Pages

Monday, December 6, 2010

perbualan antara Nabi Yahya as dan Iblis

Saya sertakan sedikit perbualan antara Nabi Yahya as dan Iblis berkenaan rupa paras Iblis:-


Nabi Yahya as : Apakah/ mengapakah loceng berada ditanganmu itu wahai iblis ?
Iblis laknatullah : Wahai Nabi Allah, ini adalah sumber dan kumpulan muzik seperti kecapi, rebab, seruling, gendang, rebana dan pelbagai jenis alat muzik yang ada ditengah-tengah masyarakat. Mereka berkumpul di pesta kemaksiatan dengan membawa salah satu alat muzik itu, lalu mereka menyanyi, bersenang-senang dan memainkan muzik. Setiap kali melihat hal itu aku segera memainkan loceng ditanganku hingga bunyi loceng ini bercampur dengan dengan bunyi suara dan muzik mereka. Dengan itu, mereka bertambah senang dan bertambah semangat dalam bermuzik. Ketika mendengarnya, ada diantara mereka yang mengeluarkan telunjuk mereka. Ada pula yang menghentakkan kepala dan terus-menerus mereka lakukan hingga puas.



Nabi Yahya as : Jelaskan padaku tentang cawan kecil yang tergantung di pinggang bahagian depan?
Iblis laknatullah: Didalamnya ada pelbagai syawat dan jerat perangkap ku. Yang pertama aku jadikan alat untuk menjerat kaum mukmin dan wanita.....
Nabi Yahya as: Apakah bentuk jerat itu?
Iblis laknatullah: Jerat itu adalah seperti perhiasan dan perhiasan wanita. salah satunya selalu mewarnai baju wanita hingga sesuai wanita memakainya. Para lelaki akan terpikat melihat perhiasan yang melekat pada wanita itu.



Semoga kita akan sentiasa berhati-hati dan berwaspada bila hati asyik lekat pada muzik dan perhiasan wanita.
sumber http://www.mesra.net

No comments:

Post a Comment