Pages

Sunday, July 18, 2010

Mati tercekik gigi

KUCHING: Seorang warga emas terlentang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia akibat tercekik gigi palsu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang kelmarin apabila mangsa, Linggir Ita, 86, makan seorang diri di rumahnya di Jalan Lapangan Terbang.
Dia dikatakan tertelan gigi palsunya dengan sebahagian tersangkut di bahagian kerongkong.

Kejadian itu hanya disedari keluarganya apabila mendapati mangsa terlentang dan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, warga emas berkenaan cuba mengeluarkan gigi palsunya namun gagal sebelum rebah.

Terkejut dengan kejadian itu, keluarganya membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan di HUS mendapati warga emas berkenaan disahkan meninggal dunia akibat tercekik selepas doktor menemui sebahagian gigi palsu di kerongkongnya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Mayat warga emas terbabit dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian.

No comments:

Post a Comment