Pages

Tuesday, August 31, 2010

Serangan bom di stesen TV Bangkok





2010/08/31

BANGKOK: Sebutir bom meletup di stesen televisyen milik kerajaan, National Broadcasting Television (NBT), di sini hari ini, serangan ketiga di bandar raya ini dalam tempoh sebulan. 

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Ongart Klampaiboon, berkata polis sedang menyiasat jenis bom yang digunakan dalam serangan pada 1.20 tengah hari waktu tempatan (2.20 petang waktu Malaysia).
Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan di tempat letak kenderaan stesen berkenaan, bagaimanapun lima buah kereta musnah.
Pemangku jurucakap kerajaan, Dr Panitan Wattanayagorn, berkata insiden itu berlaku disebabkan terdapat beberapa kumpulan yang tidak mahu demokrasi dipulihkan di negara ini. 

Bangkok dan enam wilayah lain diletakkan dalam keadaan darurat sejak awal April ekoran beberapa siri tunjuk perasaan anti kerajaan dan pergolakan yang mengakibatkan 91 orang terbunuh manakala 1,800 lagi cedera. 

Jumaat lalu, seorang pengawal keselamatan cedera parah selepas sebutir bom tangan meledak di Kompleks Bebas Cukai King Power di sini, manakala sebutir lagi meletup bertentangan kompleks itu berhampiran Victory Monument pada 30 Julai, mengakibatkan seorang pencari barang yang dibuang cedera parah. - BERNAMA

Iran gelar Carla Bruni pelacur





2010/08/31




Carla Bruni-Sarkozy
Carla Bruni - Sarkozy





TEHERAN: Sebuah akhbar Iran menggelar Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy, sebagai 'pelacur' selepas isteri Presiden Nicolas Sarkozy itu mengkritik keputusan negara Teluk berkenaan merejam hingga mati seorang wanita menggunakan batu.

Bruni menjadi sasaran selepas beliau menandatangani satu petisyen mendesak pembebasan Sakineh Mohammadi Ashtiani, yang dituduh menipu suami dan bersubahat dalam rancangan membunuhnya, lapor The Telegraph.
Akhbar Kayhan yang pro-kerajaan, memberi gelaran pelacur kepada Bruni dan Isabelle Adjani, aktres Perancis yang berkempen untuk pembebasan Sakineh, dalam satu ulasan lidah pengarangnya.
Televisyen negara Iran pula menuduh bekas supermodel itu mengambil langkah tidak bermoral.

Merujuk kepada Sakineh, Bruni menulis: “Mengapa bunuh warga sendiri dan menghalang anaknya datang melihat ibu mereka. Saya tidak dapat menerimanya.”
Di PARIS, seramai 300 orang daripada beberapa pertubuhan hak asasi manusia melakukan bantahan hukuman Sakineh.

Mereka menggesa kerajaan Iran menarik balik hukuman mati ke atas wanita itu yang didapati bersalah melakukan perzinaan.
Mereka membawa sepanduk berbunyi ‘mari selamatkan Sakineh’. Iran menarik balik hukuman rejam dengan batu bulan lalu tetapi Sakineh boleh dihukum gantung. – Agensi

Imej terbaru kapal Titanic dirakam




IMEJ terbaru menunjukkan bahagian belakang kapal Titanic.


ST. JOHN'S, Kanada - Ribuan imej terbaru bangkai kapal pesiaran mewah terkenal Titanic yang karam di Lautan Atlantik dekat sini 98 tahun lalu telah dirakamkan dengan menggunakan robot di dasar Lautan Atlantik.
Satu kumpulan saintis dalam satu kenyataan kelmarin berkata, robot itu merakamkan imej bangkai kapal tersebut kira-kira empat kilometer dari permukaan laut.
Ekspedisi yang bermula awal bulan itu menunjukkan belakang kapal itu termasuk tali sauh selepas ia tenggelam akibat berlanggar dengan bongkah air batu gergasi pada 1912 sehingga mengorbankan lebih 1,500 orang.
Pasukan itu turut merakamkan ribuan artifak dalam bangkai kapal berkenaan. - AP

Masuk Islam selepas hadir majlis Gaddafi




GAMBAR menunjukkan seorang wanita yang didakwa telah memeluk Islam semasa menghadiri majlis anjuran Muammar Gaddafi di Rom kelmarin.


