Pages

Sunday, December 19, 2010

Pelajar 14 tahun jadi ibu bapa paling muda di Britain

LONDON: Sepasang pelajar sekolah berusia 14 tahun secara rasmi menjadi ibu bapa termuda di Britain, lapor media semalam.
April Webster melahirkan bayi lelaki, Jamie, selepas mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, Nathan Fishbourne tahun lalu.

Pasangan dari Caerphilly, Wales selatan itu menyedari mereka bakal menjadi ibu bapa sehari sebelum April menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14, awal tahun ini.

Kata April, kelahiran Jamie bukanlah dirancang, tetapi itu tidak bermakna dia enggan membesarkan anaknya sebaik mungkin.

“Saya akan berikan perhatian yang terbaik kepada Jamie,” katanya.

Jamie dilahirkan melalui pembedahan di hospital pada 15 November lalu dengan berat 3.7 kilogram.

April dan Fishbourne mula berpacaran sejak September tahun lalu.

Apabila mendapat tahu April hamil, mereka mendakwa ‘terlalu malu’ untuk memberitahu atau mendapatkan nasihat daripada keluarga masing-masing.
Ketika ini Jamie ditempatkan di ruang tamu rumah ibu bapa April dan remaja itu bersiap-siap untuk meneruskan persekolahan tidak lama lagi.

Fishbourne pula berharap dapat bersama Jami setiap hujung minggu tetapi urusan penjagaan bayi itu masih belum diputuskan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada April dan Fishbourne akhirnya akan tinggal bersama-sama kerana ketika ini mereka dikatakan berada di peringkat ‘bertenang’. - Agensi

No comments:

Post a Comment