'memberikan keupayaan pertahanan untuk mempertahankan negara serta kemampuan pencegahan'.
Pakej pertahanan itu turut menyenaraikan beribu-ribu bom pintar berpandukan laser termasuk peluru berpandu JDAMS, Hellfire dan Sidewinder. - AFP