ROM - Tiga wanita muda Itali memeluk Islam semasa menghadiri satu majlis anjuran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (gambar kecil) yang diadakan di kediaman rasmi duta negaranya di sini kelmarin.
Pada majlis itu, sekumpulan wanita muda mendengar penerangan mengenai Islam yang disampaikan oleh pemimpin itu dan mereka kemudian diberi senaskhah al-Quran.
Ratusan wanita menyertai majlis itu walaupun terdapat dakwaan mereka dibayar untuk menghadirinya.
"Ia merupakan satu pertemuan yang sungguh indah dan berjalan lancar. Beliau (Gaddafi) seorang yang mudah berbincang dan memberi kami senaskhah al-Quran sebelum mereka bertiga memeluk Islam," kata seorang tetamu yang hanya mahu dikenali sebagai Michela.
Antara 200 hingga 500 wanita muda menghadiri majlis itu dan mereka tiba dengan 10 buah bas sebelum pesawat yang membawa Gaddafi mendarat di Lapangan Terbang Ciampino di sini untuk beliau memulakan lawatan selama dua hari di Itali.
Program lawatan itu diadakan bagi memperingati ulang tahun kedua perjanjian persahabatan antara Libya dengan Itali.
Pemerintah Itali sebelum ini bersetuju untuk membayar pampasan AS$5 bilion (RM15.7 bilion) kerana menakluk Libya selama 30 tahun sehingga 1943.
Gaddafi pernah melakukan kunjungan rasmi ke Itali pada November lalu semasa menghadiri sidang kemuncak program makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menganjurkan majlis sama yang dihadiri 200 wanita muda. - AP

Bank CIMB di Makassar diserbu penunjuk perasaan




GAMBAR yang disiarkan akhbar Tempo menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan yang menggelarkan diri mereka sebagai Laskar Merah Putih membuat demonstrasi di hadapan Bank Internasional Indonesia di Makassar semalam.


MAKASSAR - Sekumpulan anggota kumpulan penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Laskar Merah Putih memasuki cawangan bank CIMB Niaga yang sebahagiannya milik syarikat dari Malaysia di bandar Makassar, Sulawesi Selatan semalam dan mengarahkan semua kakitangannya supaya berhenti berkerja, lapor sebuah akhbar semalam
Kumpulan penunjuk perasaan itu tiba dengan menaiki berpuluh-puluh buah motosikal dan sebuah kereta di cawangan bank berkenaan di Jalan Ahmad Yani di sini semalam.
Beberapa anggota polis dan pengawal keselamatan bank berkenaan cuba menghalang penunjuk-penunjuk perasaan itu daripada memasuki premis tersebut tetapi gagal kerana bilangan mereka yang jauh lebih ramai.
Kumpulan Laskar Merah Putih kemudian memaksa kakitangan CIMB niaga supaya berhenti bekerja dan meninggalkan pejabat mereka.
Mereka turut diarahkan supaya mengisytiharkan kecintaan mereka kepada Indonesia.
Pengarah bank berkenaan untuk rantau Indonesia Timur, Rahmat Haris yang mewakili para pekerja, seterusnya menuruti kehendak kumpulan tersebut.
Dia membaca ikrar berkenaan sambil diperhatikan oleh kakitangan bank itu di sebuah tempat letak kereta di sini.
Tiada kecederaan berlaku dalam insiden tersebut tetapi tindakan kumpulan Laskar Merah Putih menjejaskan aktiviti bank itu.
Selepas melakukan tunjuk perasaan di CIMB Niaga, kumpulan penunjuk perasaan itu bergerak ke sebuah cawangan Bank International Indonesia di Jalan Kajaolalido dan mengulangi perbuatan mereka..
Kumpulan penunjuk perasaan itu kemudian meneruskan perhimpunan di depan bangunan Konsulat Malaysia.
Perbuatan biadab kumpulan itu menyusul selepas hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia agak tegang sejak beberapa minggu lalu berikutan laporan berhubung pertikaian sempadan dan demonstrasi oleh media Indonesia.
Sebelum ini Kedutaan Malaysia di Jakarta turut dilontar najis oleh sekumpulan penunjuk perasaan Indonesia. - Agensi

