GAZA; Tiga warga Palestin termasuk seorang lelaki berusia 91 tahun dan cucunya berumur 20 tahun tahun mati ditembak tentera rejim Israel di Beit Hanoun, semalam.
“Ibrahim Abdullah Abu saeed dan cucunya, Walid Abu Audeh 20 mati akibat bedilan meriam kereta kebal Israel,” kata jurucakap perkhidmatan perubatan tempatan, Adham Abu Salima.
Seorang lagi cucu Ibrahim, Hossan Khaled, cedera, katanya.
Jurucakap tentera rejim Zionis mengesahkan serangan itu.
Dia mendakwa serangan itu disasarkan pada sekumpulan rakyat Palestin yang kononnya bersiap sedia melepaskan tembakan bom roket terhadap wilayah Israel. - AFP
Pages
▼
Tuesday, September 14, 2010
9 Pemberian Allah SWT yang Agong
- Tiada wara’ yang paling tinggi melainkan mereka yang tidak menyakiti sesuatu walaupun binatang.
- Tiada bicara yang terlebih tinggi melainkan mereka yang bersopan di hadapan Allah SWT ( Solat dengan bersopan ).
- Tiada cara jalan terbaik mendapat syafaat melainkan dengan bertaubat.
- Tiada ibadat yang paling sempurna melainkan dengan ilmu.
- Tiada solat solat yang paling sempurna melainkan solat mereka yang benar-benar takut kepada Allah SWT.
- Tidak akan mencapai kemenangan hakiki melainkan setelah melalui dugaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi.
- Tiada kebahagiaan yang sebenar melainkan setelah mendapat Taufiq daripada Allah SWT.
- Tiada pakaian yang paling berharga diberi oleh Allah SWT melainkan akal.
- Tiada sahabat atau taulan yang paling jinak melainkan ilmu.
Kitab Muhimmah . m/s: 186
Wanita Oman yang muncul dikulitnya ayat suci Al-Quran Al-Karim
Wanita Oman yang muncul dikulitnya tulisan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim setelah mengalami deman.
17 Perkara mengundang azab didalam kubur
ذكر الإمام ابن القيم رحمه الله أن أهل القبور يعذبون على جهلهم بالله، وإضاعتهم لأمره، وارتكابهم لمعاصيه، فإن عذاب القبر وعذاب الآخرة أثر غضب الله وسخطه على عبده، فعذاب القبر يكون على معاصي القلب، والعين، والأذن، والفم، واللسان، والبطن، والفرج، واليد،، والرجل، والبدن كله، فمن أغضب الله واسخطه في هذه الدار ثم لم يتب، ومات على ذلك، كان له من عذاب البرزخ بقدر غضب الله وسخطه عليه، فمستقل ومستكثر، ومصدق ومكذب…
وقد ورد الوعيد بالعذاب في القبر على كثير من المعاصي والذنوب منها:
1- النميمة والغيبة.
2- عدم الاستبراء من البول.
3- الصلاة بغير طهور.
4- الكذب.
5- تضييع الصلاة والتثاقل عنها.
6- ترك الزكاة.
7- الزنى.
8-الغلول من المغنم (السرقة).
9- الخيانة.
10- السعي في الفتنة بين المسلمين.
11- أكل الربا. (ظاهرة خطيرة ومنتشرة جداً في واقعنا اليومي)
12- ترك نصرة المظلوم.
13- شرب الخمر.
14- إسبال الثياب تكبراً.
15- القتل.
16- سب الصحابة.
17- الموت على غير السنة (البدعة).
Disebutkan oleh Imam Ibn al-Qayyim Allah bahawa orang-orang dari kubur sedang disiksa kerana kejahilan mereka tentang Allah dan tidak melaksanakan perintah Allah SWT serta melakukan dosa, Sesungguhnya azab kubur adalah sebahgian daripada azab di negeri akhirat, kesan dari murka Allah SWT dan dosa hambanya, Azab Allah SWT berlaku mungkin disebabkan dosa hati, mata, telinga, mulut, lidah, perut, kemaluan , tangan dan seluruh tubuh, Allah SWT murka keranan mati tanpa bertaubat. Maka azab kubur bergantung kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT terhadap seseorang hambanya. Terdapat juga dosa yang akan ditambah azabnya atau dosa yang akan dikurangkan azabnya . Mereka yang berkata benar atau yang berbohong semuanya mendapat balasan daripada Allah SWT.
