Pages

Thursday, December 16, 2010

Pemandu bomba mengaku sebabkan peladang mati dipijak 100 lembu

LONDON: Seorang anggota bomba mengaku tindakannya menyebabkan seorang peladang mati dipijak sekumpulan lembu yang terkejut dengan bunyi siren kenderaan bomba.
Julian Lawford mengaku bersalah di Mahkamah Exeter atas dakwaan cuai ketika memandu hingga menyebabkan kematian Harold Lee, lapor pihak media, semalam.

Lee, 75, mati dipijak lembu diternaknya ketika dia membawa haiwan itu di sebatang jalan berdekatan kediamannya di Burtle, Somerset.

Lawford, 49, dari Glastonbury, Somerset pada mulanya menghadapi dakwaan menyebabkan kematian akibat kecuaian tetapi kemudian membuat pengakuan kepada dakwaan lebih ringan dan diterima pendakwa. Kejadian itu berlaku pada Ogos tahun lalu ketika peladang terbabit sedang membawa 100 lembunya dari padang ragut ke tempat memerah susu. - Reuters

No comments:

Post a Comment