Awan tebal menutupi Jam Mekah sehingga menakutkan para jemaah umrah



http://images.alwatanvoice.com/news/thumbs/2565330826.jpg
Awan tebal menutupi jam Mekah sehingga menakutkan para jemaah umrah dan pengunjung Mekah, keadaan ini menyebabkan pihak bomba membuat pemeriksaan ke atas tingkat atas pada bangunan jam tersebut. Hasil pemeriksaan tersebut pihak bomba arab saudi mengesahkan tiada kebakaran berlaku.
غزة - دنيا الوطن
انتاب زوار ومعتمرو بيت الله الحرام في الساعات الأولى لفجر يوم أمس الاثنين الخوف الهلع بعد أن اختفت معالم ساعة مكة العالمية والتي تتربع على أعلى برج سكني في وقف الملك عبدالعزيز يرحمه الله وسط سحابة عملاقة أحاطت بالساعة لأكثر من ساعتين واعتقد الكثير أن هناك حريقاً في الأدوار العلوية وأن ما شاهدوه هو سحابه ضبابية على اثر حريق في البرج.
وذكرت صحيفة "الرياض" السعودية أن المتحدث الرسمي للدفاع المدني بالعاصمة المقدسة المقدم علي المنتشري أكد على أن رجال الدفاع المدني على أهبة الاستعداد على مدار الساعة لخدمة زوار ومعتمري بيت الله الحرام وقال: إنه لم يكن هناك أي حريق يذكر في البرج أو ساعة مكة، وإنما صادف مرور سحابة ملونة من أمام البرج والساعة نظراً لارتفاعها الكبير ولم يتم تسجيل أي مكروه ولله الحمد ولم يتم رصد أي حريق أو ما شابه ذلك.

