Pages

Friday, October 22, 2010

Pelajar perubatan di Bandung ditemui mati




2010/10/22

INANI ZALIKHA (dalam bulatan) bersama keluarga sempena  Aidilfitri bulan lalu.
INANI ZALIKHA (dalam bulatan) bersama keluarga sempena Aidilfitri bulan lalu.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia jurusan perubatan Universiti Padjadjaran Bandung, Indonesia ditemui mati rakan serumahnya dipercayai kerana mengalami sesak nafas, pagi semalam. 

Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, pelajar tahun empat yang sedang menjalani latihan amali di Hospital Bandung ditemui di lantai rumah sewanya selepas selesai mengerjakan solat Subuh, kira-kira jam 5 pagi.Difahamkan, pelajar berperwatakan lembut itu mengadu mengalami kesakitan di perut dan belakang badan menerusi laman sosial, Facebook miliknya, pada sebelah malam sebelum dia ditemui terbaring, pagi semalam.Abang sulung Inani, Izzudin Zainal Abidin, 24, mendakwa beliau sempat bersembang dengan adik menerusi Facebook, pada jam 11 malam, kelmarin malah anak kedua daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang petanda akan meninggal. 

“Kami bertanya khabar mengenai kesihatan masing-masing dan dia memberitahu dalam keadaan baik cuma mengalami kesakitan belakang mungkin kerana penat menyiapkan laporan tugasan selain melahirkan rasa rindu kepada keluarga. 

“Saya dan ibu menerima berita kematiannya pada jam 7 pagi tadi (semalam) apabila dihubungi rakan serumahnya dan ia sememangnya mengejutkan kami berdua sebelum ibu bergegas ke Bandung bagi menguruskan urusan membawa pulang jenazah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini, semalam. 

Izzudin berkata, bapanya bekerja di Papua New Guinea sejak dua tahun lalu sebagai Jurutera Telekomunikasi dalam perjalanan pulang ke tanah air sebaik dimaklumkan berhubung kematian anaknya itu. 
Jenazah dijangka tiba hari ini dan majlis pengebumiannya akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, Ampang di sini. 

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Wisma Putra melalui kedutaannya di republik itu akan mengambil langkah sewajarnya selain meminta semua pihak tidak membuat spekulasi liar berhubung punca kematian pelajar itu. 

No comments:

Post a Comment