Pages

Sunday, July 18, 2010

Tentera Yahudi Membuka Tudung Wanita Palestin


مش قادر اكتب اى كلام سايب ليكم انتم كل الكلام
Click this bar to view the full image.

Tentera Amerika Memeriksa Perempuan Arab


http://filaty.com/i/808/11520/b5.jpg
Beginilah Nasib Umat Islam dipermainkan dihadapan mata dunia.

Tentera Amerika Membakar Mayat Pejuang Islam



.
هذه الصورة تم تصغيرها تلقائيا . إضغط هنا لعرض الصورة بحجمها الطبيعي. أبعاد الصورة الأصلية 528×390 .
حرق العراقيين
حرق العراقيين

TENTERA AMERIKA MEMBAKAR RAKYAT SOMALIA


إثنان من الأمريكان يقومان بشواء رجل مسلم صومالي

Wajah Kesengsaraan Tentera amerika


http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=4245
http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=4014
http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=3815
Setiap hari 8 orang tentera amerika akan membunuh diri.
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=25097
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=24281
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=23895
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=23518
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=22943
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=22538
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=22443
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=21926
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=20824
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=20286
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=20075
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=20031
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=19640
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=18324
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=26694
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=27281

Pengalaman ngeri pengguna botox

KUALA LUMPUR: Wartawan Metro Ahad berjaya menemubual seorang lelaki lembut yang pernah menjadi pelanggan tetap operasi haram suntikan botox di sebuah hotel tiga bintang di sini.
Dia mengaku mahu kelihatan cantik seperti artis wanita hingga sanggup berbelanja besar tetapi kini bertukar mimpi ngeri.
Pelik tapi benar apabila pondan itu yang mahu dikenali sebagai Azri, 26, berdepan keadaan menyeksakan apabila bukan saja terpaksa menahan sakit tetapi pada masa tertentu dia menyondol-nyondol dan mendengus seperti babi.

“Rupa-rupanya botox yang disuntik ke wajah saya menggunakan ramuan lemak babi. Saya buat pemeriksaan lanjut dan botox itu disahkan mengandungi lemak babi.

“Lebih mengejutkan, rakan bukan Islam yang pernah menggunakan khidmat doktor sama mendakwa, ada kemungkinan botox itu diselitkan sihir tertentu supaya penggunanya memiliki cantik ‘luar biasa’,” katanya ketika ditemui Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Azri, sejak menggunakan botox itu, dia mengakui bukan saja mempunyai perwatakan mirip babi, tetapi suka menjeling dan sering berasa dirinya cantik.

Katanya, bukan saja dia berperwatakan seperti babi, wajahnya kadangkala bengkak dan berasa sakit seolah-olah disiat.

“Saya juga perlu kerap memicit hidung yang disuntik botox supaya tidak kembang yang sebenarnya membuatkan wajah saya lebih hodoh,” katanya yang menganggap kesengsaraan itu sukar digambarkan dengan perkataan.

Katanya, dia mula menyedari ada yang tidak kena dengan penggunaan botox itu selepas menderita penyakit ganjil yang didakwa disihir seseorang, dipercayai kenalan di kalangan pondan, kerana cemburu dan hasad dengki.

“Ketika menderita akibat disihir awal tahun lalu, saya mula menyedari kelakuan berubah setiap kali bertemu pakar agama atau ustaz untuk berubat.

“Beberapa ustaz yang ditemui mendakwa, ketika berubat, tingkah laku saya bertukar seolah-olah seekor babi dan menyondol-nyondol tanpa saya sedari.

Raja paling kaya

LIMA belas raja terkaya di dunia bergelut untuk mengekalkan harta mereka tahun ini.

1. Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand
Harta: RM96 bilion
Umur: 82

RAJA di dunia paling lama bertakhta. Sejak kebelakangan ini Bhumibol berdepan masalah kesihatan dan krisis politik. Bhumibol yang disanjung dan dihormati rakyat dimasukkan ke hospital tahun lalu, dipercayai kerana jangkitan paru-paru.

Dalam pada itu krisis politik membabitkan pembangkang dan kerajaan bertambah ganas sebelum diakhiri dengan tindakan kerajaan menggunakan kekerasan Mei lalu.

Kekacauan itu termasuk pembakaran bangunan bursa saham di Bangkok yang sekali gus menjejaskan pasaran saham, menakutkan pelabur dan pelancong.
Bhumibol yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan mendapat pendidikan di Switzerland bagaimanapun tidak campur tangan dalam krisis itu.