Stesyen Keretapi Mekah dan Madinah bernilai 2.1 Bilion



http://images.alwatanvoice.com/news/large/2565905324.jpg
كشف مسؤول رفيع في المؤسسة العامة للخطوط الحديدية أن جميع المشاريع المتعلقة بقطار الحرمين بناء المحطات والمرحلة الثانية من المشروع ستتم ترسيتها مع بداية الربع الأخير من العام الجاري. وأوضح المهندس عبد العزيز الحقيل الرئيس العام للمؤسسة العامة للخطوط الحديدية أمس لـ«الشرق الأوسط» أنه سيتم ترسية مشروع بناء المحطات بنهاية سبتمبر (أيلول) المقبل، بينما ستتم ترسية المرحلة الثانية من المشروع العملاق لربط المدينتين المقدستين مكة المكرمة والمدينة المنورة بمدينة جدة ومدينة الملك عبد الله الاقتصادية مع بداية شهر أكتوبر (تشرين الأول) المقبل. وكشفت مصادر مطلعة لـ«الشرق الأوسط» أن حجم العروض المالية لبناء المحطات الأربع لقطار الحرمين بلغ 8 مليارات ريال (2.13 مليار دولار)، في الوقت الذي بلغ فيه متوسط بناء المحطة الواحدة نحو ملياري ريال (533 مليون دولار)، مشيرة إلى أن العروض لم تكن لبناء المشروع بالكامل وإنما كانت لبناء كل محطة على حدة، وقد رفض الحقيل التعليق على تلك المعلومات.
ولمح الحقيل إلى أن محطة مكة المكرمة ستكون الأصعب بين المحطات من ناحية نزع الملكيات، حيث قال إن حجم العمل في هذه المحطة كبير، مؤكدا على أن المؤسسة شكلت فريقا مختصا بالتواصل والبحث عن أصحاب الأملاك التي سيتم نزعها. وبينت المعلومات التي توفرت لـ«الشرق الأوسط» أن إسناد بناء المحطات الأربع قد توكل مهمته إلى الائتلافات الثلاثة التي اجتازت عروضها الفنية مرحلة التقييم الفني، وهي ائتلاف بن لادن، والائتلاف الصيني فريسنيه، وائتلاف سعودي أوجيه، حيث تفاوتت العروض المالية من محطة إلى أخرى.
في حين لمحت ذات المصادر إلى أن أحد الائتلافات المرشحة للفوز بالمشروع تقدم بعرض مالي إضافي في حال الفوز ببناء محطتين من المحطات الأربع بأنه سيبني المحطة الثالثة بأقل من أي عرض مالي آخر.
تجدر الإشارة إلى أن مشروع بناء المحطات الأربع يقع ضمن المرحلة الأولى من مشروع قطار الحرمين الذي ينفذ على مرحلتين، حيث أكد المهندس الحقيل أن كافة المعطيات على أرض الواقع من ناحية سير المشروع وكذلك التوقعات تشير إلى أن إنجاز كامل المشروع سيكون بنهاية عام 2012. وكانت قد تمت ترسية الجزء الأول من المرحلة الأولى من المشروع في فبراير (شباط) من عام 2009 على ائتلاف الراحجي، والمتعلق بالأعمال المدنية على ائتلاف «الراجحي» لتنفيذ الأعمال المدنية للمشروع بقيمة 6.7 مليار ريال (1.8 مليار دولار). جدير بالذكر أن الحكومة السعودية قد اتخذت قرارا، بتوجيه من خادم الحرمين الشريفين الملك عبد الله بن عبد العزيز، في شهر فبراير (شباط) من عام 2008، بتمويل المشروع من الصناديق الحكومية، من أجل الإسراع في تنفيذه. وكانت المؤسسة العامة للخطوط الحديدية وهي الجهة المشرفة على المشروع قد تعاقدت مع شركة «فوستر وشركاؤها» لإعداد التصاميم الهندسية لمحطات الركاب لمشروع قطار الحرمين السريع بقيمة إجمالية تبلغ 142 مليون ريال (37.8 مليون دولار).
ويربط المشروع وهو أول سكة حديد تعمل بالطاقة الكهربائية في السعودية المدينتين المقدستين (مكة المكرمة والمدينة المنورة) مع مدينة جدة، ومدينة الملك عبد الله الاقتصادية في رابغ، حيث تشير الدراسات التي بني على أساسها المشروع، إلى نقل نحو 20 مليون حاج ومعتمر وزائر سنويا، ويمكن لوفود الحجاج والمعتمرين والزوار التنقل بين المدينتين المقدستين في وقت قياسي نسبيا بعد اكتمال عناصر المشروع، حيث يشير القائمون على المشروع إلى أن الزوار يمكنهم التنقل بين مكة المكرمة والمدينة المنورة في وقت لا يتجاوز ساعتين.

7 Golongan yang tidak disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir



Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:http://ms.langitilahi.com/wp-content/uploads/2009/06/kubur_lama.jpg
"Siapakah Tuhanmu?".
Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:
1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.
2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.
3) Syuhada' yakni mereka yang tergolong mati syahid.
4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.
5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.
6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.
7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari Jumaat.
Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada' dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan.

Rahsia Surah ٌAl-Fatihah

http://th01.deviantart.com/fs9/300W/i/2006/040/8/f/islamic_Background_by_el3sl.jpg
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh denganIstiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali makaAllah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supayaEngkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”
Nota : Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.Maaf , saya tidak berkesempatan mengirim artikel buat beberapa hari kerana ada urusan penting.





Imam mogok




2010/08/31

MANAMA: Seorang imam yang mendakwa tidak dibayar gaji mengunci pintu sebuah masjid di Arab Saudi menyebabkan jemaah tidak dapat menunaikan solat di masjid itu, semalam.
Menurut laporan akhbar harian Al Yaum, sebelum ini seorang dermawan menawarkan diri untuk membayar gaji imam warga Sudan terbabit.
Bagaimanapun, kegagalan dermawan berkenaan berbuat demikian mendorong imam terbabit mengunci pintu masjid di daerah Wadi Al Dawaser.

Penduduk di situ merayu imam terbabit membuka pintu masjid bagi membolehkan mereka menunaikan solat Isyak dan Tarawih tetapi rayuan mereka tidak diendahkan. “Kami mahu memperbanyakkan ibadah ketika Ramadan dengan menunaikan solat Tarawih dan membaca al-Quran di masjid tetapi imam terbabit tidak menghiraukan hasrat kami,” kata seorang penduduk.

Kira-kira 60 jemaah menunaikan solat di masjid itu yang dibina hasil sumbangan dana seorang dermawan. “Kami sudah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya melantik imam baru supaya kejadian seperti ini tidak berulang,” kata seorang lagi penduduk. - Agensi

Jemaah lewat tidak diizin solat di saf hadapan Masjidil Haram

Masjidil Haram



2010/08/31

MAKKAH: Pihak berkuasa Masjidil Haram mengambil tindakan tegas dengan memastikan jemaah yang datang lewat tidak bersolat di saf hadapan.
Menurut Setiausaha Rendah Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Muhammad Al-Assaf, sesiapa pun tidak dibenarkan menyimpan tempat di saf hadapan untuk jemaah yang lewat. Saf hadapan hanya diizinkan untuk jemaah yang datang awal ke Masjidil Haram.
Terdapat segelintir jemaah yang meletakkan sejadah bagi menyimpan tempat di saf hadapan untuk rakan mereka yang lewat. Pengurusan Masjidil Haram sudah mengambil tindakan untuk menghentikan amalan itu.

Pihak pengurusan Masjidil Haram melantik 30 pegawai untuk merampas sejadah yang digunakan bagi menyimpan tempat bagi jemaah yang lewat. Pegawai bertugas akan memantau tiada jemaah yang menyimpan tempat untuk rakan mereka. Jemaah yang berdegil akan diserahkan kepada pihak polis. -Agensi

3 lagi terbunuh dalam keganasan di selatan Thai




2010/08/31
YALA: Tiga orang lagi mati dan lima cedera dalam keganasan di selatan Thai sepanjang 24 jam lalu.
Sebutir bom yang tersembunyi di bawah sebuah trak kecil milik seorang sukarelawan keselamatan meletup di Narathiwat, menyebabkan tiga cedera.
Ia berlaku tidak lama selepas seorang kanak-kanak berusia dua tahun ditembak mati ketika membonceng motosikal bersama bapanya.

Di Pattani, sepasang suami isteri beragama Buddha ditembak mati ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah pasar.

Di Yala, sebutir bom menyebabkan seorang penjual buah yang hamil cedera. - AP

Gunung Sinabung terus hamburkan abu





GUNUNG Sinabung memuntahkan asap dan debu ke udara di Karo dekat Medan, Sumatera, Indonesia, semalam. - AP



KABANJAHE 30 Ogos - Gunung berapi Sinabung di Indonesia terus menghamburkan asap dan abu jauh ke udara hari ini, menyebabkan penerbangan tergendala dan beribu-ribu lagi penduduk melarikan diri ke pusat perlindungan sementara.
Syarikat penerbangan diberi amaran supaya mengelakkan Gunung Sinabung di Sumatera Utara apabila ia meletus pada hari kedua selepas kembali aktif buat kali pertama dalam tempoh empat abad, semalam.
"Ia meletus lagi pada 6.30 pagi ini (7.30 pagi waktu Malaysia) dan letusan berlaku selama kira-kira 15 minit.
"Asap dan abu menjulang sekurang-kurangnya 2,000 meter," kata pakar gunung berapi kerajaan, Agus Budianto.
Letusan itu lebih besar daripada letusan semalam apabila Sinabung kembali aktif buat kali pertama sejak 1600, menjadi gunung terbaru dalam senarai 69 gunung berapi aktif di Indonesia.
Pesawat diarah menjauhi kawasan gunung berapi dan pelawat ke Sumatera Utara diberi amaran mengenai kemungkinan penerbangan mereka tergendala, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan.
"Lalu lintas udara keluar masuk ke wilayah itu boleh terjejas, semuanya bergantung kepada arah angin," katanya.
Beberapa penerbangan domestik termasuk ke ibu kota wilayah, Medan terpaksa dibatalkan disebabkan asap tebal.
Jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat perlindungan sementara meningkat kepada 21,000 orang, kata pegawai pengurusan bencana, Andes Mbaga.
Sebanyak 16 pusat perlindungan didirikan untuk menempatkan penduduk yang meninggalkan kampung mereka apabila abu dan batu mula dihamburkan ke kawasan sekitar awal semalam. - AFP

