AMMAN - Konvoi kemanusiaan Jordan yang menuju ke Gaza terpaksa berhenti di bandar Aqaba selepas Kaherah enggan membenarkan aktivis memasuki kawasan Mesir, Rabu lalu. Konvoi anjuran Majlis Persatuan Profesional (PAC) yang disertai hampir 150 aktivis dan 25 lori itu berlepas dari Amman ke Pelabuhan Nuweiba di Mesir, dan merancang meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah sebelum memasuki wilayah Palestin itu. Bagaimanapun, kumpulan itu dihalang daripada menuju ke Nuweiba apabila pihak berkuasa Mesir mengarahkan syarikat pengangkutan feri yang beroperasi di pelabuhan itu supaya tidak membawa konvoi tersebut. Jurucakap PAC, Alaa Bourqan berkata, rundingan dengan kerajaan Mesir masih diteruskan melalui bantuan pegawai kedutaan Jordan di Kaherah, sehingga kelmarin. Konvoi bantuan terbaru itu dianjurkan bagi menekankan kesan sekatan Israel ke atas penduduk Palestin di Genting Gaza. |
Pages
▼
Saturday, July 17, 2010
Konvoi Jordan dihalang masuk Mesir
27 korban serangan bom di masjid Iran
Kumpulan pemberontak Sunah, Jundollah mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut dalam kiriman e-mel kepada stesen televisyen Al Arabiyeh.
Kata Jundollah, serangan itu dilancarkan bagi membalas dendam terhadap tindakan Iran melaksanakan hukuman mati ke atas pemimpin mereka, Abdolmalek Rigi pada bulan lepas.
Rigi menjalani hukuman gantung selepas didapati bersalah melancarkan beberapa serangan maut.
Jundollah mendakwa ia memperjuangkan hak-hak masyarakat Sunah yang menjadi minoriti di Iran.
Dua letupan itu berlaku dekat Masjid Besar Zahedan dalam serangan yang didakwa oleh Jundollah dilaksanakan oleh ahli keluarga Rigi dan disasarkan terhadap satu perhimpunan Pengawal Revolusi.
"Kumpulan itu mendakwa pengebom berani mati dalam serangan itu ialah Abdolbaset Rigi dan Mohammed Rigi dan memberi amaran beberapa serangan akan dilancarkan lagi," lapor Al Arabiyeh.
Iran menangkap Rigi pada Februari lalu, empat bulan selepas Jundollah mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan bom yang membunuh berpuluh-puluh orang, termasuk 15 anggota Pengawal Revolusi.
Zahedan ialah ibu kota wilayah Sistan-Baluchistan yang bersempadan dengan Pakistan.
Iran mendakwa Jundollah menjalinkan hubungan dengan al-Qaeda dan menuduh Pakistan, Britain dan Amerika Syarikat (AS) menyokong pemberontak itu untuk mencetuskan ketidakstabilan di tenggara Iran. - Reuters
Malaysia berjaya tanam padi di gurun Nigeria
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marditech Corporation Sdn. Bhd. (Marditech), Anas Ahmad Nasarudin berkata, pihaknya telah membantu kerajaan Nigeria membina jelapang padi di kawasan kekurangan bekalan air di gurun Sahara, Afrika.
Menurut beliau, dalam projek tersebut pihaknya telah berkongsi pengetahuan dan kepakaran sehingga tanaman padi dua kali setahun boleh direalisasikan di negara itu hari ini.
"Projek tiga tahun di Nigeria itu termasuk membina empangan dan skim pengairan serta pemuliharaan air di jelapang padi," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Anas turut memberitahu, persidangan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga akan disertai 30 pakar dan antaranya akan membentang kertas kerja dalam bidang teknologi, pemasaran, industri makanan serta pertanian.
Menurut beliau, peserta dari 10 negara yang mengesahkan kehadiran pada persidangan itu termasuk dari Taiwan, India, Nigeria, Indonesia, Thailand dan Australia.
Katanya, pembentangan kertas kerja juga akan dilakukan saintis Malaysia antaranya Pengarah Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Normah Omar dan Pakar Pembangunan Industri Ternakan dari Marditech, Jamaluddin Abu Bakar.
Anas turut memberitahu, persidangan yang diadakan sempena Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Ke-11 di PWTC pada 22 Jula hingga 24 Julai itu turut membincangkan cara menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi dalam bidang produk makanan.