Harta raja diletakkan di bawah pengawasan Biro Hartanah Istana dan kebanyakannya yang membabitkan pelaburan awam serta hartanah tidak terjejas akibat krisis itu.

Bagaimanapun kekacauan, jika berterusan, mungkin mengancam kedudukannya.


2. Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei 
Harta: RM64 bilion
Umur: 63

SULTAN Hassanal Bolkiah menceraikan isteri ketiganya bulan lalu, kekal dengan isteri pertama yang juga bonda kepada bakal pengganti sultan, Putera Al-Muhtadee Bilah Bolkiah.

Beliau dan kerajaannya menangani kemelesetan ekonomi dunia dengan dasar ekonomi konservatif dan mengikat nilai mata wang negara itu pada dolar Singapura.

Bagaimanapun, pengeluaran minyak semakin perlahan dengan simpanannya dijangka hanya bertahan untuk 25 tahun lagi.

Dalam usaha mempelbagaikan ekonominya, sultan itu juga dilapor terus berbelanja mewah. Baru-baru ini beliau dilapor membeli 48 beg tangan dan 24 payung itik di kedai Lederer de Paris, New York. Kes terhadap adiknya, Putera Jefri berhubung penyelewengan wang berjumlah RM51 bilion masih tertunda di mahkamah.


3. Raja Abdullah bin Abul Aziz, Arab Saudi 
Harta: RM58 bilion
Umur: 86

BERJAYA memimpin Arab Saudi menangani kemelesetan ekonomi global menerusi perbelanjaan kerajaan dan peningkatan pengeluaran minyak.

Ekonomi negara itu diunjur akan tumbuh empat peratus tahun ini. Hasilnya, harta raja juga meningkat. Tahun ini Arab Saudi menjadi tuan rumah Persidangan Majlis Kerjasama Teluk ke-12 dan ia turut dihadiri raja dari Qatar, Kuwait dan Dubai.

Terkenal kerana langkahnya mengendurkan undang-undang syariah yang tegas, Raja Abdullah baru-baru ini memecat seorang ulama kerana menyelar kewujudan sebuah universiti yang membenarkan pergaulan di antara lelaki dan wanita.


4. Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) 
Harta: RM48 bilion
Umur: 62

DILANTIK semula selaku Presiden Emiriah Arab Bersatu untuk penggal lima tahun kedua pada November lalu oleh Majlis Tertinggi Persekutuan emiriah.

Beliau yang juga mengetuai emiriah Abu Dhabi menyediakan pakej penyelamat berjumlah AS$10 bilion kepada Dubai, Disember lalu.

Bagaimanapun Sheikh Khalifa tidak dapat mengelak berdepan kemelesetan ekonomi dunia. Hartanya merosot RM9.6 bilion tahun lalu kesan penurunan pendapatan eksport minyak sebanyak 40 peratus.

Keadaan bertambah buruk dengan kemelesetan dalam nilai hartanah dan pasaran saham. Sheikh Khalifa bagaimanapun tetap meneruskan rancangannya untuk menjadikan Abu Dhabi pusat pelancongan dan kebudayaan menjelang 2030.


5. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Dubai 
Harta: RM14 billion
Umur: 60

JUMLAH harta merosot berbanding tahun sebelum ini akibat hutang syarikat milik kerajaan berjumlah RM349 bilion. Hutang itu dijangka bertambah RM50 bilion lagi tahun ini.

Di samping itu, Dubai Holdings, syarikat milik persendirian Sheikh Mohammed berhutang RM38.4 bilion, sebahagian besarnya menerusi syarikat pelaburan Dubai Group dan Dubai International Capital yang memiliki saham dalam syarikat induk Sony dan Airbus.

Tahun lalu beliau menjual sahamnya dalam bank pelaburan Mesir, EFG Hermes pada harga diskaun sebanyak 60 peratus berbanding harga belian dua tahun lalu.

Sheikh Mohammed baru-baru ini berkata, ekonomi UAE mencatatkan pencapaian memuaskan dan masalah ekonomi yang dihadapinya sudah berlalu.

Pemimpin Dubai ini terkenal kerana kemahirannya berkuda dan mempunyai aset ekuin bernilai tinggi.


