Pages

Thursday, December 9, 2010

Jangan biar anak gadis anda keluar bebas dengan bukan muhrim jika tidak mahu dirogol!!

by Khairul Iqhmal 
By HermanSamsudeen

Saya menasihatkan agar ibu bapa diluar sana memerhatikan anak-anak gadis mereka dan tidak membiarkan mereka keluar bebas dengan lelaki bukan muhrim. Kejadian rogol beramai-ramai yang dilaporkan oleh media akhir-akhir ini sepatutnya memberikan satu peringatan kepada ibubapa.
Ibu bapa patut tahu dengan siapa anak mereka berkawan dan tidak sewenang-wenangnya membiarkan anak mereka bebas keluar pada waktu malam atau bila-bila masa kecuali ada perkara penting. Kalau nak keluar pun pastikan mereka keluar dengan ibu bapa, atau adik beradik. Jika dengan kawan pun biarlah kawan perempuan dan ramai, bukannya berdua sahaja seperti dalam kes dibawah. Kalau dah habis ‘dikendurikan’, barulah mak bapak nak sedar….
Berita Harian : Dua bersaudara dirogol 9 lelaki Oleh DJ Dolasoh bhnews@bharian.com.my


GRIK: Hasrat dua remaja perempuan bersaudara keluar makan malam bersama teman mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol secara bergilir-gilir sembilan lelaki di sebuah bangsal getah berhampiran Pusat Perkelahan Lata Ulu Lawin dekat sini, Rabu lalu.
Kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun keluar dari rumah keluarga mereka di Kati, Kuala Kangsar apabila seorang daripadanya menghubungi teman lelakinya untuk mengajak makan di pekan Lenggong dan dibawa membonceng motosikal oleh teman lelaki mangsa dan rakannya.
Bagaimanapun, mereka dibawa ke Lawin Selatan, Grik sejauh lebih 50 kilometer dari rumah mereka.
Sumber polis berkata, apabila tiba di bangsal ladang getah itu kira-kira jam 10.30 malam, kedua-dua gadis berkenaan dirogol teman lelaki dan rakannya. Beberapa ketika kemudian, tujuh lagi lelaki yang menaiki motosikal tiba di situ dan merogol mereka secara bergilir-gilir.
Kedua-dua mangsa kemudian ditinggalkan di bangsal itu sehingga keesokan paginya dan berjalan kaki keluar ke jalan raya di Felda Lawin Selatan sebelum meminta bantuan penduduk kampung.
Mangsa yang bersaudara sepupu sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar itu kemudian dibawa keluarga masing-masing untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kati pada jam 1.30 pagi, Jumaat lalu.
Menurut sumber, polis merampas beberapa helai pakaian dan kain yang ditemui di tempat kejadian selepas menerima laporan untuk dijadikan bahan bukti.
Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, ketika ditemui di sini, semalam mengesahkan kejadian itu, berkata polis sedang memburu mereka yang terbabit dalam kejadian rogol berkumpulan itu.
“Dengan bantuan maklumat yang diterima daripada mangsa, polis sudah berjaya menahan tiga lelaki berusia awal 20-an di rumah masing-masing iaitu seorang Jumaat lalu dan dua pada malamnya.
“Polis masih memburu enam lagi suspek dan percaya akan dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat kerana sudah mempunyai maklumat mengenai mereka,” katanya.

<span>Alhamdulillahi Wassolatu Wassalam 'ala Rasulillah..

ketahuilah ya saudara/saudariku seagama.. bahawa Islam melarang dari perempuan keluar berdua/bertiga/berempat/etc. dengan lelaki. adalah perbuatan ini diharamkan kerana dibimbangi akan menghapiri zina(bukan berzina pun, hampir pun xboleh dah!!).. jesteru itu, ketika hendak keluar, carilah pasangan sejenis yang baik akhlaknya dan beramal dengan agama. bukan keluar dengan pasangan sejenis yang mengarut.. then, bila hendak keluar, mestilah atas sebab urgent sahaja, bukan suka-suka nak cuci mata, misalnye lah kan.. then, kata Ulama', perempuan yang baik disisi agama ialah mereka hanya keluar rumah hanya pada dua hari sahaja, iaitu untuk Solat hari raya n ada 1lagi(ana dah lupa, astargfirullah)..maka inilah wanita paling berkualiti melainkan mereka yang ingin keluar untuk menuntut ilmu juga, sebaik-baiknya kalau time bila dah xade time study berguru, maka kembali lah berkhalwat dirumah/hostel masing-masing..

Berlainan dengan yang sudah ditunangi(tunang).. mereka boleh keluar hanya untuk membelikan barangan yang sesuai untuk perkahwinan mereka denganbersyarat yakni, hendaklah ditemani oleh orang dewasa perempuan itu(yang beramal dengan agama, dan tidak fasiq) supaya ketika mereka keluar, tidak akan berlaku sebarang pengzinaan..

*tapi x tahulah ana..memang hawa nafsu ni suka keluar dengan berlainan spesies kan ya akhi/ukhti?..xsah kalau x keluar dengan mereka ni..maka, berjaga-jagalah..semoga kita dilindungi Allah dari mendapat kemurkaanNya..Na'uzubillahi min zalik..