Dunia Islam derma RM3.2 bilion



WANITA Pakistan ini dengan wajah suram memegang anaknya yang tidak sedar setelah mengalami penyakit bawaan air di hospital Nowshera, Pakistan yang teruk dilanda banjir. - AP


ISLAMABAD 30 Ogos – Negara, pertubuhan dan individu Islam di seluruh dunia menjanjikan bantuan kewangan dan bekalan kemanusiaan berjumlah hampir AS$1 bilion (RM3.2 bilion) untuk membantu Pakistan menangani banjir terburuk dalam sejarah negara ini.
Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu semalam berkata, jaminan bantuan itu diterima daripada negara-negara Islam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, institusi OIC, dan teleton yang diadakan di Arab Saudi, Turki, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.
“Mereka menunjukkan mereka adalah antara penyumbang terbesar bantuan sama ada dalam bentuk bekalan keperluan mahupun wang tunai,” kata Ihsanoglu mengenai pelbagai penderma itu.
Beliau berkata demikian semasa sidang media bersama dengan Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi di sini.
Ihsanoglu tidak memberi pecahan bantuan yang dijanjikan atau menyatakan jumlah wang yang akan disalurkan menerusi kerajaan Pakistan berbanding menerusi pertubuhan bebas.
Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani mengkritik sumbangan yang disalurkan kepada NGO asing dan bukan kepada kerajaan Pakistan, dengan berkata, kebanyakan wang berkenaan akan dibazirkan.
“Sebanyak 80 peratus bantuan tidak akan disalurkan terus kepada rakyat Pakistan, sebaliknya ia akan disalurkan menerusi NGO dan mereka akan mengambil separuh daripadanya,” kata Gilani.
Pengumuman OIC mengenai bantuan itu dibuat ketika banjir menenggelamkan sebuah bandar besar di Pakistan dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk membina benteng baru dengan tanah liat dan batu untuk mencegah sebuah lagi bandar besar daripada mengalami nasib yang sama.
Negara-negara asing telah menjanjikan bantuan berjuta-juta dolar AS untuk membantu Pakistan menghadapi banjir tersebut yang bermula sebulan yang lalu berikutan hujan monsun yang sangat lebat.
Namun sesetengah pegawai mengkritik dunia Islam kerana memberi sumbangan yang disifatkan tidak memadai.
Pengumuman Ihsanoglu itu dipercayai bertujuan untuk menangkis kritikan tersebut. – AP

Revolusi padi Afrika




PADI Afrika adalah campuran benih tempatan dan Asia untuk menjadikannya baka yang berkualiti.