6. Putera Hans-Adam II von und zu Liechtenstein, Liechtenstein 
Harta: RM11.2 bilion
Umur: 65

KETUA sebuah keluarga yang berusia hampir 900 tahun, Putera Hans-Adam II baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya ke-65 dengan mengadakan pameran seni di Muzium Liechtenstein, Vienna.

Sebanyak 140 hasil seni yang diperoleh sepanjang beliau bertakhta, termasuk hasil lukisan Rembrandt dan Rubens, dipamerkan. Beliau turut mempromosi buku barunya, ‘The State in the Third Millennium’.

Dalam pada itu Liechtenstein berusaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk menangani jurang belanjawan sebanyak 15 peratus. Keuntungan dalam bank miliknya, LGT, merosot 35 peratus tahun lalu.


7. Raja Mohammed IV, Maghribi 
Harta: RM8 bilion
Umur: 46

MENAIKI takhta selepas kematian bapanya pada 1999. Memberi tumpuan terhadap usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan rekod hak asasi kemanusiaan bapanya.

Aset keluarga diraja termasuk saham dalam kumpulan OCP, satu-satunya syarikat perlombongan fosfat negara itu di samping beberapa syarikat hartanah.

Harga fosfat kian meningkat selepas merudum tahun lalu. Cita-cita Raja Mohamed untuk menarik 10 juta pelancong setahun ke negara itu menjelang 2010 hampir tercapai dengan bantuan Hollywood.

Negara itu baru-baru ini menjadi lokasi penggambaran drama televisyen dan filem, termasuk ‘Sex and the City 2’ dan ‘Prince of Persia’.


8. Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Qatar 
Harta: RM8 bilion
Umur: 58

MENJADI pemerintah selepas menggulingkan bapanya dalam rampasan kuasa pada 1995. Mengetuai satu daripada negara yang mencatat pencapaian terbaik ekonomi di dunia. Keluaran Negara Kasar meningkat 9.5 peratus tahun lalu dan dijangka mencatat pertumbuhan dua angka tahun ini.

Qatar Holding membeli pusat beli-belah Harrods di London dengan harga RM6.4 bilion awal tahun ini. Emir Qatar ini juga berusaha membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bola Sepak 2022. Jika bidaan itu berjaya, inilah julung kalinya kejohanan itu berlangsung di Asia Barat.

Pada masa lapang, Sheikh Hamad menghabiskan masa di atas kapal layarnya sepanjang 133 meter, Al Mirqab, antara yang terbesar di dunia.


9. Putera Albert II, Monaco 
Harta: RM3.2 bilion
Umur: 52

KETUA keluarga Grimaldi ini berusaha membesarkan wilayah Monaco yang lebih kecil dari Central Park, New York dengan menambak laut.

Beliau mempromosi filemnya, ‘Antarctica 2009: A Continent in a State of Alert’ yang berdasarkan penjelajahannya selama 17 hari di daerah baru itu. Jun lalu, Albert mengumumkan pertunangannya dengan bekas perenang Afrika Selatan, Charlene Wittstock.

Albert kini berdepan tindakan undang-undang oleh bekas kakitangannya, Robert Eringer, yang didakwa menjalankan perisikan untuk Monaco berhubung pembayaran gaji tertunggak.

Harta keluarganya termasuk hartanah, hasil seni, kereta antik, setem dan saham dalam kasino Monte Carlo.


10. Putera Karim Al Husseini, Aga Khan 
Harta: RM2.6 bilion
Umur: 73

SATU-satunya pemimpin yang tidak mempunyai negara untuk diperintah ialah Aga Khan, ketua 17 juta penganut Ismaili yang bertaburan di seluruh dunia.

Putera Karim ialah imam masyarakat Ismail ke-49 selepas menggantikan datuknya, Sultan Mahomed Shah Aga Khan pada usia 20 tahun pada 11 Julai 1957. Beliau mempengerusikan Rangkaian Pembangunan Aga Khan yang menggalakkan pelaburan di Asia dan Afrika.

Beliau yang meminati kuda mempunyai kira-kira 800 ladang ternak haiwan berkenaan di Ireland dan Perancis, memegang saham dalam Goff — syarikat lelong kuda terbesar di Britain dan Aqana — syarikat lelong kuda Perancis.


11. Sultan Qaboos bin Said, Oman 
Harta: RM2.2 bilion
Umur: 69

MENAIKI takhta pada 1970 selepas menggulingkan bapanya dalam rampasan kuasa.

