Pages

Tuesday, December 7, 2010

Bisikan Hati (Instinct / Gerak Hati): Bagaimana Syaitan Menipu Kita Melalui Bisikan Hati?

Bila syaitan berbisik dihati, seseorang akan merasa ringan akan apa yang terbisik di dalam hati
  • Dia tidak merasa takut akan murka Allah
  • Dia merasa aman tanpa perasaan takut
  • Dia tidak mahu tahu akibatnya
  • Dia mengerjakannya tanpa difikirkan telebih dahulu
  • Dia mengerjakannya dengan tergopoh-gopoh kecuali dalam lima perkara
i.Mengahwinkan anak perempuan
ii.Melunaskan hutang
iii.Memelihara jenazah
iv.Menghormati tetamu
v.bertaubat
  • Pekerjaan yang tidak dibisikkan oleh syaitan sepatutnya
i.Mewujudkan perasaan berwaspada terhadap segala akibat
ii.Mewujudkan perasaan berteliti dan berhati-hati untuk memastikan pekerjaan itu benar dan baik
iii.Mewujudkan perasaan takut akan murka Allah dan perasaan sukar untuk mengerjakannya.
iv.Jadi perkerjaan tersebut akan menjadi amal baik kita kepada Allah.
  1. . . .
  2. Jika tidak berjaya, syaitan melarang manusia daripada taat kepada Allah atau daripada mengerjakan amal baik kepada Allah.
  3. Jika tidak berjaya, syaitan memujuk manusia supaya berlengah dan lalai dalam mentaati Allah dan beramal.
  4. Jika tidak berjaya, syaitan mendorong manusia supaya cepat-cepat menghabiskan kerja beramal dan kerja kebaikan supaya lebih dapat menumpukan kepada keseronokan dunia.
  5. Jika tidak berjaya, syaitan mendorong mengerjakan amal-amal sebaik mungkin supaya mendapat pujian orang dan supaya dilihat orang. Ini mendorong perasaan riya’ (menunjuk-nunjuk)
  6. Jika tidak berjaya, syaitan akan membisik di dalam hati seseorang dengan memuji akan tingginya darjat seseorang dalam beramal kepada Allah supaya dia merasa sombong dan takbur.
  7. Jika tidak berjaya, syaitan akan membisikkan walaupun dia berbuat amal kebaikan secara rahsia, dengan izin Allah, kelak akan diketahui oleh orang ramai juga. Apabila diketahui ramai, dia akan dihormati sebagai orang yang dekat dengan Allah. Ini untuk mendorong perasaan sombong.
  8. Jika tidak berjaya, syaitan berbisik jahat memberitahu yang Allah telah menetapkan dia untuk berada di dalam syurga atau neraka kelak, jadi tidak guna untuk beribadat. Walhal, syurga dan neraka bergantung kepada kekuatan seseorang memperbuat pahala dan memperbuat dosa.
Dipetik dari Wasiat Imam Ghazali, Minhajul Abidin.
sumber http://www.bincang.net

No comments:

Post a Comment