Pages

Thursday, December 9, 2010

Kaum Zionis sejahat-jahat manusia di muka bumi


Oleh DATUK AZIZ JAMULUDDN MHD TAHIR
Sebagai manusia, Tuhan menghiasi diri kita dengan dua sikap dan sifat yang saling bertentangan. Sifat yang mulia akan menjadikan manusia adalah makhluk yang disayangi dan dihormati oleh seluruh kehidupan. Mereka yang mengambil keputusan bertindak dengan cara yang berbeda kelaziman, akan terus dikutuk dan dipersendakan oleh sesama makhluk, walaupun dirinya itu sebenarnya adalah manusia yang terbaik.
Dalam kehidupan bermasyarakat, ada peribahasa mengatakan, dalam masyarakat manusia ada binatang. Ini jelas menggambarkan bahawa manusia yang dilengkapi akal fikiran, peraturan dan norma kehidupan akan terus melakukan sesuatu yang bertentangan, iaitu menyamai tingkahlaku binatang.
Dalam al-Quran sifat manusia yang mengamalkan tabiat kebinatangan ini banyak terkandung dalam kisah-kisah yang memerihalkan tentang masyarakat Yahudi dan Nasrani. Sejak manusia hidup dan bermasyarakat, ada pendapat mengatakan bahawa manusia adalah “haiwan bermasyarakat”. Apakah maksudnya ‘haiwan bermasyarakat”, kenapa tidak dipersepsikan sahaja sebagai “individu atau manusia bermasyarakat”?
Petunjuk ini menjadi lebih jelas apabila kita memerhatikan kandungan al-Quran yang bermaksud:“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)
Kenapa orang-orang Yahudi dan Nasrani? Jawabnya, mungkin boleh kita menelusuri sejarah. Sejak berzaman lagi dua bangsa itu merupakan yang paling banyak melakukan kejahatan di muka bumi ini sehingga menjadikannya sebagai bangsa yang merempat di seluruh pelosok dunia. Bangsa Yahudi, bangsa yang banyak melahirkan bijak pandai dan pemikir tersohor, hingga sekarang tidak dapat diterima sebagai bangsa yang bermoral dan boleh dipercayai, kerana sentiasa mengkhianati janjinya.
Yahudi yang merempat di seluruh dunia, mendapat semangat baru apabila Theodor Hezel mengeluarkan doktrin bahawa bangsa itu merupakan bangsa yang mulia, manakala bangsa-bangsa lain adalah berjiwa binatang. Doktrin ini kemudiannya dikembangkan oleh para pendeta mereka, sehinggalah kematian seorang rabbi pada 7 Jun lalu kita mendapat gambaran bahawa, Elayanhu yang berumur 79 tahun berfatwa:
“Jika kita membunuh 1000 orang mereka (Palestin) tidak berhenti, maka kita bunuhlah 10,000. Jika mereka juga tidak berhenti, maka bunuhlah 100,000 orang. Jika tidak juga berhenti, bunuhlah semuanya.” Doktrin yang dikeluarkan pada tahun 2007 itulah menyemarakkan semangat zionis untuk terus menghukum bangsa Palestin, apabila menyerang Gaza, menyekat pelbagai bentuk bantuan, mengenakan tekanan dan seterusnya menyiksa kanak-kanak dan wanita sebagai dorongan pembersihan etnik.
Berdasarkan pegangan dan ideologi Zionisme, penganutnya beranggapan bahawa membunuh bangsa yang bukan berketurunan Yahudi adalah satu tindakan yang mulia serta disuruh oleh Tuhan, kerana bangsa lain selain Yahudi menjadikan dunia berada dalam ketidaktentuan dan bersengketa. Bangsa Yahudilah yang mampu mengamankan dunia, dan kerana itulah mereka terus berslogan “sebagai bangsa pilihan”, orang Yahudi boleh melakukan apa sahaja kerana “tujuan menghalalkan cara.”
Perlu dicungkilkan kembali sejarah, orang Yahudilah merupakan bangsa yang bertindak membunuh nabi-nabi.Mereka tidak pernah puas dengan segala apa tindakan yang telah dibuat. Mereka sering mengkhianati janji.