Berjaya mengetuai Oman dalam usaha mempelbagaikan ekonomi dengan matlamat mengurangkan penggantungan pada sektor minyak, daripada 40 peratus sumbangan kepada Keluaran Negara Kasar kepada sembilan peratus saja menjelang 2020.
Sultan Qaboos juga meningkatkan industri gas dan pelancongan. Kerajaannya mempunyai saham dalam Wave, syarikat yang terbabit dalam pembangunan di kawasan pantai berhampiran ibu negara Oman, Muscat.

Meskipun menjadi peminat setia muzik klasik, Sultan Qaboos membiayai sendiri kerja membaik pulih masjid di seluruh negara itu.

Beliau pernah berkhidmat dalam pasukan tentera Britain selepas menamatkan latihan di Akademi Tentera Sandhurst. Bercerai tanpa anak, isu penggantinya kini semakin hangat dibincangkan oleh rakyat Oman.


12. Permaisuri Elizabeth II, UK 
Harta: RM1.4 bilion
Umur: 84

MONARKI paling lama bertakhta dalam sejarah Britain. Meskipun menjadi permaisuri sejak berusia 25 tahun, Elizabeth belum menunjukkan tanda akan menyerahkan takhta itu kepada anaknya yang sekian lama menanti, Putera Charles.

Beliau adalah penjaga hartanah milik negara seperti Istana Buckingham, Permata Mahkota dan koleks seni diraja.

Harta milik peribadinya termasuk hartanah di England dan Scotland, hasil seni halus, permata dan koleksi setem.

Cucunya, Putera William yang menduduki tangga kedua senarai pewaris takhta dijangka mengumumkan pertunangan dengan teman wanitanya, Kate Middleton, tidak lama lagi.


13. Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al Sabah, Kuwait 
Harta: RM1.2 bilion
Umur: 81

SHEIKH Sabah tidak berkongsi kekayaan minyak negaranya seperti raja negara Teluk lain. Beliau sebaliknya menerima pendapatan tahunan. Hartanya terjejas dengan kegawatan ekonomi yang melanda Kuwait. Negara yang bergantung dengan pendapatan hasil minyak ini tidak berusaha mempelbagaikan ekonomi.

Pertelingkahan politik sejak tiga tahun lalu menyebabkan pembubaran Parlimen sebanyak tiga kali dan perletakan jawatan lima kerajaan. Ia juga menjadi punca pelabur asing menarik diri dari negara itu.


14. Ratu Beatrix Wilhelmina Armgard, Belanda 
Harta: RM640 juta
Umur: 72

PERMAISURI Beatrix menyambut ulang tahun ke-30 pemasyhurannya tahun ini. Ibunya, Permaisuri Juliana mengambil langkah turun takhta untuk membolehkan Beatrix menggantikannya pada 1980.

Sebagai ketua negara, permaisuri itu dilihat sebagai kuasa penyatu kerana tidak ada parti politik mencapai kemenangan mutlak dalam pilihan raya.

Beliau melantik orang tengah untuk berunding dengan pelbagai parti bagi membentuk Kabinet. Peningkatan pendapatan eksport, pemulihan industi hartanah dan pasaran saham yang kembali kukuh membantu menstabilkan harta keluarga diraja.

Bagaimanapun, ketidaktentuan mengenai kerajaan baru dan langkah berjimat-cermat kerajaan pada masa depan untuk mengurangkan defisit bajet mungkin menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Antara hartanah dimiliki Permaisuri Beatrix termasuk Istana Drakensteyn di Belanda dan sebuah villa di Tuscany, Itali.


15. Raja Mswati III, Swaziland 
Harta: RM320 juta
Umur: 42

SATU-satunya raja yang masih berkuasa mutlak di Afrika. Beliau yang menaiki takhta pada usia 18 tahun terus mengekalkan cengkaman kuat terhadap pembangkang dengan menguatkuasakan perlembagaan yang mengharamkan parti politik.

Bagaimanapun, kerajaannya bertegas menyatakan parti politik bebas untuk bergerak di negara itu. Raja Mswati sering diselar kerana berbelanja mewah.
Sebahagian daripada 13 isterinya dilapor menghabiskan AS$6 juta dolar untuk membeli-belah beberapa bulan lalu.

Ketika 69 peratus penduduk negara ini hidup di bawah garis kemiskinan, 50 peratus menganggur dan suku daripada penduduknya yang aktif seks disahkan menghidap HIV, Raja Mswati masih mampu membina istana dan menyediakan kereta mewah untuk 13 isterinya.