</span>
Allahua'lam bis Sowab..

“Wanita itu aurat maka bila ia keluar rumah syaitan menyambutnya.” (HR. At-Tirmidzi no. 1183, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Irwaul Ghalil no. 273, ''

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah dahulu.''Al-Ahzab : 33 

Didalam hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah saw bersabda,”Janganlah seorang wanita pergi (lebih dari) tiga hari kecuali bersamanya seorang mahram.” (HR. Muslim)

Menurut ayat Allah tersebut memang maksud ketentuan syari'atnya menyeru para wanita agar menetap di rumah, menahan diri agar tidak keluar kecuali untuk suatu kepentingan.Namun nasihat Al-Qur'an tersebut bukan mengartikan bahwa kaum  wanita harus menetap di rumah selama-lamanya dan tidak boleh keluar sama sekali, juga bukan berarti bermaksud merendahkan kehormata wanita apalagi mengikis kehidupan sosialnya, sebagaimana tuduhan kebanyakan musuh-musuh Allah, justeru sebaliknya Al-Qur'an ingin menunjukkan suatu jalan pemeliharaan diri yang dapat ditempuh dengan kehendaknya sendiri dan bukan ditentukan oleh kehendak orang lain

.Syarat-syarat keluar rumah bagi para wanita:

1.  ADANYA IZIN, Menurut Ibnu Taimiyah dalam Al-Fatawa menyebutkan bahwa dalam hal meminta izin ini ada dua hal, yaitu bagi wanita yang telah menikah, izin yang dimaksud adalah izin dari suami, sedang bagi wanita yang belum menikah izinnya adalah izin dari orang tuanya. Dan untuk meminta izin, ada izin umum dan ada izin khusus. Izin umum adalah meminta izin keluar rumah untuk keperluan yang memang dianggap keperluan rutin, seperti belanja, sekolah dllnya. Hal ini tidak perlu setiap kali keluar meminta izin tapi cukuplah sekali minta izin, sedang untuk meminta izin untuk keperluan yang jarang-jarang seperti silaturrahim, menjenguk orang sakit dllnya, maka perlu meminta izin dahulu setiap akan pergi untuk keperluan tersebut.

2.  UNTUK KEBAIKAN, seperti:· Pergi menuntut ilmu· Pergi untuk beramar ma'ruf nahi munkar (berda'wah)· Silaturrahiim· Berdagang atau bekerja

3.  TIDAK BERTABARRUJ maksudnya tidak bersolek dan berdandan,tidak memakai perhiasan-perhiasan yang menarik, sehingga mengundang syahwat laki-laki juga tidak memperlihatkan keindahan tubuhnya.

4.  MENUTUP AURAT DAN MENJAGA ADAB-ADAB ISLAM Menutup aurat ketika keluar rumah merupakan kewajiban syar'i yang harus dipatuhi oleh setiap muslimah yang telah akil baligh, busana yang menjadi standard syar'i adalah sebagi berikut:

a.  Menutupi seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan b.  Tidak ketat hingga lekuk tubuh tidak terlihatc.  Tidak tipis hingga warna kulit tidak terlihat. d.  Tidak menyerupai laki-laki e.  Tidak berwarna mencolok sehingga tidak menarik perhatian orang. f.  Dipakai bukan maksud memamerkan dan tidak bergambar makhluk hidup.

Firman Allah s.w.t “Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu dan putri-putrimu serta wanita-wanitanya kaum mukminin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka di atas tubuh mereka. Yang demikian itu lebih pantas bagi mereka untuk dikenali (sebagai wanita merdeka dan wanita baik-baik) sehingga mereka tidak diganggu…” (Al-Ahzab: 59)

Adapun adab-adab Islam juga harus dijaga antaranya, menjaga pandangan,tidak ikhtilat (berdua-duaan dengan lawan jenis)tidak berbicara dengan suara yang menimbulkan rangsangan, tidak berjalan berlenggak-lenggok dan lain sebagainya yang akan merusak citra Islam.

PERHATIN...!!!!!

Jika salah satu syarat daripada al-Quran dan Sunnah baginda itu tidak dapat dipenuhi, maka seseorang muslimah itu perlu mengekalkan hukum untuk menetap di rumah adalah lebih baik untuk mengelak diri dari FITNAH DAN DOSA BESAR...

Mereka yang bercinta sambil bercouple keluar berdua-duaan dengan pasangan kekasih sambil membonceng dan berpelukan diatas motor adalah satu perbuatan yang keji dan terkutuk dan mendapat laknat dari Allah s.w.t atas perbuatan maksiat tersebut kerana ia jelas lagi nyata telah melanggar hukum syar'i...

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)-hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Demikianlah pembahasa tentang wanita keluar rumah, semoga Allah selalu membimbing dan memberi petunjuk-Nya kepada kita semua. Amin.


Sumber : Fiqih Wanita Karya Ibrahim Muhammad Al-Jamal

No comments:

Post a Comment