Pages

Tuesday, December 7, 2010

Kapal cuba pindah minyak karam




KEADAAN kapal Po Lai yang karam semasa cuba memindahkan minyak di Pengerang, Kota Tinggi semalam.




JOHOR BAHRU – Sebuah kapal tangki karam semasa cuba melakukan pemindahan minyak ke kapal lain berhampiran Tanjung Ayam, Pengerang, Kota Tinggi kelmarin.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim, Zulkifili Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.30 pagi.
Katanya, berikutan itu sebuah bot laju Maritim Malaysia yang berpengkalan di sini dan sedang meronda di kawasan berhampiran telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 3.6 batu nautika dari selatan Tanjung Ayam.
“Apabila tiba di lokasi itu kira-kira 30 minit kemudian, anggota kami mendapati sebuah kapal tangki karam dengan hanya bahagian hadapan kapal itu masih timbul.
“Siasatan awal mendapati kapal itu, Po Lai didaftarkan di Singapura dengan lima krew dipercayai melakukan pemindahan minyak ke kapal Kam Fong,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment