Pages

Saturday, December 11, 2010

Ayu Azhari disepina anak sendiri


GAMBAR yang disiarkan akhbar Kompas menunjukkan Ayu Azahari di sebuah pejabat polis di Jakarta Selatan pada bulan November lalu.


JAKARTA - Dua orang anak aktres terkenal Indonesia, Ayu Azhari, Axel Djody Gondokusumo, 20, dan Sean Azad Taito Azhari, 15, mengemukakan sepina terhadap ibu mereka sendiri untuk hadir ke sebuah mahkamah berhubung tuduhan dia melakukan kekerasan fizikal serta mental terhadap mereka, lapor akhbar Kompas semalam.
"Mereka datang berjumpa saya untuk mendapatkan perlindungan menerusi undang-undang," kata peguam adik-beradik itu, Dwi Ria Latifa.
Menurut Dwi, Axel dan Sean terpaksa membuat laporan kerana mereka tidak tahan dengan kelakuan Ayu sejak kebelakangan ini.
"Sebagai peguam, saya mahu masalah ini diselesaikan secara baik. Ini masalah antara ibu dan anak. Sebab itulah kami kemukakan sepina itu dahulu," tambah Dwi.
Ayu sepatutnya hadir menemui anak-anaknya semalam. Namun, dia tidak dapat hadir kerana menjalani sesi penggambaran.
Mereka berdua mengaku kerap diperlakukan dengan kasar sejak kecil.
"Mama panas baran. Dia selalu mencakar, memukul kami," kata Axel yang merupakan anak Ayu dengan bekas suaminya, Djody Gondokusumo.
Menurutnya, seorang lagi adik tiri mereka, Suleiman Atiq Azhari ditendang kemaluannya oleh Ayu.
"Kalau masuk ke dapur pun akan dimaki hamun. Kami tidak ada kebebasan," tambah Sean yang merupakan anak Ayu dengan seorang lagi bekas suaminya, Temuu yang sudah bercerai dengan Ayu. - Agensi

No comments:

Post a Comment