Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir
Tapi aku tahu apa yang aku fikir,
Seantero dunia sudah kena kelentong!
Aku fikir Mahathir Pembohong,
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir
Aku fikir sunnah Nabi jangan dipermainkan,
Tak suka tak apa, tapi jangan dipersendakan,
Apakah rakyat tidak memikirkan?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir
Sultan dilucut kekebalan tindakan derhaka,
memerintah negara melebihi Raja!!!!
Aku fikir Mahathir Penderhaka!
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir pecat Timbalan Perdana Menteri tindakan cela,
Aku fikir sebenarnya Mahathir gila kuasa!
Apakah rakyat tidak memikirkan?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir pecat Hakim Negara tindakan celaka
Undang-undang jadi tiada bermakna,
Apakah rakyat tidak memikirkan?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir tindakan memenjarakan peguam,
dan bebaskan perogol itu tindakan zalim.
Apakah rakyat tidak memikirkan?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir memecat Mufti tindakan keji,
Sebaliknya membela ratu cantik,
Apakah rakyat tidak memikirkan?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Ustaz-ustaz ditangkap,dilarang berceramah
Konon menghasut membenci kerajaan,
Apakah rakyat tidak berfikir?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tangkap Imam yang cerita manusia kepala babi,
konon sebar cerita bohong,sebenarnya dedah isu murtad
Apakah rakyat tidak berfikir?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tangkap pensyarah-pensyarah di universiti.
Dituduh menghasut,membenci kerajaan,
Apakah rakyat tidak berfikir?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tangkap guru-guru yang berceramah,
Dituduh menghasut,membenci kerajaan,
Apakah rakyat tidak berfikir?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Membunuh orang kampung di Memali
Seolah-olah mereka lebih jahat dari yahudi
Aku fikir Mahathir Pembunuh
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Peniaga pasar malam pun ditangkap
kerana menjual CD ceramah agama,
Apakah rakyat tidak berfikir?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir tutup sekolah agama tindakan kafir,
Nak bantu dia tak mahu, nak tutup lagi ada.
Aku fikir Mahathir serupaYahudi.
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir ISA bertentangan dengan Islam
Disalahguna berleluasa demi untuk berkuasa,
Aku fikir Mahathir Penzalim.
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir membantu yahudi tindakan tercela,
Aku fikir Mahathir Pengkhianat bangsa,
Apakah rakyat tak boleh berfikir !
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir rasuah berleluasa jadi biasa,
Punya rumah, harta & wang berjuta
Gaji menteri seumur hidup tak dapat kumpul!
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Wang negara disamun bersama kroni
Aku fikir Mahathir Penyamun,
Apakah rakyat tak boleh berfikir
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir meroboh masjid sama meroboh rumah Allah
Konon jadi markas pembangkang,
Nak bina dia tak mahu nak roboh lagi ada !
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir meroboh surau perkara tercela,
Konon disalahgunakan pembangkang,
Nak tolong bina dia tak mahu nak roboh lagi ada!
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tapi aku fikir menghina hukum Hudud terkeluar akidah,
Nak ikut hukum islam dia tak mahu.
Nak hina hukum islam lagi ada.
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tapi aku fikir semua media massa dikawal,
menafikan kebebasan media,
Apakah rakyat tak boleh berfikir!
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Menghina Perdana Menteri selepasnya sampai jatuh terduduk!
Seolah-olah dialah yang terbaik tiada cacat cela!
Apakah rakyat tak boleh berfikir?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tapi aku fikir siapa yang tak kena dengan Mahathir!
dari Sultan hingga ke peniaga pasar malam!
semua diusiknya , semua tak kena !
Apakah kamu tidak memikirkan!
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Pihak berkuasa diperkuda semahu-mahunya,
bagai anjing suruhan membaham mangsa,
Apakah kamu tidak memikirkan?
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tiada pernah lagi menteri dapat darjah tertinggi.
Cuma dia yang layak mendapat anugerah
Darjah tertinggi dari rakyat...' MAHAFIR'AUN '
Helm Dahl - rabu, 3-2-2010
( Diabadikan khas untuk memperingati mangsa-mangsa Mahafir'aun
Almarhum Sultan Iskandar & semua sultan-sultan , Mantan PM Datuk Seri Abdullah Badawi, Mantan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim , Mantan Hakim Negara Tun Salleh Abbas, Mantan Mufti Selangor Ishak Baharom, Imam masjid negara Ustaz kamal Assya'ari,Lim Guan Eng, Dr. Badrul Amin, Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad, Rakyat Iraq,Majid Bujal, Surau Kg. Berembang, rumah rakyat dll)
Al Fatihah
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Pages
▼
Wednesday, February 3, 2010
Khasiat Kacang Bendi Untuk Kencing Manis @ Diebetes

