Pages

Wednesday, February 3, 2010

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir
Tapi aku tahu apa yang aku fikir,
Seantero dunia sudah kena kelentong!
Aku fikir Mahathir  Pembohong,


Aku tak tahu apa yang rakyat fikir
Aku fikir sunnah Nabi jangan dipermainkan,               
Tak suka tak apa, tapi jangan dipersendakan,
Apakah rakyat tidak memikirkan?

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir
Sultan dilucut kekebalan tindakan derhaka,
memerintah negara melebihi Raja!!!!
Aku fikir Mahathir Penderhaka!


Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir pecat Timbalan Perdana Menteri tindakan cela,
Aku fikir sebenarnya Mahathir gila kuasa!
Apakah rakyat tidak memikirkan?

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir pecat Hakim Negara tindakan celaka 
Undang-undang jadi tiada bermakna,
Apakah rakyat tidak memikirkan?

 
Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir tindakan memenjarakan peguam,
dan bebaskan perogol itu tindakan zalim.
Apakah rakyat tidak memikirkan?


Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir memecat Mufti tindakan keji,                                                                

Sebaliknya membela ratu cantik,
Apakah rakyat tidak memikirkan?

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Ustaz-ustaz ditangkap,dilarang berceramah

Konon menghasut membenci kerajaan,
Apakah rakyat tidak berfikir?

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tangkap Imam yang cerita manusia kepala babi,
konon sebar cerita bohong,sebenarnya dedah isu murtad                                                                        
Apakah rakyat tidak berfikir?

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tangkap pensyarah-pensyarah di universiti. 
Dituduh menghasut,membenci kerajaan,                                                              
Apakah rakyat tidak berfikir?

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tangkap  guru-guru yang berceramah,
Dituduh menghasut,membenci kerajaan,                                                              
Apakah rakyat tidak berfikir?


Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Membunuh orang kampung di Memali                                                                            
Seolah-olah mereka lebih jahat dari yahudi
Aku fikir Mahathir Pembunuh

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Peniaga pasar malam pun ditangkap
kerana menjual CD ceramah agama,
Apakah rakyat tidak berfikir?

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir tutup sekolah agama tindakan kafir,
Nak bantu dia tak mahu, nak tutup lagi ada.
Aku fikir  Mahathir serupaYahudi.

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir ISA bertentangan dengan Islam
Disalahguna  berleluasa demi untuk berkuasa,
Aku fikir Mahathir Penzalim.

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir membantu yahudi tindakan tercela,
Aku fikir Mahathir Pengkhianat bangsa,
Apakah rakyat tak boleh berfikir !


Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir rasuah berleluasa jadi biasa,
Punya rumah, harta &  wang  berjuta                                                                    

Gaji menteri seumur hidup tak dapat kumpul!

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Wang negara disamun bersama kroni
Aku fikir Mahathir Penyamun,
Apakah rakyat tak boleh berfikir 

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir meroboh masjid sama meroboh rumah Allah                                                  

Konon jadi markas pembangkang,
Nak bina dia tak mahu nak roboh lagi ada !

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Aku fikir meroboh  surau perkara tercela,                                                   
Konon disalahgunakan  pembangkang,
Nak tolong bina dia tak mahu nak roboh lagi ada!

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tapi aku fikir menghina hukum Hudud terkeluar akidah,
Nak ikut hukum islam dia tak mahu.
Nak hina hukum islam lagi ada.

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tapi aku fikir semua media massa dikawal,
menafikan kebebasan media,
Apakah rakyat tak boleh berfikir!

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Menghina Perdana Menteri selepasnya sampai jatuh terduduk!
Seolah-olah dialah yang terbaik tiada cacat cela!
Apakah rakyat tak boleh berfikir?

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tapi aku fikir siapa yang tak kena dengan Mahathir!
dari Sultan hingga ke peniaga pasar malam!
semua diusiknya , semua tak kena !

Apakah kamu tidak memikirkan!


Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
 Pihak berkuasa diperkuda semahu-mahunya,
bagai anjing suruhan membaham mangsa,
Apakah kamu tidak memikirkan?

Aku tak tahu apa yang rakyat fikir!
Tiada pernah lagi  menteri dapat darjah tertinggi.
Cuma dia  yang layak mendapat anugerah
Darjah tertinggi dari rakyat...' MAHAFIR'AUN '

Helm Dahl - rabu, 3-2-2010

( Diabadikan khas untuk memperingati mangsa-mangsa Mahafir'aun
Almarhum Sultan Iskandar & semua sultan-sultan , Mantan PM Datuk Seri Abdullah Badawi, Mantan TPM  Datuk Seri Anwar Ibrahim , Mantan Hakim Negara Tun Salleh Abbas, Mantan Mufti Selangor Ishak Baharom, Imam masjid negara Ustaz kamal Assya'ari,Lim Guan Eng, Dr. Badrul Amin, Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad, Rakyat Iraq,Majid Bujal, Surau Kg. Berembang, rumah rakyat dll)
Al Fatihah

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

No comments:

Post a Comment