SEORANG petani, Ali Kassim, 32, mencabut satu persatu rumpai yang tumbuh meliar di dalam bendang padinya. Tanamannya itu sebenarnya jarang ditemui di Afrika.
Berabad-abad lalu, padi Afrika telah pupus akibat dipinggirkan gara-gara kemasukan benih yang lebih berkualiti dari Asia.
Para penyelidik berharap petani seperti Ali akan bertambah ramai. Ali ialah antara 100 orang petani di Atakpamey iaitu wilayah tengah Togo yang mengambil bahagian dalam program percubaan Pusat Padi Afrika (AfricaRice).
Di negara kecil Afrika Barat itu, pakar berharap dapat mengubah cara hidup petani di seluruh benua dengan memperkenalkan semula beras Afrika atau Oryza glaberrima dalam usaha mengawal krisis makanan.
Mula ditanam kira-kira 3,500 tahun lalu dan hampir mengalami kepupusan, padi Afrika dilupakan kebanyakan petani setelah diperkenalkan dengan variari Asia, Oryza sativa. Ia mempunyai daya ketahanan penyakit yang lebih baik dan telah diimport sejak 450 tahun.
Bagaimanapun, padi tempatan lebih berkhasiat dan para penyelidik pada masa kini sedang mengerjakan cara-cara memproses baka bagi mendapatkan benih padi yang lebih sihat dan dapat ditingkatkan hasil tuaiannya.
“Objektif utama ialah supaya Afrika mendapat keyakinan untuk menghadapi isu sumber makanan. Kami memberi keutamaan untuk pembaikan baka padi ini agar beras Afrika lebih kompetitif di kalangan pasaran beras Asia,” jelas Ketua Penyelidik Program, Moussa Sie.
Dengan hasil pengeluaran yang seringkali tidak dapat memenuhi permintaan yang meningkat, Afrika mengimport sebanyak 40 peratus beras yang diperlukannya yang bernilai AS$3.6 bilion pada tahun 2008. Jumlah tersebut dinyatakan berdasarkan laporan AfricaRice.
Kebergantungan Afrika menimbulkan risiko terutamanya ketika berlakunya krisis makanan global pada tahun 2008, iaitu apabila harga komoditi asas melonjak lalu menyebabkan kekurangan bekalan dan gangguan ketenteraman sosial di seluruh dunia.

SUMBER beras dunia sedang mengalami kemerosotan dalam diam.

“Bahan-bahan asas itu akan mengalami nasib yang sama seperti tahun 2008. Bekalan beras dunia semakin menyusut manakala El Nino pula mengancam pengeluaran beras di Thailand serta Filipina.
“Walaupun terdapat peningkatan dalam pengeluaran bijirin tempatan pada tahun 2008 dan 2009, Afrika terus bergantung tinggi pada bantuan makanan dunia untuk pasaran beras, jagung dan makan ruji,” beritahu Ketua Pengarah AfricaRice, Papa Abdoulaye Seck.
Bagaimanapun, menurut AfricaRice, bijirin kini menjadi sumber utama makanan di Afrika Barat. Pengambilannya dalam diet harian rakyat Afrika telah mengalami kenaikan tahunan sebanyak 4.5 peratus sejak 1961 hingga 2006.
Baka campuran
Sementara itu, Moussa Sie memberitahu bahawa padi yang sedang diuji mereka adalah campuran kedua-dua baka dengan majoriti gen padi Afrika.
“Antara aduan utama yang sering diterima berhubung padi Afrika ialah kedudukannya yang akan tertunduk ke tanah sepenuhnya apabila padi sudah masak.
“Padi juga akan luruh sendiri ketika matang. Tujuan ujian itu adalah untuk mencuba setiap kaedah penanaman bagi menilai kelebihan dan kekurangan kami dalam bidang ini,” terang Ahli Genetik AfricaRice, Marie Noelle Ndjiondjop.
Moussa Sie pula menambah, hanya dengan mengembangkan budaya beras baru, Afrika mungkin akan dapat menangani isu kebuluran di seluruh wilayah tersebut.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, rakyat Nigeria paling teruk dilanda masalah kekurangan bekalan makanan. Jutaan orang menderita akibat kemarau hingga kehilangan hasil tuaian dan ternakan.
Sebab itulah, Pusat Beras Afrika kini giat memberi bayaran dan biji benih kepada petani untuk mengambil bahagian dalam program semaian eksperimental itu.
Bagi Ali Kassim yang sedang gigih mengusahakan padi, hasil pertamanya sudah pun menunjukkan keputusan memuaskan.
“Kami mendapati hasilnya sungguh bagus. Padi yang dituai telah dihantar ke kilang untuk dikupas dan dipecahkan. Inilah yang dikatakan revolusi dalam bidang pertanian,” jelasnya.
kredit : kosmo.com.my