Minum Kacip Emas Disamping Tambahan Dengan Khasiat Kacang Bendi
Nama saintifiknya ialah abelmoschus esculentus. Buah muda tentu sekali sedap dibuat sayur serta kari. Buahnya memang berkhasiat kerana ia dapat membantu menguatkasn otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan.
Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkaK atau radang. Ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin.
Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong.
Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit. Pernha juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis.
Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.
Kacang bendi bagus untuk rawatan penyakit kencing manis.
Caranya ialah:
Ambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengah & potong lebih kurang 1/2 inci bahagiannya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas).
Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya.
Amalkan selama dua minggu. Lihat kesannya pasti kadar gula akan turun.
Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,
i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

KHASIAT SAYURAN DAN ULAMAN
ZAINUN NOOR
Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai jenis sayuran. Banyak jenis sayuran dari merata dunia telah dibawa masuk ke negara kita namun sayuran tempatan masih lagi terletak di tempat teratas. Sayuran tempatan mengandungi khasiat yang tinggi dan penting untuk keperluan aktiviti tubuh. Sayuran tempatan terutamanya dalam kategori ulam-ulaman sebenarnya bukan sahaja sebagai pembuka selera malah ada yang menjadi penawar berkesan serta sumber makanan yang amat berkhasiat. Antara contoh sayuran tempatan yang terkenal ialah timun, peria, bendi, seleri, asparagus, kacang botor, pegaga, dan sebagainya.
Timun merupakan sayur tempatan tetapi bukan dikategorikan sebagai sayur asli. Tempat asalnya dipercayai di kawasan banjaran Himalaya, di India. Timun atau dikenali juga sebagai mentimun sedap di makan sebagai ulam mentah. Menurut kajian tempatan, timun hanya mengandungi sedikit sahaja protein iaitu 0.65%, lemak 0.1%, dan karbohidrat 2.2%. Selain itu, timun juga turut mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2, C dan niasin.
Bahagian timun yang mempunyai rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan sebatian kimia jenis terpen yang dikenali sebagai cucurbitasin. Manakala biji timun pula mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Timun yang masak pula jika dimakan mentah dikatakan amat berkesan untuk merawat penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang
berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan. Dalam rawatan perubatan tradisional, timun turut dipercayai berkesan untuk mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar. (rajah 1)
Peria merupakan sejenis sayur yang mempunyai bentuk seakan timun. Ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa ini. Berasal dari selatan China, peria yang dikenali sebagai "ku gua" telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat. Selain itu, air rebusan ini juga digunakan untuk menyejukkan panas radang.
Kini penggunaan peria semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia, dan Amerika Syarikat, peria menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV, dan AIDS. Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Selain daripada meningkatkan sel imun tubuh, peria juga berguna untuk merawat atau mengurangkan penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan "oppotunistic infections", misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh.
Sekumpulan pakar penyelidik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis protein yang terdapat di dalam peria. Protein ini dinamakan MAP-30 dan terdapat dalam biji dan kulit buah berkenaan. MAP-30 dikatakan mengandungi sifat-sifat anti-kanser sebagaimana yang terdapat pada tikus. Selain itu, ia juga dapat mengawal penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke sel yang lain. Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga boleh membantu mengurangkan berlakunya keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. (Rajah 2)
Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas lembap. Berdasarkan kajian yang dilakukan bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu ia juga kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium. Bendi juga merupakan sayur yang baik untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.
Seleri sejenis sayur berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitaminA, B-komplek dan C dan magnesium. Ia dikenali sebagai Apium graveolens yang berasal daripada keluarga dulce umbelliferae. Seleri merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat tekanan darah tinggi. Ia boleh dimasak sup atau sayur untuk dihidangkan sebagai hidangan sampingan.
Seleri juga bertindak melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah penyakit keputihan. Ia juga dapat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geligata. Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya. Proses itu bertindak membersihkan kulit dan amat berkesan untuk mengatasi masalah alahan, termasuk alahan terhadap kucing. (Rajah 3)
