Pages

Friday, December 3, 2010

Sayang, abang terlalu menyayangi awak


kain telekung awak abang simpan elok elok buat kenangan

"Awak, saya sayang sangat pada awak. Manja awak buat saya rasa tertarik pada awak. Awak pandai ambil hati dan selalu mementingkan perasaan saya. Alangkah bertuahnya saya miliki awak dalam hidup ini. Kita ada anak yang seiras muka awak dan seiras muka saya. Comelnya mereka. Mereka sayang dan manja dengan kita. Kita pula sayang pada mereka too much kan....

Bahagianya kan hidup kita.

Saya ingat lagi masa perkenalan saya dengan awak buat kali pertama. Betapa awak ini pemalu orangnya. Memang jodoh tak kemana. Saya terpikat pada awak dan awak terpikat pada saya. Tapi pikat memikat tidak berlaku. Saya frust juga masa tu. Putus asa juga awalnya. Tapi masih ada seinci yakin pada masa itu pada awak. Seinci yakin itulah yang menyatukan hati kita. Yakin awak pada saya dan yakin saya pada awak. Romantik kan. Maha besar Allah tentang hati hamba-Nya.

Sayang, awak, manja, ayang. Itu semua nama panggilan abang pada sayang yang abang suka. Terasa muda je.

"Awak, saya sayang sangat pada awak. Masa saya dilanda masalah awak sentiasa disisi saya. Masalah saya terasa ringan apabila saya kongsikan dengan awak. Awak tenangkan hati saya dengan mengusap dada saya perlahan-lahan. Awak tahu, masa itu saya rasa memang tepat pilihan saya. Memang awaklah orangnya yang saya cari dalam hidup saya.

"Awak tahu tak masa awak bersalin anak pertama kita saya nervus tahap gaban tau. Saya rasa macam saya pula yang mahu bersalin. Saya risau pada awak dan anak pertama kita. Saya risau awak tak dapat tahan sakit awak. Rasa macam mahu gantikan saja tempat awak pada masa tu.Tapi saya ingat kata awak "Abang sayang tak dapat masakkan abang sedap-sedap sebab sayang kena bersalin. Kesian abang terpaksa makan makan luar tanpa sayang"..Awak tahu tak kata-kata awak buat abang menangis kat luar pintu wad. Semua nurse pandang je abang. Mesti diorang kata apa kes nanes-nanes tak macho langsung. Tapi abang nanes aje.

"Sayang ingat tak masa abang  hiris bawang. Masa tu awak dalam tempoh pantang awak baring aje tepi baby comel kita. Abang pun teruskan menghiris. Hiris punya hiris mata abang berair. Tapi abang bukan nanes macam kat wad tempoh hari. Abang nanes sebab bau bawang kuat sangat sampai kena mata.

Awak ingat tak apa awak buat pada abang?

"Awak datang perlahan-lahan dari belakang pastu awak lap air mata abang guna kain telekung awak. Masa tu awak capai je kain apa yang ada. Awak tahu tak abang terharu sangat dapat awak. Ye la isteri abang pandai take care abang. Abang bangga sangat pada awak. Walaupun masa tu awak dalam tempoh pantang awak tetap jaga abang. Sayang tahu tak apa dalam hati abang masa tu "Abang syukur sangat dapat isteri macam awak". Sayunya hati abang masa tu. Bawang tu abang hiris sebab nak masak ayam masak kurma. Tapi lepas sayang lap air mata abang sayang tahu tak apa yang jadi? Abang termasak ayam masak kari..hehehe

"Sayang abang suka sangat awak bergurau dengan abang. Ada saja lawak yang awak buat pada abang. Kadang kadang kita macam budak-budak kan. Awak gurau dengan gurauan yang kena dengan jiwa abang. Abang pula gurau pada sayang dengan cara yang awak suka. Awak main ultraman dengan ben10 bersama anak macam real aje. Pandai betul ambil hati anak. Awak memang ummi yang solehah. Saya sayang sangat pada awak.

kongsikan cerita ini/sharing is caring.

bersambung......

No comments:

Post a Comment