Amaran Allah SWT terhadap dosa-dosa tersebut terlalu banyak diantaranya ialah :
Amaran Allah SWT terhadap dosa-dosa tersebut terlalu banyak diantaranya ialah :
1 – Mengumpat dan memfitnah.
2 – Tidak beristbra’ semasa membuang air kecil.
3 – Solat tanpa membersihkan diri dengan sempurna.
4 – berbohong.
5 – Meninggal solat dan meremeh-remehkannya.
6 – Tidak membayar zakat.
7 – Berzina.
8 – Mencuri (pencurian).
9 -Khianat.
10 – mencari perselisihan di kalangan umat Islam atau menabur fitnah.
11 – Makan harta RIBA/ INTERES . ( fenomena berbahaya ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita)
12 – Tidak membela mereka yang tertindas.
13 – Minum arak.
14 – Melabuhkan pakaian melebihi paras buku lali.
15 – Membunuh.
16 – Menghina atau mencaci para sahabat.
17 – Mati semasa melakukan perkara bid’ah.
Israel lulus 13,000 rumah baru penduduk Yahudi
2010/09/14
PENDUDUK Badwi cuba membina semula rumah mereka selepas dirobohkan pihak berkuasa Israel di kawasan El Araqib, selatan Israel.
BAITULMAQDIS: Israel meluluskan 13,000 lagi penempatan baru penduduk Yahudi di Tebing Barat dan pembinaannya akan dimulakan selepas tempoh penangguhan sementara berakhir bulan ini, kata sebuah kumpulan pemerhati.Kenyataan itu dikeluarkan selepas satu laporan menyatakan Israel merancang memulakan kembali projek pembinaan di Tebing Barat selepas penangguhan berakhir 26 September ini, tindakan yang disifatkan Palestin akan menjejaskan rundingan damai baru tajaan Amerika.Kumpulan Peace Now yang menentang pembinaan penempatan baru berkata, kawasan terbabit sudah dibahagikan kepada 2,066 unit manakala 11,000 lagi sudah mendapat kelulusan kerajaan.
“Ini bermakna jika kerajaan meluluskan projek pembinaan baru dan tidak menyambung arahan penangguhan, penduduk Yahudi masih boleh membina 13,000 unit rumah,” kata kumpulan itu.
Jurucakap kumpulan itu berkata, sebanyak 25,000 unit rumah lagi sedang menunggu kebenaran kerajaan.
Seorang pegawai kerajaan Israel yang tidak mendedahkan namanya mengesahkan bahawa pembinaan kira-kira 2,000 rumah boleh dimulakan tanpa memerlukan kebenaran lanjut.
Presiden Amerika, Barack Obama minggu lalu berkata, beliau sudah menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu agar melanjutkan tempoh penangguhan itu.
Sementara itu, Netanyahu kelmarin mengulangi tuntutannya kepada Palestin supaya mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, dalam kenyataan sebelum pusingan kedua rundingan damai.
Tuntutan itu, yang berulang kali ditolak Palestin, mungkin merumitkan lagi rundingan yang baru dilancarkan semula yang masuk pusingan kedua di Mesir hari ini dengan penyertaan Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton.
“Sama seperti kami meminta mengiktiraf negara Palestin, kami juga menuntut dan menjangka Palestin akan mengiktiraf sebuah negara Yahudi.
“Ini adalah asas perdamaian sebenar,” kata Netanyahu ketika bermulanya mesyuarat mingguan kabinet.
Kedua-dua pihak melancarkan semula rundingan langsung 2 September lalu selepas berbulan tekanan Amerika, namun masih terbahagi secara mendalam berhubung isu penting konflik serta tamatnya moratorium penempatan Israel hujung bulan ini. – AFP
Perancis undi larang wanita tutup muka
2010/09/14
PARIS: Parlimen Perancis hari ini mengundi kali terakhir berhubung rang undang-undang yang melarang wanita menutup muka di khalayak ramai. Undian Senat menyusuli undian yang dibuat dalam parlimen bagi meluluskan undang-undang terbabit yang mengharamkan penutupan muka Julai lalu dengan 335 undian menentang satu.Beberapa negara Eropah lain mengikuti jejak langkah melakukan larangan sama. Namun pihak yang menentang larangan itu bimbang ia akan ditolak hakim Majlis Perlembagaan, badan perundangan tertinggi di Perancis.
Walaupun Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy memperoleh sokongan politik mencukupi bagi melarang pemakaian niqab dan burqa, namun pihak yang menentangnya berpendapat ia melanggar hak asasi manusia di negara berkenaan dan Eropah.
