Pages

Wednesday, December 1, 2010

WikiLeaks hadapi dua serangan elektronik





2010/12/01

WASHINGTON: WikiLeaks, menghadapi dua serangan elektronik sejak kelmarin yang bertujuan menyekat pengguna membaca beribu-ribu dokumen sulit yang memalukan Amerika Syarikat di mata masyarakat antarabangsa tetapi laman web pembocor rahsia itu terus berjaya berfungsi. 

Laman web berkenaan menghadapi serangan pertama Ahad lalu sebelum ia menyiarkan 25,000 kabel diplomatik Amerika. Serangan biasanya menggunakan taktik menghantar banyak permintaan untuk mendapat data ke laman web sasaran. Kesan serangan itu belum jelas, lapor Cable News Network (CNN).WikiLeaks kembali pulih serangan serangan pertama dengan menyiarkan dokumen berkenaan yang dikumpul dari kedutaan Amerika di seluruh dunia.
WikiLeaks menyifatkan penyiaran kabel diplomatik itu sebagai pendedahan maklumat rahsia terbesar dalam sejarah. 

“Dokumen itu mendedahkan kepada dunia kegiatan hal ehwal antarabangsa kerajaan Amerika,” katanya dan mendedahkan serangan elektronik kedua ke atasnya dalam mesej di Twitter. 

Sumber serangan terbaru tidak diketahui tetapi pakar komputer Arbor Networks tindakan terbaru membabitkan taktik lebih sofistikated kerana menyerang pelayan WikiLeaks dan tidak hanya meminta data. 

Seorang penggodam, Jester, yang pernah menyerang laman web militan Islam, mendakwa menggunakan aplikasi gelombang rendah untuk cuba melumpuhkan WikiLeaks. 
Tidak diketahui juga siapa yang ‘mengarahkan’ serangan dilakukan terhadap WikiLeaks yang dikecam Amerika dan sekutunya atas pendedahan terbaru. 

Apapun, tidak kira siapa yang melancarkan serangan dan kaedah yang digunakan gagal memberi kesan terhadap penyaluran maklumat WikiLeaks. 

Selain itu, sekalipun laman WikiLeaks terganggu, media termasuk akhbar Britain dan Amerika, The Guardian serta New York Times masih dapat mengakses dokumen rahsia itu dan menyiarkannya. – Agensi 

No comments:

Post a Comment