Pages

Thursday, December 30, 2010

Lega sisa tiub tiada lagi dalam perut




TIDAK LAGI BIMBANG: Encik Amri kini tidak lagi perlu bimbang mengenai tiub yang tertinggal dalam perutnya. -- Foto M.O. SALLEH




SINGAPURA
LELAKI yang kehilangan separuh badan, Encik Amri Mohd Samat, akhirnya dapat menghelakan nafas lega setelah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan sisa tiub sepanjang 35 sentimeter yang tertinggal dalam perutnya sejak tiga tahun lalu.
Beliau menjalani pembedahan pada 9 November lalu di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) bagi mengeluarkan sisa 10 sentimeter tiub itu dari sebelah kiri perutnya.Encik Amri lumpuh bahagian pinggang ke bawah akibat kemalangan motosikal semasa berusia 21 tahun.Beliau kemudian mengalami bedsor, atau ulser kulit, yang mengancam nyawanya hingga pembedahan amputasi separuh badan perlu dilakukan.Tiub itu tertinggal dalam perut Encik Amri semasa beliau menjalani pembedahan amputasi di TTSH pada Mei 2007.Ia dikesan secara tidak sengaja apabila Encik Amri, yang sekarang bergerak menggunakan kerusi roda elektrik, pergi ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) di Yishun Central bagi pemeriksaan masalah bedsor yang berulang.Beliau kemudian menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiub itu pada September lalu di hospital tersebut. Namun, doktor hanya dapat menarik keluar 25 sentimeter daripada tiub tersebut.Apabila ditemui di kedai kopi Al-Ameen di Woodlands kelmarin, Encik Amri berkata beliau berasa amat gembira kerana tidak perlu bimbang tentang tiub yang tertinggal itu.'Saya yakin doktor-doktor di TTSH telah mengeluarkan kesemua tiub yang berada dalam perut badan saya, jadi saya tidak perlu lagi bimbang tentang perkara ini,' katanya.Menurut Encik Amri, beliau dibenarkan keluar hospital pada malam Hari Raya Haji, iaitu 17 November lalu.Hasil rawatan yang diberi oleh TTSH, bedsor beliau yang sebesar tapak tangan telah mengecut separuh daripada itu, ujarnya.Doktor TTSH datang ke rumahnya bagi menyalin pembalut bedsor beliau setiap empat hari.Encik Amri berkata wang bagi rawatannya sering bermain di fikiran beliau.'Tiap-tiap bulan saya tepikan sebanyak $170 untuk beg air kencing dan pembuangan air besar saya. Saya sekarang tidak bekerja dan hanya bergantung pada bantuan yang diberi Muis (Majlis Ugama Islam Singapura).'Dengan keadaan saya seperti ini memang kadang-kadang rasa tersepit,' kata beliau, yang tinggal bersama bapa, abang dan tiga anak saudara di flat empat bilik di Woodlands.Namun, beliau tetap menolak gesaan beberapa orang agar menyaman TTSH atas apa yang berlaku. Ini kerana Encik Amri rasa terhutang budi pada doktor hospital itu memandangkan tanpa pembedahan amputasi itu beliau mungkin kehilangan nyawanya.'Saya akan teruskan kehidupan ini. Untuk apa saya fikirkan tentang ajal maut sedangkan saya masih hidup?' ujar Encik Amri.-cyberita

No comments:

Post a Comment