Pages

Saturday, December 18, 2010

Buku bongkar operasi Israel


Seorang anggota polis sempadan Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan di perkampungan Issawiya, Baitulmaqdis Timur pada 30 November, 2010. Insiden itu merupakan antara penindasan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat. - REUTERS


BAITULMAQDIS 17 Dis. - Sebuah buku yang memaparkan kisah sebenar dan menyiarkan koleksi gambar-gambar tentera Israel semasa bertugas di Tebing Barat dan Genting Gaza akan diterbitkan Isnin ini.
Buku berjudul Breaking the Silenceitu yang sebahagiannya mengandungi kisah-kisah memalukan, sebahagian lagi sekadar makluman tetapi pengakuan oleh berpuluh-puluh askar Zionis yang bertugas di wilayah Palestin itu di dalam buku itu menunjukkan hakikat sebenar penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin itu.
Judul Breaking the Silencemenggunakan nama yang sama dengan penerbitnya merakamkan pengakuan sekumpulan anggota tentera tempur veteran Israel dan gambar daripada askar Zionis Israel yang pernah berkhidmat di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Ia akan mula dijual pada 21 Disember ini bersempena 10 tahun kebangkitan Intifada kedua Palestin dan diterbitkan dengan tujuan memahami dasar keseluruhan ketenteraan Israel menerusi pengalaman anggota-anggota tenteranya.
"Buku ini mendedahkan pelaksanaan operasi ketenteraan Israel di Tebing Barat dan Genting Gaza serta impaknya ke atas mereka yang tinggal di wilayah itu, sama ada penduduk Palestin, pendatang haram Yahudi dan askar Israel sendiri," demikian pengenalan dalam satu salinan awal yang diterima AFP.
Sasaran jualan adalah kepada penduduk Israel dan cuba menunjukkan polisi sebenar operasi adalah berbentuk serangan termasuk rampasan kawasan, kawalan ketat ke atas penduduk awam Palestin dan mencetuskan ketakutan.
Ia jelas berbeza dengan dakwaan tentera Zionis Israel yang menyatakan bahawa segala tindakan yang diambil pihak tentera Israel adalah berbentuk mempertahankan diri.
"Kami menuntut tentera Israel bertanggungjawab atas tindakan di wilayah Palestin itu yang dilakukan oleh kami dan di atas nama kami," tegas kumpulan itu.
Tentera Israel dalam reaksinya berkata, buku Breaking the Silence memberi pandangan yang tidak adil dan tujuan pendedahan itu dipersoalkan.
Kumpulan tentera itu telah banyak kali diingatkan supaya menyerahkan keterangan dan bukti kepada pihak berkuasa agar penyiasatan penuh dan profesional dapat dijalankan. - AFP

No comments:

Post a Comment