Mereka menentang para Nabi dan memusuhi para malaikat Allah, kerana membawa berita kejahatan dan keburukan mereka dan mendedahkan segala rahsia mereka kepada Rasulullah s.a.w.
Kebencian orang-orang Yahudi kepada Jibril telah diabdikan di dalam al-Quran, sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Katakanlah, barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (al-Quran) ke dalam hatimu dengan seizin Allah ; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan  Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh-musuh orang kafir.” (al-Baqarah: 97-98)
Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya, di mana Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud): “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (Jibril), maka sesungguh dia itu mengisytiharkan perang terhadap-Ku.”
Adakalanya tindakan pelampau Yahudi turut mencabar kuasa Tuhan. Apabila Tuhan menurunkan seorang nabi bagi membetulkan akidah mereka, mereka tidak mengendahkan malah mencabar agar Tuhan memberikan mereka seorang nabi yang boleh mengabdikan diri dengan kehendak mereka. Mereka memerlukan nabi yang khusus, yang mematuhi secara mutlak keinginan mereka walaupun melanggari norma-norma yang ditetapkan oleh Tuhan.
Menganalisis sindiran, ungkapan dan petunjuk al-Quran, hampir semua yang kita temui adalah menggambarkan sisi negatif bangsa Yahudi. Mereka juga digambarkan paling banyak melakukan perubahan prinsip dan menyimpang akidah, kerana mereka amat meyakini kerasionalan pemikiran tanpa perlu merujuk kepada kuasa lain yang lebih besar dan kuat.
Mereka menjadi sombong dan bongkak kerana sebahagian besar nabi-nabi yang diutuskan memimpin manusia adalah dari kalangan bani Israel. Terbit dari rasa bangga itulah mereka akhirnya menanggap Yahudi itu adalah bangsa pilihan, bangsa istimewa yang diberikan kedudukan oleh Tuhan. Tuhan amat menyayangi bangsa Israel, kerana itulah penubuhan negara Israel terus dilihat sebagai penubuhan sebuah negara yang pernah dijanjikan.
Tanah Palestin adalah “tanah yang dijanjikan” dan tindakan ganas mereka adalah satu tindakan yang tidak pernah tertakluk kepada mana-mana peraturan. Itulah istimewanya orang Yahudi, sehingga orang Yahudi yang berkahwin dengan bukan Yahudi telah dianggap telah hilang keyahudiaannya, bukan lagi bangsa pilihan.
Kecaman dari seluruh dunia ke atas kekejaman Israel mengenai kebrutalannya menyerang dan membunuh sukarelawan tidak sedikitpun memberikan petanda bahawa Israel perasaan bersalah. Israel terus berbangga kerana serangan tersebut telah berjaya menyekat kemaraan sukarelawan yang hasratnya amat jelas membantu Hamas. Hamas bukanlah sebuah pertubuhan yang sah, kerana Hamas tidak pernah menghormati kedaulatan Israel sebagai sebuah negara.
 Israel terus melakarkan perjalanan cerita, tindakan komando mereka adalah untuk mempertahankan diri kerana sukarelawan menyerang. Komando bertindak kerana sukarelawan tidak mematuhi larangan yang telah ditetapkan: berpatah balik dan tidak meneruskan pelayaran ke Gaza, menyerahkan semua barangan yang dibawa kepada Israel untuk disampaikan kepada penduduk Gaza, dan yang lebih utama tidak campur tangan untuk melobi agar sekatan ke atas Gaza dihentikan. 
Paling menyedihkan, empat hari lalu, tentera menembak empat orang anggota tentera Palestin yang sedang menyelam sebagai kaedah mengumpul maklumat risikan. Sebelum itu, Israel turut menggunakan passport palsu Australia dan Britain untuk membolehkan anggota Mossad bergerak ke mana sahaja bagi memburu dan membunuh pemimpin-pemimpin Hamas. 
Bagi Israel, dengan cara memalsukan passport masyarakat dunia tidak akan menuding jari ke atas pasukan pengintipnya jika berlaku pembunuhan ke atas pejuang Islam ataupun pro Palestin. Israel sanggup mengkambinghitamkan sesiapa sahaja asalkan rakyatnya tidak dilihat terlibat secara jelas. Itulah kerangka selubung ganas yang dilaksanakan oleh pelampau Yahudi, termasuk membunuh saintis-saintis terkemuka dunia dengan rapid an amat terancang. 
