Pages

Thursday, December 9, 2010

Yahudi Orthodoks

Yahudi Orthodoks

otrrg

Mengapa perlu mengetahui tentang Yahudi?

Jawapannya ringkas, di dalam ilmu konspirasi, bagi memahami bagaimana Yahudi mempengaruhi sejak ratusan tahun dahulu, adalah wajar bagi kita mengetahui dengan baik selok-belok agama Yahudi yang dicipta mereka. Mengetahui ciri-ciri agama dan budaya mereka akan menyelamatkan kita dari terikut-ikut akan ciri-ciri mereka.
(Mengetahui bukanlah bermaksud “mengamalkannnya”)
Misalnya, amalan meratapi kematian, jika tidak diketahui tentang amalan pengkebumian mereka (yahudi) maka kita berkemungkinan akan terikut-ikut tanpa disedari. Jikapun kita tahu ianya haram, kita hanya mengetahui ia dari segi hukum dan tidak mengetahui mengapa Rasulullah SAW mengharamkannya.
Selain itu, maklumat-maklumat yang dibentang tentang Yahudi Orthodoks di bahagian ini juga adalah untuk membawa kita mengimani apa yang disebut Allah SWT dalam surah an-Nahl, ayat 123;
“”Kemudian kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh atas jalan yang benar.”
Mengimani firman Allah di atas tidak boleh hanya sekadar sebutan mulut, haruslah bagi kita membuktikan keimanan itu dengan memahami intipati-intipati terselindung disebaliknya.
Tidaklah Allah firmankan ayat di atas hanya sekadar untuk dibaca dan dihafalketika sembahyang melainkan ianya merupakan satu tugas besar yang Allah campakkan ke dalam dada umat Islam untuk memahaminya.
Takrifan Ringkas
Yahudi Orthodoks atau disebut juga Orthodoxs Judaism merupakan satu kelompok Yahudi yang mengamalkan ajaran Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa sejak sekian lama. Walaupun berlaku pelbagai perubahan dan olahan, namun mereka tetap percaya Taurat yang diamalkan sekarang adalah benar.
Kelompok Orthodoxs berselerak di seluruh dunia walaupun berada dalam komuniti yang cukup minoriti. Di dalam blog ini, kami cuba menumpukan khusus kepada kehidupan seharian Yahudi Orthodoks yang berada negara haram Israel sahaja.

No comments:

Post a Comment