Pages

Wednesday, December 8, 2010

AS, Korea Selatan, Jepun bersatu


WASHINGTON 7 Dis. - Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan Jepun menggesa China membantu mengendalikan sekutunya Korea Utara dan berikrar akan bersama-sama mempertahankan Seoul daripada sebarang serangan selanjutnya dari Korea Utara.
Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dan rakan sejawatnya Kim Sung-Hwan dari Korea Selatan dan Seiji Maehara dari Jepun akan menguruskan 'sikap suka berperang' Korea Utara.
Ketiga-tiga pemimpin itu bertemu di sini ekoran tindakan Korea Utara melepaskan berpuluh-puluh tembakan meriam ke atas pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan pada 23 November lalu, yang mengorbankan dua anggota marin dan dua orang awam Korea Selatan.
Menteri Luar Korea Selatan, Sung-Hwan berkata, mereka bersependapat bahawa Pyongyang bakal berhadapan 'akibat buruk' jika negara itu terus melakukan provokasi.
"Kami semua bersetuju bahawa sikap provokatif Korea Utara dan sikap suka berperang (Pyongyang) membahayakan keamanan dan kestabilan di Asia.
"Kami mahu rakyat Korea Selatan tahu bahawa kami berganding bahu dengan anda dan kami sangat komited untuk mempertahankan anda," kata Clinton pada sidang media bersama Sung-Hwan dan Maehara.
Ketua diplomat AS itu memulakan perbincangan dengan bertafakur untuk memperingati mereka yang terkorban dan cedera dalam apa yang digambarkan beliau sebagai satu 'serangan tidak bersebab' ke atas pulau Yeonpyeong.
Beliau bersetuju dengan rakan sejawatnya bahawa serangan itu mencabuli perjanjian gencatan senjata 1952, sementara program pengayaan uranium merupakan satu pencabulan terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Clinton, bagaimanapun membuka pintu untuk berdialog dengan Korea Utara. - AFP

No comments:

Post a Comment