Pages

Thursday, December 9, 2010

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK ?


1.   Barangsiapa yang suka duduk beserta orang kaya, akan ditambah ALLAH kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2.   Barangsiapa suka duduk beserta orang miskin, akan dijadikan ALLAH baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan ALLAH.


Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a : " Fahamilah ilmu-ilmu agama itu sebelum kamu menjadi Pemimpin !"
Kata Imam asy-Syafie : 'Jika kamu sudah dilantik menjadi Ketua, sudah tidak ada jalan lagi untuk menyibukkan diri memahami ilmu-ilmu agama."

3.   Barangsiapa yang suka duduk dengan Sultan (Penasihat Negara), akan ditambah ALLAH kasarnya dan sombongnya.


Berkata Imam al-Khatib rahimahullah, hendaklah penuntut ilmu itu menjauhi bermain dan kerja yang sia-sia, silih berganti ketawa, terbahak-bahak, melakukan perkara-perkara ganjil dan selalu bergurau. Adapun ketawa yang sedikit adalah dibenarkan asalkan tidak keluar daripada batasan adab dan tatasusila menuntut ilmu. Dan banyak ketawa serta bergurau ini boleh mencacatkan kedudukan seseorang dan boleh menghilangkan maruahnya.

4.   Barangsiapa yang suka duduk dengan perempuan (Bukan mahram) akan ditambah ALLAH bodoh dan syahwatnya.

Drp. Ibnu Abbas r.a drp. Nabi s.a.w, sabdanya : "Bukan dari golongan kami orang yang tidak memuliakan orang yang tua, tidak menyayangi yang kecil dan tidak menyuruh yang makruf serta mencegah yang mungkar"


5.   Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan bertambah kesukaanya bermain-main dan bersenda gurau.

Jauhilah berkawan dengan orang yang fasiq dan ahli maksiat serta orang yang suka lagha kerana penyakit berkawan itu cepat menular.

6.   Barangsiapa yang suka duduk dengan orang yand fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

"Sesungguhnya di antara mengagungkan ALLAH itu ialah memuliakan orang Islam yang sudah tumbuh uban (tua), penanggung al-Quran yang tidak keterlaluan padanya serta tidak juga renggang daripadanya, dan memuliakan penguasa yang adil." (HR Abu Daud)
"Wahai RasuluLlah, kawan yang manakah yang paling baik kami dampingi ? sabdanya : ialah orang yang apabila kamu melihatnya dapat mengingatkan kamu kepada ALLAH, percakapannya dapat menambahkan ilmu untukmu dan perbuatannya dapat mengingatkan kamu dengan akhirat. "

7.   Barangsiapa yang suka duduk dengan orang-orang soleh , akan bertambah keinginannya untuk ta'at.

Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi ALLAH SWT dari kalangan hamba-hamba-Nya adalah para Anbiya' kemudian para ulama'-Nya. ~ Sufyan Bin 'Uyainah rahimahullah.

8.   Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' , maka bertambahlah ilmunya dan waraknya.


Daripada Abu al-Rudayn r.a. katanya , RasuluLlah s.a.w bersabda :

"Tiada sesuatu kaum yang duduk berhimpun mengadap Kitab ALLAH SWT dan saling mempelajarinya nescaya mereka itu menjadi tetamu-tetamu ALLAH dan diliputi oleh malaikat rahmat sehinggalah mereka berdiri atau berbual hal-hal selainnya.

Dan tiada seorang yang alim keluar kerana takutkan ilmu itu mati atau membukukannya kerana takut ianya sirna melainkan dia itu adalah umpama pejuang yang pergi di jalan ALLAH. Dan (janganlah berbangga dengan nasab keturunan !) kerana sesiapa yang amalannya kurang maka nasab keturunan itu tidak dapat mengejarkannya bersama orang yang banyak amalannya. "

No comments:

Post a Comment