Pages

Wednesday, December 15, 2010

Utara AS dilanda ribut salji


Salji melitupi sebatang jalan selepas ribut salji melanda di Minneapolis, Minnesota, kelmarin. - AFP


CHICAGO 14 Dis. - Utara Amerika Syarikat dilanda ribut salji semalam menyebabkan sekolah ditutup dan berpuluh-puluh pemandu terperangkap selama berjam-jam di lebuh raya.
Minnesota merupakan kawasan paling teruk terjejas sehingga menyebabkan bumbung stadium Metrodome di Minnesota runtuh kerana salji terlalu tebal.
Agensi-agensi terbabit sedang bertungkus lumus membersihkan salji setebal 66 sentimeter itu.
Akibatnya, perlawanan bola sepak ala Amerika antara Minnesota Vikings dan New York Giants terpaksa diadakan di Detroit, semalam.
Berpuluh-puluh kereta dan lori pula menghalang laluan di jalan raya setelah ia ditinggalkan oleh pemiliknya kerana diselimuti salji tebal, kata penolong syerif LaPorte Indiana, Patrick Drangmeister.
"Kami sedang berusaha supaya pemilik kenderaan mengalihkan kenderaan mereka dari jalan raya. Masih ramai yang terperangkap sepanjang malam semalam," kata Drangmeister.
Angin kencang juga memaksa sebahagian Lakeshore Drive di Chicago ditutup akibat ombak kuat setinggi 8.5 meter yang melimpah hingga ke jalan raya.
Jabatan kaji cuaca mengeluarkan amaran kepada mereka yang berada di Great Lakes hinggalah ke Gunung Appalachian dan Carolinas kerana angin kencang dijangka bertiup ke arah kawasan timur.
"Cuaca dijangka bertambah buruk menjelang hujung minggu ini.
"Angin kuat akan mempengaruhi suhu sekali gus akan menjadikannya lebih berbahaya," kata jurucakap kepada Perkhidmatan Cuaca Negara. - AFP

No comments:

Post a Comment