Kematian ramai saintis dilihat seolah-olah berlakunya kemalangan maut, walhal kemalangan itu secara teknikalnya dirancang oleh Yahudi. Pelampau Yahudi akan membunuh sesiapa sahaja yang dilihat tidak dapat memberikan faedah dan keuntungan kepada Israel. 
Usaha menggali kawasan Masjidil Aqsa, masjid suci ketiga   umat Islam kerana ingin membuktikan di bawahnya terdapat artifak bersejarah mengenai agama Yahudi. Kononnya di sanalah tertimbusnya patung King Solomon, iaitu nabi bagi orang Yahudi berdasarkan kitab Talmud, maka carigali mestilah dilakukan. Penemuan itu nanti akan menamatkan konflik dalam perebutan kawasan tersebut yang dituntut masing-masing oleh tiga agama samawi, Kristian-Islam dan Yahudi.
Kepungan dan sekatan ke atas Gaza, gesaan masyarakat antarabangsa tidak akan menjejaskan penghapusan etnik oleh zionis. Suara-suara lantang bergema hanyalah sekadar memecahkan sunyi malam kerana Amerika Syarikat tidak akan mendengarnya, Israel akan terus memekakkan telinga. Israel sedar, suara geram itu hanyalah suatu provokasi, bukan suara sergah yang menakutkan.
Amerika Syarikat bukan sahaja takutkan Israel, tetapi terus mensejajarkan sebarang tindakan ganas Israel dengan kenyataan pedas dan keras. Amerika Syarikat tidak akan sanggup mengkhianati Israel, malah akan terus membantu termasuk menempatkan lebih banyak senjata sebagaimana permintaan tambahan Tel Aviv.
Kekuatan ekonomi dan kelangsungan peradaban Amerika Syarikat banyak bergantung kepada sokongan pelampau Yahudi. Mereka akan berusaha keras menentukan rentaknya kerana mereka memiliki kuasa ekonomi yang terbesar. Setiap presiden yang cuba mengekang kemahuan pelampau Yahudi akan menerima padah, termasuk ancaman bunuh dan percubaan membunuh.
Anggota Mossad berada di mana-mana. Mereka boleh menggunakan passport mana-mana negara kerana mereka memiliki kepintaran untuk menipu, meniru, memalsu dan membunuh. Kita mungkin belum mempunyai bukti, tetapi sebuah teori telah menjadi landasan bertindak sekumpulan pengkaji bahawa serangan ke atas World Trade Centre pada 21 September 2001 adalah dilakukan oleh pelampau Yahudi. Buktinya, terdapat lebih 5,000 orang pekerja berbangsa Yahudi di WTC, teta[I tidak ada seorang pun keturunan Yahudi yang datang bertugas pada hari itu. Apakah itu satu kebetulan atau sengaja dirancang?
Apa yang mendukacitakan, negara-negara Islam termasuk kepungan Arab masih belum menunjukkan bantahan keras, kecuali Iran, Syria dan Aljeria. Arab Saudi akan menggunakan saluran lain atau kemungkinan mengulangi kaedah yang sama pernah dilakukan pada saat Gaza di serang lebih setahun lalu. Akan munculkah seorang mufti mengeluarkan fatwa yang serupa mengecam kejahatan Israel adalah satu dosa?
Mungkinkan kaedah yang sama akan digunakan kali ini. Mungkinkah mereka sedang mencari seseorang yang mampu mengeluarkan fatwa baru yang boleh membantu meredakan kemarahan lain-lain negara Arab, kecuali Mesir.
Sebenarnya, peperangan yang berlaku di antara Muslim dengan Yahudi tidak ada titik noktahnya. Ia akan tetap berlaku dan terus berlaku sehinggalah hari kiamat. Kemusnahan Gaza akibat bedilan Israel selamanya tetap diingati hingga akhir hayat oleh seluruh umat Islam seluruh dunia. Kita kalah kepada musuh yang ‘lebih kuat’, lebih-lebih dalam keadaan kita yang tidak bersedia untuk bersatu memerangi musuh yang satu itu.