Katanya, wakil Taiwan, Jilbert Wu pula membentang kertas kerja "Inovasi Baru Dalam Pertanian - Perspektif Taiwan" sementara Murray Hunter dari Australia membincangkan mengenai "Produk Asli Kembali Semula di Masa Hadapan."
Anas memberitahu, persidangan bertema mencipta kekayaan menerusi inovasi anjuran bersama MARDI, Marditech, Expomal International dan Mutiara Sigma itu akan dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Berilah suami saya kerja - Wook
WOOK Kundor mencium pipi suaminya, Mohd. Noor Che Musa yang kembali ke rumahnya selepas menjalani rawatan di pusat pemulihan penagihan narkotik Besut, di Kampung Chap Rimau, Tanah Merah, Kelantan, 16 Julai. - Utusan/ROSNI MASRI
Oleh RAHANA MD
utusankelantan@utusan.com.my
utusankelantan@utusan.com.my
TANAH MERAH 16 Julai - ''Syukurlah suami dah balik, suka lah hati kita dapat jumpa semula sebab sayang sangat padanya dan harap lepas ni, peliharalah kita baik-baik."
Kata Wook Kundor, 108, setelah suaminya, Mohd. Noor Che Musa, 38, dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut, Terengganu semalam,
Detik itu juga mengakhiri penantian Wook selama 12 bulan lapan hari apabila Mohd. Noor yang muda hampir 70 tahun daripadanya kembali ke pangkuannya.
Wook melahirkan perasaan tersebut ketika ditemui di rumah pusaka milik keluarga Mohd. Noor di Kampung Chat Rimau di sini hari ini.
Disaksikan saudara mara dan jiran tetangga terdekat yang menziarahi, Wook kelihatan bergurau senda dengan suami dan sesekali dilihat merajuk namun tetap setia melayan suami yang bersiap sedia ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat.
''Jadual hidup kami akan kembali seperti sebelum Mohd. Noor ditahan, macam isteri-isteri lain, saya juga akan melayan makan dan minumnya.
''Dia juga telah berjanji akan mencari pekerjaan untuk menampung perbelanjaan kami, lagipun dia masih muda dan tubuh masih tegap dan gagah, banyak pekerjaan boleh dilakukan," katanya yang tidak lepas memandang ke arah Mohd. Noor.
Wook yang pada mulanya enggan ditemu bual dan diambil gambar atas alasan sibuk berkemas untuk kembali ke rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Terengganu kerana telah lama mengosongkan rumah tersebut akhirnya beralah, apabila suami memujuk.
''Sejak suami ditahan, saya takut tinggal seorang diri di rumah dan menumpang di rumah adik di Jerangau, Terengganu sebelum tinggal bersama anak angkat di Bachok dan bila Mohd. Noor bebas baru saya datang ke sini," katanya.
Kebimbangan Wook nyata berasas apabila diberitahu jiran di kampungnya, sebanyak dua kali rumahnya dimasuki pencuri dan segala perabot termasuk peti sejuk dan periuk belanga yang sebahagiannya hasil sumbangan orang ramai telah dilarikan.
''Saya rasa seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kami bukan orang senang, tinggal dalam rumah yang sebahagiannya hampir reput tetapi masih ada yang mahu mencuri harta benda yang ada serba sedikit.
''Sebentuk cincin emas, sebilah keris dan beberapa helai pakaian milik suami turut dicuri, sekarang ini saya rasa rumah saya kosong dan sudah tidak ada apa-apa, hendak mengadu pada siapa pun saya tidak tahu," katanya meraih simpati.
Kisah perkahwinan Mohd. Noor dengan Wook, pada lima tahun lalu mendapat liputan meluas media. Ia merupakan perkahwinan kali ke-23 bagi warga emas itu.
Sementara itu, kesetiaan Wook yang sanggup menunggunya dibebaskan dari Puspen dan telah menziarahinya sebanyak lima kali sepanjang tempoh ditahan menambah perasaan sayang Mohd. Noor terhadap isterinya itu.
''Rasa kasih sayang isteri cukup mengharukan saya malah sepanjang ditahan di Puspen, saya sentiasa teringatkan Wook. Saya akui tersilap langkah kerana terlibat dengan perkara yang tidak baik dan sekarang saya insaf dan bertaubat.
''Kalaulah saya mendengar nasihatnya dulu, tentu perkara begini (terlibat dengan dadah) tidak berlaku dan saya akan sentiasa ada di sisinya. Selepas ini saya mahu berubah dan berusaha mencari sinar baru dan berazam mencari pekerjaan bagi menampung hidup kami berdua," katanya.