Tiada peluang selamat

LONDON: Seorang model yang memiliki payu dara paling besar di dunia berkata semalam, dia terpaksa membuang keseluruhan buah dada itu atau mati.

SHEYLA tenat di hospital.
SHEYLA tenat di hospital.
Model kelahiran Brazil yang berusia 30 tahun itu memberitahu akhbar The Sun: “Doktor memberitahu, peluang untuk menyelamatkan satu daripada buah dada saya ialah 80 peratus.

“Tetapi jika saya kehilangan sebelah, apa guna saya simpan sebelah lagi.

“Peluang untuk mengekalkan kedua-duanya ialah antara 10 atau 20 peratus.” Sheyla sebelum ini dilapor menjalani pembedahan semula di Amerika Syarikat selepas payu daranya dijangkiti kuman berikutan pembedahan di Brazil bulan lalu.

Model itu mahu payu daranya dibesarkan semula, pembedahan ke-10, selepas melahirkan anak tahun lalu.

Dia cuba melakukan pembedahan itu di Amerika Syarikat sebelum pulang ke Brazil tetapi doktor enggan membesarkan payu daranya lagi kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penggunaan satu gelen silikon atau lebih dalam implan.

Semalam Sheyla bertemu dengan doktor sekali lagi untuk mengetahui nasibnya. Kuman itu sudah meresap ke dalam saluran darahnya, menyebabkan dia sukar bernafas.

“Ia begitu sakit. Saya cuba mengawalnya dengan memakan ubat. Jangkitan itu seperti barah.

“Satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa saya ialah dengan membuang tisu payu dara,” katanya.

Sheyla terlalu taksub dengan pembedahan plastik dan pernah menjalani proses menyedut lemak dan pembedahan untuk mencantikan hidung.

Payu daranya disahkan sebagai yang terbesar di dunia oleh Buku Rekod Brazil dan Buku Rekod Dunia Guinness. - Agensi

Mati tercekik gigi

KUCHING: Seorang warga emas terlentang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia akibat tercekik gigi palsu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang kelmarin apabila mangsa, Linggir Ita, 86, makan seorang diri di rumahnya di Jalan Lapangan Terbang.
Dia dikatakan tertelan gigi palsunya dengan sebahagian tersangkut di bahagian kerongkong.

Kejadian itu hanya disedari keluarganya apabila mendapati mangsa terlentang dan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, warga emas berkenaan cuba mengeluarkan gigi palsunya namun gagal sebelum rebah.

Terkejut dengan kejadian itu, keluarganya membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan di HUS mendapati warga emas berkenaan disahkan meninggal dunia akibat tercekik selepas doktor menemui sebahagian gigi palsu di kerongkongnya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Mayat warga emas terbabit dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian.

Lelaki Amerika merasa puas hati apabila dapat menyapu di Rumah Allah SWT



http://www.lovely0smile.com/2006/islamic/makkah/007.jpg
Seorang lelaki amerika yang telah memeluk Islam, meminta penyapu daripada tukang sapu yang berkerja membersihMasjid Al-Haram Mekah untuk  membersih Masjid Haram, petugas tersebut tidak membenarkan warga amerika tersebut melakukan demikian, warga amerika Muslim tersebut mengeluarkan sedikit wang dari poketnya dan diberikan wang tersebut kepada tukang sapu tersebut, maka tukang sapu tersebut menyerahkan penyapu kepada warga amerika yang Muslim,  lalu warga amerika yang Muslim tadi menyapu lantai Masjid Haram Mekah dengan penuh perasaan dan keimanan, setelah puas hati dia membersihkan sebahagian lantai Masjid  Haram, dia menyerah kembali penyapu tersebut kepada tukang sapu yang bertugas. Warga amerika tersebut telah berpuas hati kerana dapat berkhidmat pada Rumah Allah SWT walau seketika sahaja.
Begitulah sucinya insan yang berhati mulia, dunia Islam kini tidak lagi mementingkan amal kebajikan tetapi kebanyakkanya mementingkan wang dan upah sahaja, hanya sedikit sahaja golongan yang sanggup berkhidmat secara percuma kepada Rumah Allah SWT.