Namun janji Allah s.w.t tentang kemenangan Islam ini akan tetap berlaku dan kita akan mencapai kemenangan ke atas musuh Islam, Yahudi itu. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:“Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan pertunjuk  dan agama yang sebenar (Islam) untuk mengatasi atas seluruh agama sekeliannya meskipun orang musyrik membencinya.” (at-Taubah: 33)
Kemenangan ke atas Yahudi ini kemudian dikuatkan lagi oleh hadis, daripada Abu Hurairah, di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka hingga setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, ke marilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali(pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa peperangan yang dapat menjamin kemenangan itu ialah apabila umat Islam benar-benar bersatu hati dalam ikatan ukhuwah Islamiah. Mereka bersatu di bawah naungan  kehambaan kepada Allah s.w.t sehingga mereka itu benar-benar layak mendapat gelaran Muslim sejati dan gelaran hamba Allah, bukan atas nama kebangsaan, assabiyah atau kaum tertentu seperti mana yang berlaku di Palestin hari ini.
Ini adalah berita ghaib daripada Rasullullah s.a.w yang pasti benar dan pasti akan berlaku. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak mengucapkan perkara syariat mengikut kehendak baginda sendiri, apalagi perkara-perkara ghaib yang tidak dapat baginda ketahui, melainkan ianya berasal daripada wahyu Allah. Berita dalam hadis ini merupakan berita gembira bagi umat Islam. Ini merupakan janji Allah s.w.t yang akan menberi kemenangan kepada kaum Muslimin ke atas musuhnya, Yahudi.
Hal ini pasti terjadi, berdasarkan kehendak kauniya (sunnah) Allah s.w.t. Namun ia bukan bererti kaum Muslimin boleh  tidur lena, diam bertupang dagu menunggu datangnya kemenangan tersebut, tanpa meneliti dan menekuni sebab-sebab yang telah Allah tetapkan bersamaan dengan ketetapan takdir-Nya. Ini kerana Allah tidak menjadikan sesuatu, melainkan Allah tetapkan bersamanya akan sebabnya, sebagai suatu hikmah yang Allah kehendaki.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “… Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…” (ar-Raa’d: 11)
Ini bermakna Allah s.w.t menjadikan adanya perubahan keadaan, yang baik atau yang buruk pada sesuatu kaum dengan sebab-sebab yang diusahakan oleh kaum itu sendiri. Jika sesuatu kaum itu dalam keadaan baik, penuh kenikmatan, kemudian mereka melakukan sesuatu yang menyebabkan hilangnya kebaikan tersebut, maka Allah akan merubah keadaan mereka menjadi buruk dan sengsara
Bukan sahaja diPalestine kita juga dapat  saksikan di berbagai belahan dunia,saperti Moro, Xin Jiang, India, Kashmir,Selatan Thailand umat Islam menghadapi ujian dan cobaan yang berat. Umat Islam diperlakukan dengan sangat hina. Tidak disegani dan ditindas dimana-mana.
Umat Islam menghadapi penindasan dalam berbagai bidang kehidupan. Umat Islam, umpama seperti buih, kehilangan kepercayaan diri. Untuk menyelesaikan masalah Palestina saja masih belum  mampu. Bandingkan dengan kaum Yahudi yang jumlahnya hanya sekitar 15 juta jiwa, yang berani menolak  puluhan resolusi PBB, dan tidak gentar sedikit pun menghadapi protes dari seluruh penjuru dunia.
Sebagai Muslim kita tidak boleh berdiam diri terhadap perkembangan di Palestin dan Lebanon saat ini. Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang bangun pagi dan tidak peduli dengan masalah umat Islam, maka dia tidak termasuk bahagian daripada umat Islam.”
Oleh hal yang demikian itu, jika umat Islam ingin meraih kejayaan, kemuliaan dan kewibawaan, maka ia harus merubah diri dengan cara-cara yang sesuai dengan syariat. Umat Islam perlu bersatu dan percayalah bahawa jika kita menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolong kita dan meneguhkan kedudukan kita. Maknanya, jika kita mengamalkan apa yang diperintahkan dan menjauhi segala larangan-Nya, sudah tentu Allah akan memenangkan kita ke atas musuh kita, Yahudi itu.
- Penulis ialah Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

No comments:

Post a Comment