Pages

Friday, November 26, 2010

Seoul hangar banyak tentera



Gambar fail merakamkan kapal induk, USS George Washington berkuasa nuklear pembawa pesawat pejuang YANG AKAN MENYERTAI LATIHAN BERSAMA TENTERA LAUT KOREA SELATAN PADA 28 nOVEMBER, 2010. - AFP


PULAU YEONPYEONG 25 Nov. - Korea Selatan akan menempatkan lebih banyak anggota tenteranya di pulau-pulau yang bersempadan dengan Korea Utara dan mengambil pendekatan lebih agresif dalam menghadapi ancaman rejim komunis itu.
Pyongyong sementara itu memberi amaran akan melancarkan serangan lagi selepas bedilan meriamnya dua hari lalu menyebabkan meningkat ketegangan antara kedua-dua negara.
Dua hari selepas bedilan itu, pekerja membersihkan kerosakan yang berlaku di kawasan yang dibedil dengan 80 peluru meriam di Pulau Yeonpyeong kelmarin, yang turut menyebabkan empat orang terbunuh dalam serangan pertama seumpamanya sejak Perang Korea 1950-53.
Tentera Korea Selatan merancang mengubah peraturan pertempurannya yang 'agak pasif', setelah dikecam oleh media kerana tindak balas yang dianggap lemah, kata Setiausaha Kanan Hal-Ehwal Awam tentera, Hong Sang-pyo, hari ini.
Ia juga akan menambah lebih banyak anggota tenteranya, termasuk tentera darat, di kelima-lima pulau di Laut Kuning dan meningkatkan peruntukan bagi menghadapi ancaman luar biasa dari Korea Utara, katanya.
Bedilan bertalu-talu yang memecahkan kesunyian di pulau terpencil ini menyebabkan dua askar marin dan dua orang awam terkorban, mencederakan 18 orang yang lain, mengakibatkan 22 bangunan terbakar dan ratusan penduduk yang ketakutan melarikan diri ke tanah besar.
Akhbar-akhbar menggesa menuntut balas ke atas rejim 'anjing gila' di Korea Utara, penunjuk perasaan membakar bendera negara komunis itu, dan sesetengah ahli politik membidas Presiden Lee Myung-bak kerana tindak balas yang kurang tegas apabila tentera Korea Selatan membalas tembakan.
Korea Utara hari ini menyalahkan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) kerana melakukan provokasi yang mendorongnya melancarkan serangan meriam itu dan memberi amaran akan menyerang lagi jika berlaku provokasi lanjut.
Rejim komunis itu juga menolak cadangan daripada Pusat Pemerintah Tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diketuai AS untuk mengadakan rundingan berhubung serangan itu.
Sementara itu, tentera laut AS dan Korea Selatan merancang mengadakan latihan empat hari di Laut Kuning mulai Ahad ini, melibatkan sebuah pasukan penyerang diketuai kapal induk membawa pesawat udara AS, USS George Washington. - AFP

No comments:

Post a Comment