Kacang botor merupakan sayur tempatan yang bukan asli. tempat asal kacang botor adalah kurang jelas ada yang menyatakan dari Afrika Timur, Indonesia, Papua New Guinea dan Indo-China. Menurut kajian tempatan, kacang botor yang masih muda mengandungi satu hingga tiga peratus protein di dalamnya. Jumlah kandungan protein yang tinggi membuatkan kacang botor merupakan salah satu sayuran sumber protein yang setanding dengan jenis kekacang yang lain.
Selain itu kekacang ini juga kaya dengan zat kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya juga elok untuk nutrisi, iaitu proses pemasukan dan pengolahan makanan oleh tubuh kerana kandungan protein sebanyak lima hingga tujuh peratus di dalamnya selain vitamin A, vitamin C dan garam galian. Daunnya boleh juga dimakan mentah dan sedap dibuat sayur. Manakala ubinya juga boleh dimakan sebagai ulam mentah. Walaupun selepas dicelur selama beberapa minit, ulam ini masih mengandungi sebanyak 8 hingga 10 peratus protein, selain kaya dengan karbohidrat, kalsium dan fosforos. Daunnya jika dicampur dengan ramuan lain boleh dibuat losyen untuk meredakan penyakit cacar. Akarnya pula berkesan untuk menghilangkan penyakit vertigo ataupun gayat apabila berada di tempat tinggi. (Rajah 4)
Asparagus atau dikenali sebagai asparagus officinalis dan berasal daripada keluarga liliaceae, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit. Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal.
Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut asparajin yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Air kencing akan mengeluarkan bau yang luar biasa yang menunjukkan sistem tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi secara normal. Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula. Amalan memakan daging dan minum kopi secara berlebihan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Tabiat pemakanan seumpama ini menyebabkan asid berkumpul dengan banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekaligus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit. (Rajah 5)
Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan. Dalam nilaian ekonomi, cili adalah buah terpenting dan mendapat permintaan tinggi hingga nilai kegunaannya mencecah RM90 juta setahun. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dalam rekod CAB Abstracts 1995, capsaitin yang terkandung di dalam cili dilaporkan sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah. (Rajah 6)
Jering sememangnya tumbuhan asli di negara ini. Daripada kajian yang dijalankan didapati jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C. Biji jering enak dimakan sebagai ulam dengan pelbagai sos pencicah tempatan mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak kita akan mengalami ‘sembelit jering’. Ini berlaku kerana asid jengkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam buah pinggang dan akhirnya akan menyumbat pundi kencing. Namun bagi pesakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan. Ini kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Petai juga merupakan tumbuhan asli negara ini yang masih lagi tumbuh liar di hutan. Berdasarkan kajian buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Ia mengandungi 11% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2, C dan niasin. Petai atau nama saintifik parkia spp tergolong dalam famili leguminasae. Pokok petai yang terdapat di negara kita terdiri daripada 4 spesies antaranya petai kerayung (parkia javanica), petai maranti (parkia singularis), petai biasa (parkia speciosa) atau dipanggil petai papan dan petai nering (parkia sumatrana).
Sebenarnya kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Ini petai yang kecut tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional masyarakat melayu biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. (Rajah 7)
Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut. (Rajah 8)
Pegaga merupakan sejenis ulam yang terkenal juga di negara kita. biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam gizi harian mereka. Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.
Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. (Rajah 9)
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan dan huraian di atas menunjukkan sayuran dan ulaman tempatan mempunyai khasiat yang tinggi untuk keperluan manusia. Sayuran ini juga mudah di tanam dan ada sesetengahnya tumbuh secara semulajadi disekeliling rumah kita. Kesihatan tubuh badan amat penting untuk membolehkan kita bergerak aktif menjalankan aktiviti harian. Walaupun terdapat banyak sayuran yang diimport dengan pelbagai bentuk, rasa dan rupa tetapi sayur ulaman tempatan masih mendapat tempat utama di pasar tani, pasar malam, dan pasar minggu. Di hotel-hotel kelas tinggi juga ulaman dihidangkan sebagai penambah selera pelanggan. Sayuran ulaman bukan sahaja sebagai pembuka selera tetapi menjadi penawar kepada segala jenis penyakit yang merbahaya.
Rujukan
Ramli Abdul Samad. 1997. Khasiat petai dalam perubatan tradisional. Majalah Kosmik, Jun: 48-49.
Dr. Ong Hean Chooi. 1997. Nutrien dalam tumbuhan penting untuk tubuh. Majalah Kosmik, Disember: 36-37.
Dr. Ong Hean Chooi. 1998. Sayuran tempatan mempunyai khasiat lebih bernilai. Majalah Kosmik, Januari: 38-39.
Rahana MD. 1997. Cili pedasnya menyengat. Wanita, September: 122-124.
Mastika. 1997. Tips kesihatan. Jun: 24-25.