حكت لي احدى قريباتي وهي عائدة قريبا من مكة منذ ايام قالت : في احد الأيام وبعد صلاة العصر في الحرم لفت انتباهي رجل امريكي وكان في حوار ساخن مع احد العمال الذين يقومون بتنظيف الحرم وكان يمسك بيده المكنسة ويحاول العامل الابتعاد عنه وهو يحاول اقناعة بليييييييييز شدني الموقف واخذت بمراقبتهما وكان العامل يرفض ويقول لا استطيع ويحاول ان يبتعد عنه ولكنه لم ييأس بل حاول اقناعة واخرج من جيبه نقودا وقدمها للعامل ولكن الآخر لم يقبل وفي النهاية وبعد محاولات قبل العامل ماذا فعل الأمريكي ؟ أخذ المكنسة من العامل وقام بالكنس والتنظيف وهو سعيد وبحماس لم أشهد مثله أدهشني هذا الموقف كل هذا من اجل ان يقوم بتنظيف بيت الله

الله اكبر الله اكبر الله اكبر


Gajah melahirkan anak-SubhanaLLah.



http://vthumb.ak.fbcdn.net/vthumb-ak-sf2p/v33376/77/28/100000194140462/t100000194140462_142361062447031_1458.jpg
Betapa besarnya kejadian Allah SWT,  yakinlah kita kepada Kemampuan dan Kekuasaan dalam mengatur kehidupan kita.
layari laman dibawah :

4 Tanda Keinsafan pada orang mukmin



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs445.ash1/24552_119332058081726_111173882230877_318567_1061643_n.jpg
Orang yang Insaf dan cerdik serta beriman kepada Allah SWT mesti memilki 4 sifat dibawah:
  • Mengatur urusan dunia dengan tenang dan merebut peluang yang masih ada.
  • Memerhatikan urusan akhirat dengan cermat dan bersungguh-sungguh serta tidak melambatkan pekerjaan ibadat kepada Allah SWT
  • Rajin mengatur urusan agama dengan bersungguh-sungguh mencari ilmu agama.
  • Bergaul dengan sesama makhluk dengan saling menasihati dengan sabar dan bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai lima sifat iaitu:
  • (1)Tekun beribadat kepada Tuhan
  • (2)Orang yang banyak memberi manfaat sesama manusia
  • (3)Semua orang merasa aman dari gangguannya.
  • (4)Tidak iri terhadap orang lain.
  • (5)Selalu bersedia menghadapi kematian.
Sumber :                                                                                                                                    Kitab Tanbihul Ghafilin dalam Tajuk :                                                                        KEBERATAN MAUT DAN KENGERIANNYA

5 Khabar Gembira Untuk Orang Mukmin



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs117.snc4/36194_403152763234_505333234_4389286_316534_n.jpg
Harapan Kita Sebelum Kiamat
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs036.snc4/34156_135289186500276_100000575854190_265443_3952116_n.jpg
Cacat tidak menghalang daripada Memimpin dan Beribadat
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs078.snc4/35241_110812082303368_100001237302045_85630_5920080_n.jpg
Bayangan sementara untuk                                                                                          pencinta Nikmat Maksiat yang Allah SWT haramkan.
Khabar gembira itu terdapat dalam lima bentuk:
  • Untuk orang awam yang mukmin diberitahu: Jangan takut, kamu tidak akan kekal dalam neraka bahkan kamu tetap akan mendapat syafaat para Nabi-nabi dan orang-orang solihin dan jangan sedih atau berduka atas kekurangan pahala dan kamu pasti masuk syurga.
  • Untuk orang yang ikhlas: Kamu jangan khuatir, kerana amalmu telah diterima  dan jangan sedih terhadap kekurangannya pahala  kerana kamu pasti mendapat pahala berlipat ganda.
  • Untuk orang-orang yang bertaubat: Kamu jangan khuatir terhadap dosa-dosamu, maka semua sudah diampuni  dan jangan sedih terhadap pahala, pasti kamu dapatkan atas amalmu sesudah taubat.
  • Untuk orang-orang yang zahid. Kamu jangan khuatir semasa berada di padang mahsyar atau hisab  dan jangan berduka sebab akan dikurangi pahalamu yang berlipat-lipat ganda itu, dan terimalah khabar gembira bahawa kamu akan masuk syurga tanpa hisab.
  • Untuk ulama yang mengajarkan kebaikan pada manusia. Kamu jangan takut dari dahsyat hari kiamat dan jangan berduka sebab Allah SWT akan membalas amalmu dengan syurga, juga orang-orang yang mengikuti jejakmu.
Sumber : Kitab Tanbihul Ghafilin