Tambahnya, dia berterima kasih kepada kakitangan Puspen yang memberinya peluang mengenali diri sendiri ke arah menjadi manusia lebih bertanggungjawab.
''Apa yang saya peroleh sepanjang proses pemulihan akan digunakan sebagai bekalan memperbaiki diri. Saya yakin boleh berubah menjadi manusia yang lebih berguna.
''Kakitangan Puspen juga memberi suntikan semangat baru untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai suami malah kesetiaan isteri menyentuh hati saya dan perasaan sayang padanya bertambah," ujarnya.
Mohd. Noor dimasukkan ke Puspen Sungai Besi pada 7 Julai tahun lalu sebelum dipindahkan ke Puspen Besut pada 31 Disember tahun lalu atas permintaan Wook yang sukar untuk menziarahi Mohd. Noor.
Sementara itu, Wook merayu mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk mengambil suaminya bekerja kerana ia akan menjamin pendapatan mereka suami isteri.
''Saya berharap sangat, suami saya mendapat pekerjaan kerana sebelum ini pun dia pernah bekerja di kilang. Kalau dia bekerja, dapatlah menampung hidup kami yang serba kekurangan," ujarnya.
Dia juga memohon mana-mana pihak yang prihatin dengan nasibnya agar dapat membantu membaik pulih rumahnya dan membeli kelengkapan perabot yang telah dilarikan pencuri, lebih-lebih lagi menjelang persiapan menyambut Ramadan tidak lama lagi.
Kepada yang ingin menghulur bantuan, Wook dan suami boleh dihubungi di talian 014-5498122.
Bola final Piala Dunia dibida RM257,973
SALAH satu bola yang digunakan pada perlawanan akhir antara Sepanyol dengan Belanda di Afrika Selatan pada Isnin lalu.
LONDON – Bola yang digunakan pada perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan antara Sepanyol dan Belanda pada Isnin lalu menerima bidaan tinggi di laman eBay daripada harga asal 99 (RM490) kepada 52,100 (RM257,973), lapor sebuah akhbar semalam.
Hasil jualan bola tersebut akan disumbangkan kepada badan amal Nelson Mandela bagi membantu kanak-kanak miskin dan Aids.
Jurucakap eBay di Internet berkata, ramai orang menunjukkan minat untuk memiliki bola tersebut yang bernama Jabulani kerana kontroversi yang dicetuskan sepanjang perlawanan Piala Dunia.
Lantunan bola itu yang sukar diagak menyebabkan ada penjaga gol menggelarkan ia sebagai bola pantai. – Agensi
kredit : kosmo.com.my
Kaki robot untuk pesakit lumpuh
HAYDEN ALLEN menunjukkan cara menggunakan kaki robot di Wellington kelmarin.
WELLINGTON -Dua penyelidik New Zealand mencipta kaki robot pertama di dunia yang akan membantu manusia lumpuh berjalan semula.
Kaki robot itu buat masa ini diuji oleh seorang pemuda, Hayden Allen berumur 23 tahun yang lumpuh lima tahun lalu kerana kemalangan motosikal di sini.
Menurut Allen, dia kini boleh berjalan dan berdiri apabila menggunakan kaki robot tersebut.
Dua penyelidik yang mencipta kaki robot itu dengan kos AS$7.1 juta (RM22.75 juta) ialah Richard Little dan Robert Irving yang merupakan jurutera Scotland tetapi telah berhijrah ke New Zealand pada 1990-an.
Mereka mendapat idea mencipta kaki robot seberat 38 kilogram itu tujuh tahun lalu berdasarkan ilham daripada filem Alien menerusi adegan aktres Sigourney Weaver memanjat dengan menggunakan satu sut robot bagi melawan makhluk asing.
Kaki robot yang diberi nama Rex dan dimajukan oleh syarikat bioteknologi Rex Bionics itu akan dijual AS$150,000 (RM480,674) di seluruh dunia tahun depan. – Agensi
kredit : kosmo.com.my
Lelaki Iran diculik ketika umrah
SHAHRAM menunjukkan isyarat menang sebaik tiba di Lapangan Terbang Khomeini dan disambut anggota keluarganya, semalam.
