Pages
▼
Friday, December 24, 2010
Kanibal bunuh 14 wanita
LONDON: Mangsa pembunuhan yang dilakukan Stephen Griffith mungkin seramai 14 orang lapor polis Bradford, semalam.
Griffith mengakui menyembelih tiga pelacur dari Bradford tetapi memberitahu kekasihnya dia tidak akan berhenti membunuh sehingga dapat mengatasi rekod pembunuh dari Yorkshire, Peter Sutcliffe yang sudah membunuh 13 wanita.
Polis kini mencari 11 lagi mangsa pembunuhan Griffith dan meneliti kes pembunuhan beberapa wanita yang masih belum selesai.
Bekas kekasih Griffith, Amanda Judson, 45, memberitahu polis bahawa Griffith sudah merancang untuk mengatasi Sutcliffe sejak zaman remajanya.
“Dia beritahu saya dia hanya akan berhenti membunuh apabila sudah mengatasi Sutcliffe,” kata Amanda.
Griffith, 40, dihukum penjara seumur hidup, semalam selepas mengaku membunuh dan mengerat-ngerat mayat Susan Rushworth, 43, Suzanne Blamires, 36, dan Shelley Armitage, 31 sebelum memakan bahagian tertentu tubuh mereka.
Polis turut menyoal siasat Griffith di penjara terhadap pembunuhan pelacur dari Yorkshire iaitu Rebecca Hall, 19, dan Yvonne Fitt, 33.
Pegawai polis Yorkshire barat bekerjasama dengan ibu pejabat polis di daerah berhampiran serta Scotland Yard untuk memastikan sama ada lima lagi kes pembunuhan ada kaitan dengan Griffith.
Gemma Simpson, 23, dilaporkan hilang pada Mei 2000 sementara Dawn Shields, 19, pula ditemui mati dicekik di daerah Peak selepas hilang di kawasan pelacuran Sheffield pada 1994.
Micheala Hague, 25, mati ditikam sebanyak 19 kali pada malam perayaan Bonfire 2001 manakala pelacur dari Middlesbrough, Vicky Glass, 21, ditemui mati di kawasan sunyi di Danby, utara Yorks pada 2000. Perunding pengurusan, Diana Maw, 35, pula ditikam dengan busur silang di luar rumahnya di Ealing, barat London pada 1988. - Agensi
No comments:
Post a Comment