Skandal Parlimen



Suatu hari, Dato Jejai seorang ahli parlimen mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan iaitu Jenet.
Jenet :selamat pagi Dato Jejai
Dato Jejai :Selamat pagi, siapa disana??
Jenet : saya Jenet , yang pernah tidur bersama Dato suatu ketika dahulu
Dato; Jejai : hah???
Jenet :Kalau Dato tidak mahu rahsia kita ini terbongkar, saya mahu Dato membayar saya sebagai duit penutup mulut,
Dato Jejai :ok. baiklah. Saya akan membayarnya
Walaupun dalam keadaan terpaksa, Dato Jejai cuba berfikir, dimanakah dia pernah meniduri wanita itu. Keesokan harinya, Dato Jejai telah membayar sejumlah wang di suatu tempat yang telah ditentukan. Tetapi setelah beberapa hari kemudian Jenet telefan lagi untuk meminta wang, dan Dato Jejai terpaksa tunaikannya kerana takut rahsianya terbongkar. Setelah beberapa minggu kemudian Jenet menelefon lagi dengan menggunakan ancaman yang sama.
Setelah mambayarnya untuk kali ketiga, dengan agak terkasima, Dato Jejai cuba bertanya untuk menjawab segala persoalan dihatinya . ok lah, aku tunaikan permintaanmu tapi aku akan terkeliru. Aku cuma ingin tahu, dimanakah tempat kita pernah tidur bersama itu?
Dengan lembut Jenet menjawab :kita kan pernah tidur bersama dikerusi dalam Dewan Parlimen sewaktu mendengar Perdana Menteri kita menbentangkan Bajet 2010 .
kredit : carigold forum

Ribuan lari gunung berapi meletus




GAMBAR menunjukkan Gunung Sinabung meletus di daerah Tanah Karo, di luar bandar Medan, Sumatera Utara semalam.


JAKARTA - Sebuah gunung berapi di Pulau Sumatera, Indonesia meletus buat pertama kali dalam tempoh 400 tahun semalam. Gunung itu mengeluarkan asap dan debu ke udara sekali gus menyebabkan ribuan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan rumah masing-masing.
Menurut beberapa pegawai, pemerintah Indonesia mengeluarkan satu amaran selepas Gunung Sinabung itu meletus dan menyebabkan kawasan di sekitarnya diselubungi asap hitam.
Setakat ini tidak ada sebarang kecelakaan sama ada melibatkan kematian atau kecederaan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Ia amat berbahaya. Justeru kami meningkatkan amaran ke peringkat paling tertinggi atau amaran merah," kata Ketua Pusat Amaran Gunung Berapi Indonesia, Surono.
"Dari kawah itu, gunung itu menghaburkan asap dan debu 1,500 meter ke udara," tambahnya.
"Pada mulannya, kami menganggap debu dan asap itu berlaku akibat hujan tetapi kini kami tahu tekanan yang menyebabkan ia berlaku adalah daripada magma," jelas Surono.
Dia berkata, Gunung Sinabung yang setinggi 2,460 meter di utara Sumatera itu tidak pernah meletus lebih 400 tahun tetapi ia kini menunjukkan tanda-tanda letusan.
Kira-kira 9,300 orang sudah dipindahkan dari beberapa buah kampung ke bandar-bandar termasuk di Berastagi dan Kabanjahe.
"Debu itu tersebar pada jarak sehingga 30 kilometer dari gunung berapi. Ramai penduduk kampung yang dipindahkan itu adalah petani," jelasnya. - AFP

Bilik hotel dikelilingi ikan




GAMBAR menunjukkan sebuah bilik hotel yang terletak di bawah laut di Pulau Rangali, Maldives.


MALE - Sebuah hotel di Pulau Rangali, Maldives menyediakan sebuah bilik unik di bawah dasar laut dengan pemandangan dikelilingi ikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Bilik itu disediakan khas untuk pasangan yang mahu berbulan madu di pulau tersebut.
Penghuni bilik itu akan dapat melihat ikan pari, belut dan pelbagai jenis ikan lain pada harga £1,156 (RM5,681) untuk menginap selama satu malam.
Tempahan untuk menduduki bilik itu perlu dibuat 14 hari lebih awal daripada tarikh penginapan.
Bilik itu pada asalnya ialah sebuah restoran tetapi ia diubah suai sempena dengan ulang tahun kelima hotel berkenaan. - Agensi