Rang undang-undang itu mendefinisikan ungkapan ‘khalayak ramai’ dengan maksud meluas dan tidak hanya terhad di bangunan kerajaan dan pengangkutan awam, tetapi meliputi semua jalan raya, pasar, laluan, premis persendirian serta kawasan hiburan. – AFP
Pemisah Islam sedia runding
2010/09/14
MANILA: Pemisah Islam di selatan Filipina semalam berkata, mereka sudah bersedia untuk kembali mengadakan rundingan dengan kerajaan. Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dalam satu kenyataannya berkata, mereka sudah mewujudkan semula pasukan perunding dan kini menunggu maklumbalas dari Malaysia mengenai tarikh rundingan di Kuala Lumpur.“Perkembangan ini bermakna kami sudah bersedia untuk mengadakan semula rundingan.“Kami sudah mengemukakan senarai nama jawatankuasa damai kepada Kuala Lumpur dan kami berharap kerajaan jujur dalam rundingan,” kata ketua perunding, Mohagher Iqbal.
MILF yang mempunyai 12,000 anggota sudah mengadakan pemberontakan sejak lebih tiga dekad untuk mewujudkan sebuah negara Islam berasingan di kepulauan Mindanao, di selatan negara itu.
Lebih 150,000 orang terbunuh di wilayah itu yang turut menjejaskan perkembangan ekonomi Mindanao yang kaya sumber asli.
Presiden Benigno Aquino sebelum ini berkata, rundingan dengan MILF akan diadakan selepas Ramadan, tetapi tidak menyatakan tarikh sebenar. – AFP
Penduduk Islam India berang, bakar sekolah mubaligh
2010/09/14
SRINAGAR: Sekumpulan penduduk Islam yang berang membantah tindakan membakar al-Quran di Washington, bertindak membakar sebuah sekolah mubaligh di Kashmir India semalam. Beratus penduduk Islam yang marah melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat dan pro-Islam sambil berarak menerusi jalan raya di perkampungan Tangmarg, 40 kilometer barat bandar utama di sini, sebelum menyerang Sekolah Tyndale Biscoe.Tiada siapa cedera dalam kes membakar sekolah yang sudah ditutup berikutan rusuhan itu.Sekolah itu adalah satu cabang sekolah tertua dikendalikan mubaligh di Kashmir India. Sekolah utama berada di sini, yang menghasilkan beberapa pemimpin birokrat India, doktor, peguam dan jurutera.
Polis melepaskan gas pemedih mata dan menghayun cota bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berang, mencederakan sekurang-kurangnya empat orang, kata pegawai polis tempatan di Tangmarg.
Beratus penduduk Islam mengabaikan perintah darurat di seluruh rantau semalaman dan mengadakan bantahan sambil melaungkan slogan ‘Maut kepada AS!’ dan ‘Maut kepada pencabul Quran!’ di sini dan kawasan kejiranan, kata penduduk.
Bantahan itu meletus selepas Press TV berpusat di Iran menunjukkan sekumpulan kecil penunjuk perasaan mengoyakkan helaian al-Quran di luar Rumah Putih Sabtu lalu, sempena ulang tahun serangan 11 September di Amerika.
Bantahan sepanjang malam turut diadakan di daerah berjiran di Budgam dan Baramulla, dengan penduduk menyekat jalan raya dan membaca kitab suci umat Islam, kata polis dan saksi.
“Ini adalah tindakan yang amat dikeji. Penjenayah perlu dihukum kerana menghina sentimen umat Islam.
“Kami tak akan membiarkannya dipijak. Kami akan teruskan bantahan,” kata ulama dan pemimpin pemisah Syiah, Aga Syed Hassan dari bandar Budgam.
Amerika menyambut ulang tahun kesembilan serangan 11 September di tengah ketegangan memuncak agama selepas ancaman paderi radikal Florida untuk membakar al-Quran.
Paderi itu kemudian mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembakaran itu. – AFP
22 tahun Abdullah menanti isteri
2010/09/14
ABDULLAH menanti di pondok usangnya di Kampung Baru Penyabung Endau.
Setiap kali menjelang Syawal, Abdullah Mohd Ali, 86, dari Kampung Baru, Penyabong dekat Endau, di sini pasti akan bersedih mengingati Khadijah Puteh yang menghilangkan diri ketika berusia 51 tahun.Ketika kejadian, Abdullah berkata, Khadijah bersendirian bersama anak di rumah dan ketika pulang dari bekerja, dia mendapati isterinya sudah tiada serta meninggalkan tiga anak di rumah .Katanya, sebelum kejadian Khadijah pernah beberapa kali hilang dari rumah mereka, namun pulang semula selepas beberapa hari menghilangkan diri.
