Pages

Tuesday, September 14, 2010

Keupayaan bersalam boleh tentukan usia


LONDON 13 Sept. - Bersalaman erat boleh dijadikan ukuran sama ada seseorang itu akan hidup lebih lama atau tidak, menurut penyelidikan Britain.
Saintis Majlis Penyelidikan Perubatan mendapati, golongan tua yang masih mampu berjabat tangan dengan erat dan berjalan dengan pantas akan hidup lebih lama daripada teman-teman sebaya mereka yang melakukan sebaliknya.
Mereka mendapati penilaian ringkas ke atas keupayaan fizikal seperti berjabat tangan, berjalan, berdiri di kerusi dan mengimbangkan badan dengan satu kaki mempunyai kaitan dengan usia seseorang.
Penyelidikan itu adalah yang pertama menyediakan pandangan menyeluruh ke atas penyelidikan sedia ada dengan mengumpulkan data daripada 33 kajian.
"Kaedah ini telah digunakan dalam penyelidikan jumlah penduduk sejak dahulu lagi. Ia mungkin berguna sebagai petunjuk kesihatan," kata Rachel Cooper daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Jabatan Kesihatan Sepanjang Hayat dan Orang Tua.
Menurut Cooper, kajian lebih terperinci diperlukan untuk mengesahkan sama ada ia boleh digunakan oleh doktor sebagai alat menilai pesakit atau tidak.
Penyelidikan ini telah meneliti 33 kajian yang melibatkan berpuluh-puluh ribu orang, kebanyakannya berusia 60 dan ke atas yang tinggal bersama masyarakat luar berbanding yang tinggal di hospital atau rumah kebajikan. - Reuters

No comments:

Post a Comment