Pages

Thursday, December 30, 2010

Kayak jatuh dari air terjun




RAFA ORTIZ (dalam bulatan) jatuh bersama kayak dari Air Terjun Big Banana, Rio Alseseca, Mexico baru-baru ini.


RIO ALSESECA, Mexico - Legenda pendayung kayak, Rafa Ortiz hanya mengalami luka selepas kayaknya terjunam dari ketinggian 39.01 meter di Air Terjun Big Banana di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia memerlukan tiga jahitan pada lukanya tetapi dia merupakan orang pertama di dunia yang berjaya membuat aksi tersebut di air terjun itu.
Seorang jurugambar dari Denver, Amerika Syarikat, Lucas Gilman merakamkan aksi Ortiz itu, baru-baru ini.
Ortiz dikenali kerana kehebatannya dalam sukan ekstrem.
Dalam aksi itu, kayak Ortiz muncul di permukaan selepas ia berada di dalam air kerana impak jatuh dari tempat tinggi. - Agensi
kosmo

No comments:

Post a Comment