Shahram Amiri dakwa disoal penyiasat AS, Yahudi program nuklear Teheran
TEHERAN: Seorang rakyat Iran yang mendakwa diculik perisik Amerika Syarikat tahun lalu, tiba di Teheran semalam dan menafikan beliau adalah saintis nuklear selain mendedahkan disoal siasat Israel ketika penahanannya.
Shahram Amiri yang hilang dari Arab Saudi pada Jun 2009 ketika mengerjakan umrah tiba di lapangan terbang antarabangsa Khomeini selepas muncul di Pejabat Kepentingan Iran di Washington, dua hari lalu.
Sebaik tiba, Shahram memberitahu pemberita bahawa beliau adalah seorang penyelidik biasa, menolak dakwaan awal bahawa beliau adalah seorang saintis nuklear.
Saya tidak ada kena mengena dengan Natanz dan Fordo, kata Amiri yang merujuk kepada dua loji pengkayaan uranium Iran.
Ia adalah alat yang digunakan Amerika untuk tujuan tekanan politik. Saya tidak lakukan sebarang penyelidikan nuklear. Saya penyelidik biasa di sebuah universiti yang terbuka kepada semua dan tiada rahsia di sana.
Penafian adalah kejadian terbaru yang mendapat liputan media dunia selama beberapa bulan dan bermula dengan misteri kehilangan beliau, diikuti dengan rakaman video konflik seorang lelaki mendakwa sebagai Shahram dan memberitahu dirinya diculik.
Shahram berkata, beliau dikenakan penderaan mental dan fizikal menyifatkan penculikannya adalah perang psikologi terhadap Iran dan membuktikan semua penipuan itu sengaja dilakukan Amerika.
Katanya, ketika siasatan, penyiasat dari Israel turut hadir dalam beberapa sesi dan ia adalah bukti bahawa mereka merancang untuk membawa dirinya ke negara Yahudi itu.
Katanya, ketika siasatan, penyiasat dari Israel turut hadir dalam beberapa sesi dan ia adalah bukti bahawa mereka merancang untuk membawa dirinya ke negara Yahudi itu.
Iran juga mendakwa Shahram diculik Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika manakala media negara itu melaporkan bahawa beliau dibawa ke Washington. Amerika menafikan semua dakwaan itu.
Akhbar Washington Post pula melaporkan, CIA membayar Shahram AS$5 juta untuk mendedahkan maklumat mengenai program nuklear Iran.
Wang itu didapati daripada sebuah program rahsia berdasarkan matlamat memujuk saintis dan orang lain memberi maklumat program nuklear Iran. AFP/Agensi
Sumber : Bharian.com.my
Jiran marah Mr. Bean mahu roboh rumah
RUMAH banglo yang mahu dirobohkan oleh Mr. Bean.
OXFORD – Pelakon komedi terkenal Britain, Mr. Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson, 55, menimbulkan kemarahan jiran-jirannya apabila dia berhasrat untuk merobohkan sebuah rumah lama di Ipsden di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia berhasrat untuk merobohkan rumah banglo dua tingkat yang dibina pada 1930-an itu dan menggantikannya dengan rumah seperti sebuah stesen minyak setinggi sembilan meter.
Rumah banglo dua tingkat itu terletak di atas tanah seluas 6.5 hektar.
GAMBAR menunjukkan reka bentuk rumah baru Mr. Bean.
Atkinson mengupah seorang arkitek terbaik Amerika Syarikat (AS), Richard Meier untuk membina kediaman itu selain mengupah pereka landskap terkenal, Tom Stuart-Smith bagi membina padang rumput.
Kos keseluruhan projek itu ialah 5 juta (RM24.5 juta).
Sebuah hutan buatan sendiri akan diwujudkan bagi melindungi keluarga Atkinson daripada gangguan jiran-jiran.
MR. BEAN |
Taman bunga Jepun, sebuah gelanggang tenis, kandang kuda dan garaj kereta bawah tanah juga akan dibina.
Atkinson berkata: “Saya tidak mahu tinggal di sebuah rumah yang kelihatan ganjil atau futuristik tetapi ia (rumah yang bakal dibina itu) kelihatan anggun dan cantik seperti yang disediakan oleh Meier.
“Adalah sesuatu yang memalukan jika terdapat orang yang menganggap tidak ada tempat di desa untuk reka bentuk moden.”
