Pages

Thursday, December 2, 2010

Kisah Orang Alim dan Iblis.

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada
perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si
Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama
isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa
suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika
segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di
tengah perjalanan ia melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia
mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat
dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta
agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak
boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu.
Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu
dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim
tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki
keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu
berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang
menyerupai sebagi manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis. Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu
menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah
berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu." "Kamu tidak ada apa-apa
hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka.
Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim
bersikap tegas. "Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.

"Akan saya teruskan!" Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah
perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya,
seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis
menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia
berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan.
Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan
sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat
dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh
menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia.
Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.
Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi.
Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul
di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang,
isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang
ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya
wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya
tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana
wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.
Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan
dinar sekaligus." Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-
pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.
"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke
ranting dan daun-daunnya, " sahut si alim itu.
Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana
waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh
belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang
kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka
biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan
aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."
Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan
niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia
pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa
perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar
perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang
berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan
agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu
semata-mata ?
sumber asal http://www.scribd.com

No comments:

Post a Comment