Beliau berkata, ketika ditanya ke mana isterinya menghilangkan diri, dia tidak dapat menceritakannya kerana mulut isterinya, seolah-olah terkunci dan tiada sebarang perubahan pada dirinya.
"Kejadian misteri berkenaan berlaku beberapa kali sehinggalah peristiwa terakhir berlaku pada 22 tahun lalu yang melenyapkan terus dia daripada keluarga.
“Isteri saya bukan jenis orang yang suka merayau dan keluar rumah tanpa memberitahu suami, namun kejadian berkenaan menjadi misteri kerana dia hilang semasa berada di rumah.
“Ketika itu saya bekerja sebagai nelayan, apabila pulang ke rumah saya dapati isteri sudah tiada,” katanya yang kini tinggal bersendirian di pondok usang hampir roboh di kampung berkenaan.
Abdullah berkata, dia sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan isterinya selain berusaha mengesan Khadijah secara tradisional, namun semuanya tidak berhasil.
“Lebih sukar lagi apabila semua gambar Khadijah tiada dalam simpanan saya untuk ditunjukkan kepada pihak media,” katanya.
Beliau berkata, ramai pengamal perubatan tradisional ketika itu mengatakan isterinya masih hidup dan disembunyikan makhlus halus di Bukit Tioman, Tanjung Resang.
Walau apapun dikatakan pihak tertentu, Abdullah tetap berusaha mengesan dan mencari isterinya itu dan sehingga sekarang dia masih mengharapkan kepulangan isteri tercinta terutama di bulan Syawal ini.
“Setiap kali menjelang Aidilfitri, ingatan saya pasti tertumpu kepada Khadijah kerana saya masih teringatkan kenangan menyambut hari raya bersamanya,” katanya.
Beliau yang menerima elaun sara diri sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) begitu berharap dapat bertemu dengan isterinya sebelum menghembuskan nafas terakhir dan sekiranya isterinya sudah meninggal dunia, dia tetap berharap boleh menziarahi kubur berkenaan bersama anak-anaknya.
Manusia terbang di Trafalgar Square
LONDON – Pejalan-pejalan kaki terkejut apabila mereka melihat manusia terbang dengan menggunakan enjin jet kecil di Trafalgar Square, lapor sebuah akhbar semalam.
Manusia terbang itu memakai kostum seperti watak dalam satu permainan komputer dan dia terbang di kawasan sekitar Trafalgar Square.
Aksi itu sebenarnya dilakukan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan permainan video Halo.
Manusia terbang itu merupakan seorang lelaki dan dia terbang dengan menggunakan enjin jet kecil yang terletak di belakangnya. – Agensi
Trak terbalik di padang golf
DEVON – Sebuah trak terbalik di kawasan lubang keenam sebuah padang golf di sini ekoran pemandunya memandu dalam keadaan mabuk, lapor sebuah akhbar semalam.
Pekerja-pekerja di Kelab Golf Diraja Devon Utara di Britain itu yang datang bekerja pada waktu pagi terkejut apabila melihat trak terbalik itu.
Menurut beberapa pegawai polis, pemandu trak berumur 28 tahun itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah majistret atas dakwaan memandu dalam keadaan mabuk.
Pengerusi kelab golf itu, Doug Bushby berkata, tiga pekerja kelab golf berkenaan mendapati dua orang terbaring di dalam trak tersebut lalu mereka segera menghubungi polis.
“Seorang anggota paramedik turut dipanggil tetapi kedua-dua orang yang terbaring itu didapati hanya tertidur,” katanya. – Agensi
Syeikh Arab beli flat mewah RM953.40j.
MONTE CARLO – Sebuah flat mewah tiga bilik di Monaco dibeli pada harga 240 juta euro (RM953.40 juta) oleh seorang syeikh Arab yang kaya dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.
Flat mewah itu pernah mempunyai sejarah hitam apabila satu kejadian pembunuhan berlaku di bilik tetamu utama pada 1999.
Pada tahun itu, seorang ahli perbankan, Edmond Safra mati dalam satu kebakaran misteri di dalam flat tersebut yang menjadi tempat tinggal dia bersama isterinya, Lily Safra.
Lily kemudian menjual flat itu kepada dua beradik yang merupakan pemaju hartanah dari Britain, Christian dan Nick Candy pada awal 2000-an selepas suaminya mati.