Pihak majlis perbandaran akan membuat keputusan sama ada untuk meluluskan permohonan itu pada September depan. – Agensi
kredit : kosmo.com.my
Mahu derma sebahagian daripada kekayaan RM43 bilion
SAN FRANCISCO - Pengasas bersama firma perisian gergasi Microsoft, Paul Allen, kelmarin berjanji akan menderma sebahagian besar daripada kekayaan beliau yang kini bernilai AS$13.5 bilion (RM43.2 bilion) untuk tujuan kebajikan.
Janji itu dibuat beberapa minggu selepas bekas rakan perniagaannya, Bill Gates dan legenda pelabur terkenal, Warren Buffet menggesa bilionair-bilionair lain membuat ikrar untuk berderma sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaan mereka.
"Saya mahu mengumumkan bahawa usaha dermawan ini akan berterusan sepanjang hayat saya," kata Allen, 57, yang memang sudah menderma lebih AS$1 bilion (RM3.2 bilion) kepada agensi kebajikan sejak beberapa tahun lalu.
"Saya memang merancang beberapa tahun dulu iaitu majoriti kekayaan yang bakal saya tinggalkan untuk diderma bagi meneruskan usaha yayasan dan penyelidikan saintifik demi generasi akan datang," katanya.
Menurut majalah Forbes, Allen merupakan manusia ke-37 paling kaya di dunia dengan aset bernilai AS$13.5 bilion.
Beliau mengasaskan Microsoft bersama Gates pada 1975 sebelum meninggalkan firma itu pada 1983. Allen menghidap penyakit barah darah non-Hodgkin's lymphoma dan pernah menjalani rawatan kemoterapi yang berakhir baru-baru ini, kata seorang jurucakap kumpulan pelaburan Allen, David Postman. - dpa
Kiblat Indonesia arah Kenya, Somalia
JAKARTA - Umat Islam di Indonesia semalam diberitahu Majlis Ulama Indonesia (MUI) bahawa selama ini mereka mengerjakan solat bukan menghadap Mekah tetapi ke arah Kenya dan Somalia.
Keadaan itu berlaku kerana pada Mac lalu, MUI meminta penganut Islam di negara itu menghadap arah Barat semasa mengerjakan solat.
"Namun keputusan itu menyebabkan semua masjid sebenarnya menghadap ke arah Somalia atau Kenya, dan kami memutuskan umat Islam perlu mengubah sedikit kedudukan betul ke arah Barat Laut," kata Ketua MUI, Cholil Ridwan.
"Perubahan kecil itu tidak memerlukan kita untuk mengubah kedudukan bangunan masjid tetapi jemaah hanya perlu mengubah sedikit arah kiblat ketika mengerjakan solat," katanya.
Ridwan berkata, masyarakat Islam tidak perlu berasa bimbang kerana telah silap menghadap kiblat.
"Semua solat yang dilakukan masih didengar oleh Allah," katanya.
Namun, ketua pertubuhan Nahdatul Ulama, Said Agil Siradj memberitahu sebuah akhbar tempatan, kekeliruan yang dilakukan oleh MUI itu merupakan satu pengajaran buat penduduk Islam.
Sebelum ini, MUI membuat fatwa terlalu cepat dan pernah mengeluarkan fatwa kontroversi seperti pengharaman merokok. - Reuters
Maya Karin kini janda
Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
waziha@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Pengesahan nikah yang dibuat pelakon dan pengacara Maya Karin serta suaminya, Muhammad Ali dua minggu lalu gagal menutup kemelut dalam rumah tangga pasangan itu apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Menurut sumber mahkamah, Maya, 31, dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya, Steven David Shorthose, 41, dilihat hadir di mahkamah secara berasingan untuk bercerai secara baik.
Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain memutuskan pasangan itu sah bercerai selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.
Bagaimanapun butir-butir lanjut mengenai perceraian mereka tidak diketahui memandangkan pasangan tersebut mengambil pendekatan berdiam diri dan merahsiakan daripada media.
Peguam syarie, Norhusniah Husin hadir bagi pihak Maya manakala Muhammad yang juga seorang guru Matematik di sekolah antarabangsa tidak diwakili peguam.
Perceraian tersebut semalam menjawab teka-teki berhubung tindakan pasangan itu yang hanya memohon untuk mengesahkan nikah mereka setelah dua tahun berkahwin baru-baru ini.
Status rumah tangga pasangan itu kembali menjadi bualan setelah mereka hadir di mahkamah pada 24 Jun lalu memohon untuk mengesahkan nikah di Itali dengan 7 Julai kemudian, Hakim syarie Shaiful Azli Jamaluddin mengesahkan pernikahan tersebut.