Pages

Friday, December 3, 2010

Polis Britain enggan tangkap pengasas WikiLeaks



Julian Assange


LONDON - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange tidak ditangkap di Britain kerana pihak berkuasa Sweden melakukan kesilapan dalam mengisi waran tangkapnya, lapor akhbar The Times semalam.
Akhbar berkenaan menyebut, polis Britain telah mengenal pasti Assange bersembunyi di satu lokasi di tenggara England tetapi mereka tidak dapat menahannya kerana waran tangkap Eropah itu tidak lengkap.
"Ia (waran tangkap) mengandungi beberapa kelemahan menyebablan kami tidak dapat menguatkuasakannya," kata seorang jurucakap polis.
Difahamkan, pihak berkuasa Sweden mengeluarkan waran tangkap berhubung dakwaan jenayah seks terhadap Assange pada 19 November lalu, sehari sebelum polis Interpol meletakkan namanya ke dalam senarai orang buruan mereka.
Sementara itu, peguam Assange yang beribu pejabat di Britain, Mark Stephens berkata, pihak berkuasa Britain mengetahui tempat persembunyian anak guamnya.
"Polis tahu bagaimana untuk menangkapnya, begitu juga pihak pendakwa raya Sweden. Namun, sehingga kini tiada siapa yang tampil memberitahu apa yang sebenarnya berlaku (mengapa Assange masih belum ditahan)," kata Stephens.
Assange tidak dilihat sejak laman webnya WikiLeaks mendedahkan sejumlah 250,000 dokumen rasmi Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lepas. - Agensi

No comments:

Post a Comment