Ibu Mithali, Ibu Sejati
November 03, 2009 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar
PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,
telah terkalung pingat “Ibu Mithali”. Tangan kanannya menggenggam erat
satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
“Sekarang …,” suara pengacara majlis bergema kembali, “Tibalah kita
kepada penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir. Penerima ini agak
lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan
Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk
tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. ”
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat
itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis
berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik
ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang
kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka
dijemput?
Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai
sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang
penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
‘Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang
akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang
menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.’
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku
notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk
memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan
majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada
dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas
pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan,
memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk
semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
“Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah,
kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang
gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang
penerima anugerah “Ibu Mithali” tahun ini.”
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada
percakapan gadis itu.
“Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah
kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya”
“Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang
pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu
pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman
video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan,
pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga “Ibu
Mithali” yang baru menerima anugerah sebentar tadi.”
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
“Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!” suara hadirin semakin
kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
“Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang
merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke
ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut
pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke
dalam bilik itu, ialah Abang Andak.”
“Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal
dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir
hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat,
seperti budak berumur satu atau, dua tahun.”
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka
menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
“Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah
menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan
sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan
berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan
makan dan, pakai mereka.”
“Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui
abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa
daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit
hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri.”
“Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?”
Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu
telah menyemarakkan api radang saya.
“Tapi, mak tak adil!” Saya kerap membentak. “Mak buat segalagalanya
untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!”
“Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka
cacat!” Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. “Sebab itulah mak
terpaksa membantu mereka.”
“Mereka cacat apa, mak?” Saya membeliakkan mata kepada mak. “Semua
anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!”
“Mirah … Mirah belum faham, sayang.” Suara mak akan menjadi sayu tiap
kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi,
kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
“Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu
bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma
sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau
menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.
Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak
terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin
mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu
mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu,
memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan
kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya.”
“Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak.” Saya
pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
“Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah
orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi.”
“Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan
petugas-petugas di rumah kebajikan.” Begitu reaksi mak setiap kali saya
mencadangkan hal itu.
“Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar
yang telah sedia terentang di hadapannya.”
“Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua
belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun.
Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah,
berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka.”
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis
itu.
“Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan
kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup
menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak
benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan
makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. ”
“Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya
lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus
melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah
mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan
ke rumah ibu untuk mencari ketenangan.”
“Ibu!” Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. “Kenapa ibu bagi Mirah
kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain
yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak.”
“Mirah!” Ibu merangkul saya. “Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu
bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah.”
“Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila
situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan
saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami.”
“Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar
dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan
menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih
dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal
bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi
Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain.”
“Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu
tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?”
“Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala
saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga
abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh
hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena
lempanglah.”
“Mak adu semua kepada ibu, Ya?” Saya masih mahu berkeras meskipun saya
tahu saya bersalah.
“Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang
kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan
mak.”
“Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.”
“Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu
dapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak.”
“Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu.”
“Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik
daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah.
Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat
banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah
juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia
akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah.”
“Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana
saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu.”
“Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu
kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang
diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru.”
“Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati
mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan
kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus
resah-gelisah. ”
“Mirah,” panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu
bilik saya. “Mirah.”
“Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur.”
“Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. “Mirah dah
tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan
kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak
tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi,
keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak
tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga
abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah”
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi
saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.
“Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak.”
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi
gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak
gugur menimpa serata muka dan leher saya.
“Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah
segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah
telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah.
…”
“Mak!” Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata
yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak
tangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya
terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan
menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis
itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah
lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
“Kenapa Mirah tolak tawaran itu?”
“Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan
sempurna?”
“Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan
daripada abang-abang dan kakak-kakak! ”
“Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?”
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip
memandang saya.
“Mak, ayah.” Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
“Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping
dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. ”
“Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah
menengah itu, bukannya senang.” Mak masih meragui keupayaan saya.
“Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah
semasa di sekolah menengah nanti,” balas saya penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka
terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya
daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga
makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh
semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar
ceritanya dengan penuh minat.
“Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan
pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. ”
“Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang
guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan
mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya.”
“Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga
abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah.”
“Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak
ada, bang?” suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, “Entahlah. Takkan kita nak
harapkan Mirah pula?”
“Mirah bukan anak kandung kita.” Mak meningkah. “Kita tak boleh salahkan
dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya.”
“Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib
abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak.”
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk
sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,
khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai
pencalonan anugerah “Ibu Mithali” dalam akhbar. Saya terus mencalonkan
mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan
merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk
menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada
orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak “Ibu
Mithali” yang lain.
“Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai
banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan
mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah.”
“Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak
masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima
anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi
setelah mak mendengar pengisahan “Ibu Mithali” pertama, kedua dan ketiga.
Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana
mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan.”
“Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah
ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan
dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu
muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang comel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental.”
“Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan
saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah “Ibu Mithali” tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak.”
“Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. ”
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
Pen ku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku
sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi
kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran
cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan
menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
‘Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha
mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.’
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari
helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
“Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang
tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan “Ibu
Mithali” untuk menyampaikan anugerah “Ibu Mithali” serta beberapa hadiah
iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri
dipersilakan.”
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang
mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu,
beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,
seorang demi seorang penerima anugerah “Ibu Mithali” sebelumnya, naik ke
pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah
hujan air mata penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir itu.