Flat itu dibeli oleh dua beradik itu pada harga kurang 12.04 juta euro (RM47.82 juta) dan mereka dianggarkan mendapat keuntungan sekurang-kurangnya 228.80 juta euro (RM908.86 juta) selepas menjualnya kepada seorang syeikh Arab yang identitinya tidak didedahkan.
Kedua beradik itu turut membelanjakan kira-kira 31.31 juta euro (RM124.36 juta) untuk mencantikkan flat tersebut.
Antara kemudahan di dalam flat itu ialah terdapat arked permainan video, jakuzi, spa dan sebuah bilik media termasuk kerusi yang bolah bertukar menjadi katil.
Flat itu turut dilengkapi teknik sentuhan seperti dalam filem James Bond apabila skrin pawagam akan muncul dari dinding apabila satu butang ditekan. – Agensi
Zeti dinamakan ketua bank pusat terbaik dunia
KUALA LUMPUR - Majalah yang beribu pejabat di New York, Global Finance, menamakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (gambar) sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia sepanjang setahun lalu di kalangan lima ketua bank pusat yang lain di lima negara.
Zeti dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberikan gred 'A' dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk Central Banker Report Card bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.
Keupayaan bersalam boleh tentukan usia
LONDON 13 Sept. - Bersalaman erat boleh dijadikan ukuran sama ada seseorang itu akan hidup lebih lama atau tidak, menurut penyelidikan Britain.
Saintis Majlis Penyelidikan Perubatan mendapati, golongan tua yang masih mampu berjabat tangan dengan erat dan berjalan dengan pantas akan hidup lebih lama daripada teman-teman sebaya mereka yang melakukan sebaliknya.
Mereka mendapati penilaian ringkas ke atas keupayaan fizikal seperti berjabat tangan, berjalan, berdiri di kerusi dan mengimbangkan badan dengan satu kaki mempunyai kaitan dengan usia seseorang.
Penyelidikan itu adalah yang pertama menyediakan pandangan menyeluruh ke atas penyelidikan sedia ada dengan mengumpulkan data daripada 33 kajian.
"Kaedah ini telah digunakan dalam penyelidikan jumlah penduduk sejak dahulu lagi. Ia mungkin berguna sebagai petunjuk kesihatan," kata Rachel Cooper daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Jabatan Kesihatan Sepanjang Hayat dan Orang Tua.
Menurut Cooper, kajian lebih terperinci diperlukan untuk mengesahkan sama ada ia boleh digunakan oleh doktor sebagai alat menilai pesakit atau tidak.
Penyelidikan ini telah meneliti 33 kajian yang melibatkan berpuluh-puluh ribu orang, kebanyakannya berusia 60 dan ke atas yang tinggal bersama masyarakat luar berbanding yang tinggal di hospital atau rumah kebajikan. - Reuters
13,000 rumah Yahudi akan dibina
BAITULMAQDIS 13 Sept. - Pembinaan lebih 13,000 penempatan haram baru Yahudi di Tebing Barat telah diluluskan dan akan dilaksanakan apabila tempoh pembekuan tamat bulan ini, menurut kumpulan pemerhati, hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas beberapa laporan menyatakan bahawa rejim Zionis Israel merancang menyambung semula pembinaan beberapa penempatan haram Yahudi selepas kerajaan Israel membeku selama 10 bulan ke atas sebahagian aktiviti pembinaan perumahan di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang akan berakhir pada 26 September ini.
Kumpulan anti-penempatan haram, Peace Now berkata, kerja-kerja pecah tanah sudah pun dimulakan untuk pembinaan 2,066 unit rumah dan sebanyak 11,000 lagi telah mendapat kelulusan kerajaan.
"Ini bermakna, jika Israel memutuskan berpegang kepada 'pembukuan tanpa bertulis' sementara dan komited untuk tidak meluluskan pembinaan baru, tetapi tanpa memperbaharui arahan pembekuan itu, penempatan haram sebanyak 13,000 masih boleh dibina," kata Peace Now.
Tambahnya, 25,000 unit lagi sedang menunggu kelulusan akhir daripada kerajaan Israel.
Seorang pegawai Israel yang enggan dikenali mengesahkan bahawa kira-kira 2,000 unit kediaman mungkin dibina tanpa sebarang kelulusan.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama pada minggu lalu menggesa Perdana Menteri Benjamin Natanyahu melanjutkan pembekuan pembinaan penempatan haram itu. - AFP