Kisah bulan pada malam 30 Sept 2009
Saya dapat kisah benar di bawah ini daripada sahabat saya, al-fakeh (tokfakeh@gmail.com). Saya rasa ada baiknya saya kongsikan kisah ini dengan anda semua agar kita sama-sama dapat merasai kehebatan, kebesaran dan keagungan ALLAH SWT.
Kisah bulan pada malam 30 Sept 2009
Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat maupun tersurat. Tak dapat kita sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan.
Meh K.Nor cerita dari awal ya.. duk diam2 dan baca betul2.. semua ni bukan rekaan mana2 penerbit. Semuanya benar, sikit pun tak direka oleh penerbit atau pun pengarah :) dan tak ada kena mengena dgn yg masih hidup maupun yg dah arwah..
Lebih kurang pukul 10.15 mlm sister sulong K.Nor call no rumah dan cik abg K.Nor yg angkat sbb K.Nor dah masuk bilik nak beradu. Sister K.Nor kata cuba turun bawah (kawasan parking) dan lihat bulan yg agak pelik. Seperti bulan di kelilingi pelangi. Mulanya K.Nor males dah nak turun( dlm hati kata, takkan la malam2 buta ada pelangi), dah siap nak naik atas katil pun (syyhhh.. jgn pikir benda lain ya.. ) tp bila pikirkan mungkin lain kali dah tak berpeluang nak tengok, lebih baik turun. So lepas tukar pakaian yg lebih sesuai, K.Nor turun ler. Cik Abg dah turun dah, dgn gadget dia tp dia naik balik sbb kena amik tongkat utk gadget dia tu. Kalau tak pakai tongkat gambar jd blurr.
Bila turun, tengok2 sister dan anak2 dia dan 2 org anak jiran turut ada sama. Bila K.Nor mendongak ke langit.. Subhanallah… takjubnya rasa. Tengok la gambar2 ni.. Nampak tak bulan yg di kelilingi bulatan cahaya yg menyerupai pelangi. Di tepi bulan tu terdapat sebutir bintang yg amat terang. Mula2 mmg jelas/sharp sgt cahaya pelangi tu. Masa tu cik abg duk atas rumah, duk cari tripod utk kamera dia. Terkedu dan kelu bila melihat, bulan di langit dgn cahaya pelangi mengelilinginya dan sebutir bintang yg bersinar terang. Mulut tak henti mengucapkan Subahanallah… Dan dalam hati terdetik, apa yg Allah nak tunjuk di sebalik semua ni.. K.Nor call adik ipar di KL, dia pun nampak gak tp tak nampak cahaya pelangi tu. Cuma nampak cahaya bulat terang jer mengelilingi bulan.
Makin lama, cahaya pelangi makin pudar/blurr tp sempat Cik Abg snap 4 - 5 keping gambar. Ternampak awan berada di dalam bulatan pelangi tu tp tak jelas bentuknya. Bulatan pelangi tu pun nampak cam makin membesar/makin luas dan dah tak sharp lagi kaler dia. Memang jelas bentuk kaler pelangi tu, dgn kaler merah duk lingkaran sebelah dalam, kuning di tengah2 sket dan hijau kebiruan menghala keluar dr lingkaran. Subhanallah…
Kemudian makin ramai anak2 jiran turun dan ada dua tiga org jiran yg dewasa pun turun. Bila K.Nor tengok balik gambar yg Cik Abg shoot, terkejut rasanya sbb awan tu membentuk kalimah Allah yg tak la sharp/jelas sgt. Bila suami dan Aisyah tengok dia org pun kata mmg betul cam kalimah Allah. K.Nor panggil sister K.Nor dan yg lain2 utk tengok sama, mmg dia org pun kata cam kalimah Allah. SUBHANALLAH…. SUBHANALLAH… SUBHANALLAH…
Ni kali ke 3 K.Nor diberi kesempatan oleh Allah utk melihat sendiri kebesaran NYA. Dulu dgn biji buah peach dan akar kayu yg juga tertera kalimah Allah. Nanti la sedikit masa lagi K.Nor akan tunjukkan, insyaallah… Ni semua betul tau, K.Nor pernah post kat forum MyR dan gambar2 tu sikit pun tak K.Nor edit. Dan biji buah peach tu masih dlm simpanan K.Nor.
Sama2 la kita merenung apa yg terjadi ni ya.. Kalau Allah kata kun.. fayakun…. Semoga kita semua amik iktibar dr apa yg terjadi malam ni ya.. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan mala petaka.. amiiin……
Sumber : http://secubitgaramnor67.blogspot.com/

Kisah benar : Gadis terlampau!!
October 23, 2009 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar
Salam semua,
Hari ini saya terima satu email daripada isteri saya. Ceritanya menarik untuk saya kongsi kan di sini buat pedoman kita bersama.
Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.
gambar adalah sekadar hiasan
gambar adalah sekadar hiasan
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. ‘Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki……’ nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. ‘Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?’ Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. ‘Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,’ katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri… Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis… Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah swt sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir *MANAR ISLAM*
*Di kreditkan kepada saudara Rosli Hanip

Kisah yang menyentuh perasaan saya…
October 08, 2009 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar
Mungkin ada yang ragu-ragu dengan kesahihan cerita ini. Namun, saya yakin, kisah yang diceritakan ini bukanlah kisah dongeng yang direka-reka.
Hakikatnya masih ramai lagi orang diluar sana yang susah, miskin dan hidup melarat. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kalau pun mungkin tiada orang susah macam ini di Malaysia ini, namun, saya sangat pasti bahawa, kisah sebegini sangat banyak terjadi di negara-negara lain seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain negara miskin.
Jadi, melalui kisah yang saya kongsikan ini, saya ingin mengajak anda semua supaya kita BERSYUKUR BANYAK2 PADA ALLAH atas segala nikmat dan kurniaanNYA pada kita selama ini. Kita di Malaysia ini, hidup aman damai penuh dengan segala kenikmatan dan kemewahan.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah...

Mungkin ada ramai diantara kita yang befikir bahawa hidup mereka susah, namun percayalah bahawa, sesusah mana pun hidup kita, tapi kita masih OK lagi sebenarnya. Masih ramai lagi orang diluar sana yang jauh lebih susah dan miskin dari kita.
Jadi, BERSYUKUR lah. BERSYUKUR lah. Dan BERSYUKUR lah banyak2 pada Allah. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberikan kebahagian hidup kepada kita atas dunia yang sementara ini, lebih2 lagi kehidupan di akhirat nanti insyaAllah.
Bacalah kisah yang menyentuh emosi ini…
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini adalah dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Begini ceritanya…
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
1. Solat sunat
2. Berpuasa sunat
3. Memperbanyakkan zikir
4. Selalu bersedekah
5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
7. Membantu orang2 yang susah dan miskin
Sekian, semoga ada manfaat.
Hasil kiriman Nuratiah ismail (dotty_311@yahoo.com)

Kisah benar dari penjara sg. buluh
Suatu malam bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum
perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua.
Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz
halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh.
Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi
ceramah
agama pd banduan2 di sana ,
Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin,
kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel
beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan
supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena
sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat
taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila
tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir
keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ....
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.
Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

kisah benar
Inilah realiti kehidupan di Malaysia. Masih ramai lagi orang yang susah dan miskin di Malaysia ni sebenarnya. Saya berasa sedih membaca kisah benar ini. Ia membuatkan saya insaf & merasa sangat bersyukur dengan apa yang ada.
Bacalah kisah benar dibawah ini. Semoga anda juga berasa bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang.
Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.
Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.
Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.
Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.
Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.
Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !
Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah…!
Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.
Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.
Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival…ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.
Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut. Kerajaan oh kerajaan..ada jaminankah untuk rakyatmu ketika pemimpin menjerit kuat mengenai ketuanan Melayu. Boleh jalannn laa !!
(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Kisah buat renungan sahabat sekalian !
Sumber dikutip dari : http://politikbanjar.blogspot.com/

Kisah Benar - Pakai Tudung
"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak y ang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??
Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?
Isteri ji ranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa: apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...
Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah.

Kisah Benar….Dibelit Ular Ketika Sedang Berzina
28/01/2010 pada 6:59 pm · Dikirim dalam Kisah & Tauladan, Kisah Benar
“Ambillah iktibar dari kisah benar ini..
Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta
baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan…………..
Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.
Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. “Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. “Awak pernah pukul ular ke?” Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. “Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.
Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. “Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.
DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :
“SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA.”

Hayati dan buat Teladan
Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya,
Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya. “Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.”
Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
“Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong diaaaa….”
Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.
“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak?
Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?”
Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.
Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pergi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar… dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”
Moral cerita: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu anda. :mrgreen:

Rahsia Wudhuk
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ” Hatim berkata,”Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”.
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
• Bertaubat
• Menyesali dosa yang telah dilakukan
• Tidak tergila-gilakan dunia
• Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
• Tinggalkan sifat berbangga
• Tinggalkan sifat khianat dan menipu
• Meninggalkan sifat dengki.”
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”:
• aku sedang berhadapan dengan Allah,
• Syurga di sebelah kananku,
• Neraka di sebelah kiriku,
• Malaikat Maut berada di belakangku, dan
• aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.